Monday, October 8, 2012

PARIS OR PAHONG.


Pagi tadi jumpa abah kat bilik
Sekali dia tanya.
“kenapa ko ni tak cuti aya?”
**Sebab mak mertua coma di Hospital temerloh
Dia macam x suka la kita x cuti jaga mak mertua kita. Tak patot la kan.

Abah sejak dulu memang dengan aku atau adik bongsu dia akan tegur
kalau kami dok buat benda x sepatotnya. 
Kami ni jenis x sensitip.

Aku dgn Huubby dah plan.

Buat sementara waktu ni ada 2nd SIL dgn husband dia cuti jaga mak mertua smpai Khamis
BIL yg 3rd & 4th dah cuti dari minggu lepas start masa mak mertua ditahan CCU.
BIL yg 2nd cuti sejak Khamis lepas sampai harini.
Tinggal SIL yg sulong dah almost 2 weeks cuti.
Kesian jugak kat dia cuti lama2 ni.
Dengan anak 2 orang dengan dia. Sorang exam kt ganu.
Adik bongsu yang twins minggu ni exam pulak. 

SIL Sulong tu lagilah terok dugaan.
Masa raya rumah dia tebakar.  Nasib x hangus 100%. Dalam 40%
Mujur adik beradik sepakat bagi duit sorang sikit buatkan wiring baru dan duit belanja.
Lepas raya dapat berita Emak coma pulak.
Kesian sangat. Tapi dia tetap cool. 
Tapi sapa tahu dalam hati menangis kan
Kita dah merasa la.



MY Sis In Law picture.
Husband masing2 standby di Hospital.
kami kt rumah bergossip.

Ni aku balik keje ni sbb nak check berapa hari cuti tinggal
Nak apply untuk cuti jaga mak mertua pulak.
Kita adik beradik ni kalau waktu susah kenelah sama2 bekerjasama
Bila sama2 saling support each other barulah ringan sikit beban.

Ini hari ke 9 mak mertua Coma.
Harap2 sebelom hari ke 14 ada perubahan
Kalau tidak terpaksa bawak balik dia dgn keadaan coma tu attach dengan tong oxygen. Haisshhh…

Itula ni kita nak pesan
Kepada anak2 ni waktu ni kene la tanya-tanyakan
Emak atau ayah tu suruh pergi check up.
Walaupun depa kata depa sihat. (Tu kadang tipu je tu)
Memang ada orang tua jenis degil. Nak berubat kampong kononnye.
Kalau mereka masih kuat boleh jalan paksakan aje pergi check up sebulan sekali.
Check darah, tekanan darah tinggi, air kencing.
Bahaya kalau dah jadi macam ni.
Terlantar x sedar atas katil anak2 menengok dengan hati sedih dan pedih tuhan je tahu

So This Friday smpai Monday Lokasi ai di Paris la yee …

1 comment:

  1. jagalah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..syurga bawah tapak kaki ibu..huk huk huk

    ReplyDelete