Thursday, July 9, 2015

ANTARA KISAH SYAWAL 2015

Semalam dapat berita kurang baik dari bekas rakan sekelas masa sekolah menengah dulu
Anak dia ada masalah Hameofillia dan kecederaan dalam otak.
Sekarang di tahan wad di HKL.
Sedihnya rasa teramat sebab musibah kene kat kawan kan.
Kini, tak sabar menunggu perkembangan terkini tentang anak dia.
Memang sentiasa menanti-nanti berita terikini.
Teringat waktu aku kene jaga mak 2-3 tahun lepas rasanya.
Masa tu dalam bulan Syawal.
Sempat lah beraya kat kampong 2 hari.
Balik je KL, Mak aku rasa tak sedap
Ujung2 kene tahan wad lah.
Sakit Mak aku tak lah serious mana
Cuma mak kan.  Takkan kau tak sedih bila mak kau tak sihat.
Dan kau satu2nya anak perempuan yang dia ada.
Pada siapa lagi dia nak mengharap jaga dia.
Aku lah.
Memang aku tak merasai sangat kenikmatan beraya waktu tu.
Even sepanjang ramadhan aku uruskan masak berbuka, bersahur dengan commitment keje lagi.
Mak aku dia tak larat.
Waktu berulang alik hospital tu, balik rumah untuk mandi, ambik baju, tapau biskut raya, kehospital balik.
Bila jenguk Facebook tengok kawan2 beraya bergambar sakan, rasa hurmmmm takpelah…..harini hari mereka.
Semoga Allah panjangkan usia aku agar aku dapat merasai kembali nikmat beraya
Dan aku terbayang2kan saat tu bila waktu aku sedih duduk berdua di hospital dengan mak aku.
Aku bayangkan aku tak lalui lagi saat sedih beraya kat hospital di tahun2 hadapan.
Ini ujian buat aku dengan mak aku.
Dan kini selepas beberapa tahun, Alhamdulillah aku harap tak terjadi lagi perkara yang sama.
Dan aku cukup merasai perasaan orang yang sedang berduka bila mana orang yang kita sayang sakit dan kita kene berulang alik hospital waktu kawan2, jiran2, saudara mara lain sedang bergembira Beraya.
Kini, kawan aku melalui pengalaman dan dugaan maha berat dari yang aku pernah lalui.
Aku harap Allah SWT beri dia super ketabahan dan semoga selepas ni siapa yang pernah melalui pengalaman tersebut tidak akan berduka lagi diwaktu orang lain sedang bergembira.
Pasti hari dia akan lebih cerah lepas ni Insyallah.
Amin….

Raya tahun ni aku bersederhana saja.
Baju raya pon aku beli sehelai je untuk diri sendiri (Lebih kepada memenuhi nafsu sendiri)
Cukuplah.
Raya ke2 aku pakai je baju yang aku buat masa wedding adik aku.
Baru pakai sekali.
Husband kata nak belikan lagi selai.Kalau takde takpe
Tahun ni macam semua benda mahal.
Mostly barang keperluan harian.
Aku nak buat biskut pon Jef cakap tak perlu
Sebab kami akan beraya di kampong.
Beli ajelah. 
Itupun untuk buah tangan saudara mara kat kampong.

Semalam lepas tengok video SAYA ZAHRA, SAYA SAYANGKAN MALAYSIA 
Aku buat lawak dengan Jef sambil tiru gaya Zahra tu berucap.
“Saya Ruhaya….
Tahun ini…..saya tidak buat biskut raya.
Kerana…. suami saya tidak benarkan.
Semuanya…. kerana ekonomi negara”
hehehehehehe …
Gelak dia…

Aku tak tahu kenapa tapi aku sangat sensitive tahun ni.
Tengok ramai orang dalam kesusahan aku tak boleh lah nak syiok2 boros sakan
walaupun itu duit aku.
Lebih baik aku menyimpan dalam keadaan economy negara yang tah apa2 sekarang ni.
Lagi2 bila orang yang sentiasa kat sebelah aku selalu menyedarkan aku supaya jangan boros dan mengingatkan yang ada orang lain lagi susah. Hurmmm =)