Tuesday, September 25, 2012

MEMECAH SUASANA BORING



CONG CHANG, CONG CONG
Kat sebelah ni...Apalah diaorang cakap akupun x faham hehehehe...

Bukan x suka...tapi sukaaaaaa sebab bila dua beradik ni ada sini
meriah la sikit

Kalau tidak opis ni bunyi radio je.

Kadang2 je boss dah boring tahap ultraman x dapat job lawan resaksa 
baru dia borak dengan aku.

Dulu masa ada Jeki lagi best. 
Slalu ada drama.
Tapi skarang ni no more free show =(

Aku memang suka suasana sebok
Tak suka la sunyi-sunyi ni. 
Bosan.

Aku boleh bayangkan mcm mana sunyi mak aku malam2
Bila dia mengadu selalu malam2 dia duduk rumah sorang-sorang.
Memang sunyi.
Aku sendiri duduk sorang2 malam2 kat rumah pun aku x suka. 

Tapi suasana sebok tu bukanlah tahap maksima mcm pasar malam tu
Itu bingit. Sakit kepala hotak.

Tapi husband aku tak suka bising bising ni
Pasal dia kerja mostly kat luar
Bila balik rumah nak rilex aje.

Tapi sekarang ni 
bila balik rumah x dapat la dia nak rilex, nak rasa suasana sunyi mcm dulu
Sebab dah duduk sementara kat Ulu Kelang kan
Ramai.

Tapi dia sabar.
Setakat ni dia masih bersabar
dan aku berharap semoga sifat dia macam itulah sampai bila-bila.
Mungkin sebab dia faham kesusahan yang aku terpaksa lalui

Aku bersyukur jodoh aku dengan dia
Dan bukan dengan orang lain.
Atau dengan orang yang x layak dapat title SUAMI.

Aku x dapat bayangkan waktu susah mcm ni
Dapat suami jenis x guna. x boleh harap.

Dan aku sentiasa pastikan by the time dia perlukan bantuan aku.
Aku ada.
Even waktu dia x perlukan bantuan aku, 
Sebagai isteri aku tahu apa tanggungjawab aku.

Dan aku mohon pada Allah murahkan rezeki suamiku
dan lindungi dia dunia akhirat
Sebab dia baik.
Dan semoga Mak dan Abah aku dikurniakan kesihatan berpanjangan.
lagipun next year diaorng nak ke Mekah.
Sedih aku tengok mak aku menahan sakit.


Monday, September 24, 2012

HUJUNG MINGGU


Aku kalau hujung minggu memang x ada makna la nak berangan nak bangun smpai petang.

Nak bangun tengahari pon x mampu.

Pasal nye?

Bila cukup jam confirm mata terbukak secara otomatik.

Walaupun kadang badan tu lesu x bermaya mata tetap x bekerjasama dgn badan.

Penat mcm mana pon dia tetap nak terjaga waktu pagi.

Lagi2 kalau sebelom tido malam tu dah set dalam kepala siap2 esok pagi nak cuci kain, sidai kain.

Selagi x bangun siapkan semua tu hati x senang.

Kang dah sidai kain bagai teringat mak ayah kita x makan breakfast. Suami bangun tido nak makan.

Nak2 lagi sekarang ni mak aku x berapa sihat. Masak memasak semua dia x nak buat. Nak tolong menolong pun dia x ada hati.

Dah x seronok mcm dulu.
Waktu bila bukak je mata dengar bunyi kuali kat dapur sebelah bilik aku tu. 
Tanda mak aku tengak sebok bikin breakfast.

Dulu aku x rasa pun saat tu best. Tapi sekarang aku hargai. 

Apa nak buatkan? dah penyakit dia mcm itu. Nasib baiklah abah reti sidai kain, cuci kain. Kalau tidak.... bertambah la kerja aku.

Minggu ni aku x kemana-mana. Kalau kemana2 pon rasa x sedap hati je sebab tahu kan mak kita x sihat.

Tapi aku kadang pelik adik aku sorang tu. Rilex je pergi jalan jauh2 dengan kawan2 dia.  Jarang nak lekat kat rumah. Dia x rasa ke apa yang aku rasa?

Itula berkawan dengan orang yang x faham masalah kita. Tahu nak ajak huha-huha je.

Tu tengah x sihat pon kawan x reti2 nak suruh duduk rumah. Pentingkan kawan ni takot esok2 sendiri yang kecewa. 

