Tuesday, October 16, 2012

RASUKAN MOMOK


Heee seram sey.
Aku bukannya seram sebab nampak hantu
Tapi ahad baruni…mcm ni ceritanya…

FIL mintak ada orang ni datang untuk tengok-tengokkan rumah kat kampong tu
Orang tu Indonesian.
Dia mintak beras, garam, air, bunga kertas dia ambik dari tepi rumah je dan daun kelapa

Lepas tu aku tengok dia dok menganyam ketupat 3 ketol.
Kita pon buat la lawak sesame ipar.
“eh pakcik ni nak raya haji lagi 2 minggu” kata AMY (sil)
“nanti kita tempah kat pakcik tu sarong ketupat nak” Kata aku pulak.
Pastu masa berborak tu tiba2 kami disuruh keluar rumah.

Katanya dalam rumah x ada benda.
Cuma kt sekitar rumah ajelah. Pasal bekas tapak orang buang sampah.
Acchoo!!!!

Usben kata memang tempat tu dulu tempat lori buang besi dan batu2.
Tapi x tahu la kalau ada buang benda x elok.

So kita pon duduk la sekitar pakcik tu.

Masa dia dok membaca mantera ape tah tu
Tiba2 nafas Ija (SIL) turun naik semacam aje dia.
Makin lama makin kuat
Dia tengok pakcik tu mcm nak telan aje.
Macam dah bersedia nak kasi karate bertubi tubi.
“Aik!!! Ini dah lain macam aje ni “Kata aku dalam hati.

Aku tgok Amy dgn suami dia tengok je dari jauh
Masing2 terkema muka dah nak menangis.
SIL sorang lagi si Kak Chik (kembar Ija yg terkena rasok ni) pon dok jeling2 je dari jauh. Dah sebak. lagipun dia x boleh dekat dgn kembar dia kalau kene rasok
Takot dia pon akan terkena juga.

Fikir2 aku yg size agak besar dari diaorg tu kan.
Cepat2 aku dgn usben paut si Ija tu.
Aku memang la takot. Tapi waktu tu aku terpaksa berani lerr…
Apelagi…. Ija dok meronta2 menjerit2 sakan.
Anjing yg FIL bela pon dok melolong sekali bila SIL dh terjerit2 tu.
Hishhh seram seyy….nasib baik tengahari.

Masa aku paut leher Ija tu...
Terasa tangan aku sampai ke lengan kebas2.
X tahulah kebas sebab tenaga dia kuat ke apeke.
Mulut aku mmg x lepas dari bacaan ayat Kursi.
Dalam hati memang rasa geram sangatlah kenapa “Benda” tu nak ganggu keluarga aku ni.

Lepas pakcik tu sembur air kat muka Ija, dia kata “Benda tu dah lari jauh dah”
Kami bawak Ija masok dalam rumah.
FIl beri sesudu air zam zam bagi Ija minum.
Lepas dia minum tu dia muntah.

Aku pun bukak la Ayat Manzil yang aku download dari youtube.
Sib baik ada….berani la aku sikit hehehehe (dasar penakot)
Aku pun duduk la berdua dgn Ija kat living room sambil tengok tv.
Dia nampak letih.
Yang lain semua kat luar.

Tiba2 datang PAK Ite (sedara rapat).
Kemain risau muka dia aku tengok dari jauh.
Maklomlah dia ni jenis caring.
Dia cari si Ija pastu dia tenong muka Ija tu
Dia kata “Ni kenapa kau x keluar lagi ni?”

Aku pon ternganga la….konpius ok mak konpius…
Pak ite kata  “dia ada lagi dalam tu. Tengok mata dia berkelip kelip tu”

Aku pon tengok mata Ija
Iyelaaa…mmg terkelip2 laju…..
Klip klip klip klip mcm tu….laju betol.

Eeeiiiii tadi aku duduk berdua dgn SIL yg masih dirasok syaitonirojim ke???
Hok aloh!!!
Kalau la mak tahu.. Mak memang x berani ok!!

Akupun lari panggil usben aku sebab Ija dok meronta2 sekali lagi.
Kami ber 4 dgn FIL dok memegang SIL.
Pak ite baca ape tah pastu dia hembus lalu usap muka Ija
Dan dia mcm menarik benda tu keluar melepasi ubun2 kepala.

Pak Ite kata benda tu masih ada lagi.
Kalau dia keluar pon dia akan masok balik
Sebabnya Ija tu lemah semangat.
Hurmmm….

Itu la pengalaman ketiga aku tengok orang kene rasuk
Dan pengalaman pertama aku yang kene hadap pulak.

Lepas Ija dah ok, barulah aku tahu yang adik ipar aku (Usben si amy) tu penakot.
Patot la dia terkema. Aku panggil2 pon dia x bangun dari tempat duduk dia tu.
Hok aloh demo bikin malu oghe Pok Nik dop kuak semangak!

 **Ija yang pakai tudung putih tu.

Usben aku hairan kenapa aku rilex je.huhuhu…
Rilex la sangatttttt……

Rilex time itu ajelah kot.
Sebab dalam keadaan yang begitu aku kene kawal emosi aku
Kalau x terkawal kita pun boleh di rasuk ape.

Entah la. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku semacam ada kekuatan
Mungkin sebab arwah nenek Che Esah pernah pesan
Katanya kalau kita nak jadi orang yang berani
Kita kene pangku “Mayat”
Aku kata kat nenek “kalau aya yang pangku mayat. Kang dengan aya sekali gol”
Nenek jawab “pangkulah mayat baby”…

Mungkin disebabkan satu musibah berlaku pada kami iaitu
anak saudara aku, Yusof yang berusia 6 bulan meninggal akibat tersedak susu tahun 2010.
Aku pangku mayat dia masa di bilik mayat HKL.
Sejak itu aku jadi berani kot.

Tu semua kuasa Allah.
Allah yang melindungi aku dari kekusutan dan ketakutan.
Maha besar kekuasaannya
Semoga Allah merahmati Arwah nenek Che Essah Che mamat dan
my niece Yusuf Razzin Bin Mohd Yusri

Terasa ralat x dapat mandikan jenazah nenek yang meninggal dua hari lepas.
Sebab aku dah bersedia. Cuma keadaan tidak mengizinkan.
Nanti aya hantarkan pada nenek hadiah bunga2 dan buah2han doa ok.
Sob….sob…. =(

So korang…kalau nak berani apa kata cuba tips tu.
Tapi wlaupun berani. Aku masih lagi takot duduk dalam rumah sorang2 dan berada kt tempat gelap serta menakotkan.
Jangan cari pasaiii….. ada yang memeratiiiiiiiiiiiii……
Heeeeee =P

No comments:

Post a Comment