Esok kalau kita susah ada ke dia orang tu nak tolong kita?

Tengokla nanti, kawan masa senang ni ramai la. Bila susah esok berapa kerat je nak tunjuk muka. Berapa kerat nak doakan kita, Nak temankan kita. Entah-entah langsong x ada.

Bukan x kasi bekawan dan lupakan kawan. Tapi carilah kawan yang baik. 

Sebab kawan x baik ni sorry cakap la. Kau buang masa je kawan dengan dia. 

So masa hujung minggu baru ni aku isi dengan ektibiti masak memasak ajelah. 





Syukur Allah atas rezeki pemberianmu.

KRISIS TANPA SEDAR


Aku ni kalau orang tanya,
Biasanya aku cakap yang betol. Tak pandai aku nak elak2 cerita.

Lainlah kalau benda yang orang tanya tu peribody sangat.

Ni 1 contoh dari kisah benar-


Orang: Si anu tu duduk kat mana ek?
Aku:      Oh…dia duduk kat Shah Alam.
Orang: Eh yeke? Dia kata duduk kat kajang
Aku:       Eh! Sejak bila pulak dia duduk kt kajang? Dia duduk kat Shah Alam la.

Ujung2 keluar status kat FB si ANU “LAIN KALI X PAYAH SEBOK2 NAK BAGITAU ORANG PASAL KITA”

????????????????

What is the big deal? Bukan nya bagitahu exact location sekali dgn nombor rumah siap landmark semua.  

Org mcm itu susah kalau kita kawan dengan dia sbb dia semua benda nak sensitive.
Dan kita pon x layak jadi kawan dia sbb kita jenis lurus.

**Kalau pandai bawak diri, x buat benda x sepatotnya dan elakkan controversi tak ada benda yang kita perlu takotkan dan susah-susah rahsiakan. 

Saturday, September 22, 2012

HANG OUT

Semalam, after work, we went straight to The Curve/Ikano for dinners appointment.

Ya. Setiap Jumaat kita cuba spend a quality time and have a proper dinner together.

Jef since recovered from a high fever, asyik fikir pasal makan. Memang aku suka sangat.

He usually declined the idea of makan makan di Ikea. Tak panas dia kata. Tapi memang pon.

I'm the one who always insist

But today he suggested to have dinner over there.

Thats quite surprising but i hide my curiosity very well.
and offcorse agreed without much hesitation


He wanted to have 5 pcs

10pcs.

Mine, tapi ada orang sebat juga


That's all we had for dinner.

After makan we heading towards l'occitaines shop nearby

Thought i'm not in need of another body lotion 

So this is what i bought at another shop. 
The Face Shop. 

I'm waiting for this moment to come and have been waited too long to own this products.

And today is the day

Where someones offering his $$ to pay yahoooo!
It cost nearly RM120

He bought these for himself
And finally received gifts frm the shop because we spend more than RM150 in a single receipt.
Bag dgn cleanser 3 jenis.

o




Friday, September 21, 2012

GULAI REBONG




Aku bukan nak kasi resipi Gulai rebong
Sebabnye kat MYRESIPI.COM.NEKNEK pooonnn ade.

Ni aku nak share satu cerita

Bila aku masak gulai rebong ni
Aku teringat kisah masa mak aku warded di IJN

Akupon satu hal.

Haritu hari ahad kalau tak silap

Aku balik sekejap dari IJN ke rumah mak aku

Masaklah gulai cili api rebong dengan ikan.

Siap semua tu aku pun tapau ke IJN

Bukan untuk emak aku. Untuk aku la.

Sebab mak aku kat hospital kan ada pekej makan.

Orang sihat pon kene la makanan wei.  Tapi pandai2 sendiri lah.

So aku pon bawak la ke IJN.

Dah la wad tu jenis 1 wad ada 6 katil.

Masa nak makan tu aku tutup la area mak aku tu dengan langsir.

Kang makan secara open kang ada yang mengidam mintak sikit kang mana boleh hikssss =D

Tengah aku sedap makan tu aku perasan penjaga pesakit katil sebelah dok mengintai.

Tekejut guwe!!!

Tiba2 2 bijik mata dok mengintai kann.....

Aku pon tanya dengan emak yang baru lepas solat sebelah katil sana
“pstt....pstt....mak!!!….bau rebong ni kuat ke mak?”

Emak jawab
“ha’ah la…bau TUNGKIKKK!!!”

Kakakakakakaka….

No wonder la orang katil sebelah mengintai. Mesti dia curious dari mana bau “Tungkik” tu datang.

Sah2 la berbau satu wad tu sebab bilik ekon kannn….

Pada aku bau rebong tu harum sbb dah tepu. Pada orang lain bau NAUZUBILLAH la kan

Aiseymannnn…..

LIPAT KAIN BAJU



Hehehe...nak tegelak baca blog FEVERET sorang nih.

Dia kata kain baju dia x berlipat membukit
Dia kata ok

Sebab ada orng tweet gambar kain baju x berlipat menggunung (Ni memang champion nih).

Aku pun hairan mcm mana ek diaorng boleh tahan melihat kain baju membukit dan menggunung

Sebab kalau aku buat mcm itu
Mesti usben aku MUKA KELATTTTT....

Lagipun aku sendiri rasa kurang selesa.

Biasanya aku yang tension kalau usben aku lupa lipat kain solat atau x hang towel.

Tapi aku x tunjuk muka kelat sbb aku jenis x suka kecik kan hati orang. 
Larat aku buat, aku buat lah. Tapi dalam hati tuhan je yang tahu betapa hangitnya jiwa ragaku.

Untungla orang dapat usben x cerewettt kan.....

Tapikan...siriyes!!  Aku ada sorang makcik kan baju dia dgn anak semua humban dalam kotak TV besar gila gaban

Ini boleh kira Creative ke tak??? =D

Thursday, September 20, 2012

BLAZER


Assalamualaikum...

Aku memang teringin nak beli blazer.
Siriyes teringin

Klau pergi ZARA nampak blazer mesti nak pegang-pegang.

Klau pergi MNG nampak blazer mesti kata LAWANYEEEE

Tapi kenapa kat ZARA dgn MNG je?  Kat tempat lain takdo?

Yang sebenarnya perasaan aku je yang rasa kalau kat tempat lain tu cutting tak cun

Tapi sebenarnya sbb dah kita nih x cun pakai pon bukan boleh sebarangan

Kang cutting x cun menambahkan burok pada penampilan yang sedia ada.

Lain la kalau orang tu selim, muka kiut terover. Pakai baju mak dia pon tetap kechantikkan teserlah disitu.

Pasal blazer tadi,

Aku paling suka yang jenis mcm ni
                                       




Masalahnya “Asben” aku kata nampak poyo.

Terencat terus hasrat nak beli naaaa…..

Tapi nampak poyo ke?

Aku rasa nampak mcm menyerlahkan kewanitaan ape.
Disamping nak nampak comel dan ada unsur2 koporat yang takkkk langsong dalam bidang koporat. Tu sama la tu dengan poyo

Tapikan siriyes ini kan blazer yg dah di casualkan.

Patut for casual wear ok ape.

**Sengihhhhhh……

Hot Flashes


Assalamualaikum 

:] ßHarini senyuman ala ketat. Pasal nye….

Selepas bulan Syawal berlalu, kiranya dalam 3 minggu kami bersuka ria kini…..
Penyakit mak datang balik

Hot Flushes diiringi dengan rasa sedih terover, nak menangis, rasa nak mati, rasa libang libur.

Nasib baik adik ipar ada. Dia yang tolong urutkan badan mak.
Apalah yang boleh aku buat untuk bantu mak.

Hot Flashes ni nak hilangkan dia cuma makan ubat hormone ajelah. Tapi ramai kata x bagus sbb boleh kene kanser

Malam tu aku Google “Curing Hot Flashes”

Sekali click je aku terus dapat Link ke website sepatutnya.

Apple Cider Vinegar.

Itulah rupa ACV yang hemsem tu.


Aku baca semua pengalaman orang yang pernah cuba. Kebanyakkan nya respond positif.

Terus aku cari ACV kat dapur (nasib baik ko hado nokkk) dan buatkan untuk emak.
Mak memang x suka rasa dia yang masam tu. Tapi aku paksa kan jugak.
Tak lama tu dia kata ada rasa kurang. Syukurlah.

Esoknya pagi2, jengok mak kat bilik dulu. Tengok muka emak semacam. Itu tandanya the pain is still there.

Aku tanya “Masih rasa hot flashes tu lagi ke mak?”
Dia kata tak ada. Cuma dia rasa nak menangis, nak menjerit.
Haisssshhhh……

Kalau itu yang mak nak buat aya x dapat bagi ubat. Sebab tak ada ubat. Atas diri mak sendiri lah. Rehatlah. Lagipun penyakit ni penghapus dosa-dosa kecil kita mak.  Dulu kan mak masa muda suka mengumpat (sempat buat lawak =) ) maka redhokanlah.

Hari kedua aku bagi mak minum ACV lagi. 2 sudu pagi 2 sudu malam. Mood dia memang kelaut lah (Off mood).

Harini kira hari ke 3 sejak dia diserang penyakit tu balik. Dia masih x sihat sebab tebaring aje atas katil dengan muka risau terover tu.

Pagi ni aku tanya lagi “Mak ada rasa hot flashes tu lagi tak?”
Mak jawab tak ada. Cuma rasa libang libur.

Syukurlah. Sekurangnya aku dah x payah risau lagi dia menahan sakit rasa panas 1 badan tu. Itu yang penting.

Cumanya rasa risau terover, rasa sedih x pasal2 tu aku memang x boleh nak tolong emak. Sebab alangkan kita perempuan x sakit ni pon bila tiba time hormone x betol tu meroyan semacam kan?

Nasib baik mak masih boleh control marah terover. Sebab penyakit ni sepatotnya akan marah2 x tentu fasal. Cuma 1 hal yang aku perasan dia x reti nak cover line je. Kalau x suka dia kata x suka, kalau x ada dia kata x ada. Kalau sakit dia kata sakit. Pinggan kalau dia x nak cuci dia biarkan aje. Kiranya lantak kaulah nak buat mcm manapun aku tengah sakit kau faham tak???

Aku faham sebab aku banyak mengkaji tentang penyakit ni. Aku harap ahli keluarga aku pon faham.

Aku sebagai anak ini je aku dapat bantu. Carikan diet yang sesuai, carikan alternative lain selain ubat saranan doctor.

Aku x kaya. Kalau aku kaya sudah tentu aku hantar mak ke specialist. Masalahnya ke hospital kerajaan ni bila hantar kang dia kata mak aku gastric, darah tinggi, darah pekat, kencing manis ada sikit bla..bla..bla…nanti datang appointment lagi 3 bulan ok. So what do you expect? Bayar singgit kot hehehee….

Bukan nak mengondem terover. Cumanya tak ada specialist kan. Ataupun belom rezeki mak nak teserempak dengan specialist tu. Hanya dapat jumpa doctor level bawah2 ni aje yg “nak kata doctor x doctor” makcik aku kata. Huhuhuhu….

Apapun aku bersyukur mak aku sakit mcm ni, dia masih boleh bangun uruskan diri dia sendiri. Klau dia kene cancer ke atau penyakit kronik x dapat aku bayangkan kesusahan orang lain tu.

Perkara mcm ni buat aku bertekad kalau aku ada anak, aku nak didik smpai berjaya dalam pelajaran dan yang penting dia ada rasa tanggungjawab pada parents dan masyarakat.

Supaya nanti bila dia dewasa x susah nak jaga aku bila sakit. Boleh hantar aku ke specialist wink! Wink!

Aku x nak bila anak berjaya tapi bila parents sakit tak ada perasaan kesian, tak boleh fikir cara nak usaha nak bantu kita. Apa guna?

Aku x nak bila anak berjaya tapi Ijzaah tu dok hulur kat orang suruh ambik dia bekeje nanti bila kita sakit susah nak cuti pon apa guna?

Kalau boleh biarlah x ada masalah dengan masa x ada masalah dengan duit. Itu impian aku.

Memang Poyo impian aku malah standard la ini impian semua orang kan. Main point aku tu supaya anak aku x susah nak bantu aku yang susah sok.  Maklomlah dah tua esok skru dah longgar. Organ dalaman pon dah x berapa OK.

Memangla ada yang kata tak nak menyusahkan anak2. Itu masa ko sihat boleh la ko kata mcm tu. Masa aku kecik dulupun aku dengar mak aku cakap mcm itu. Tunggu bila ko x larat nak masak seminggu takkan nak mati kering kot. Harapkan nasik turun dari siling rumah. Biar betoll…..

Tapi betul ape. Hidup ni kene fikir untuk jangkamasa panjang. Bukan selamanya kita nak 30 tahun dan bukan selamanya kita akan sihat.  Masa tu baru nak fikir “kalaulah dulu aku……” dah x guna lagi dah senahhh….

Insyallah…dengan niat yang betol pasti Allah beri jalan.