Monday, March 25, 2013

ANAK KUCEN


Adik ipar aku memang aku tau diaorang tu penakot dengan anak kucing
Tapi barulah semalam aku tau yang diaorng ni penakot tahap kronik
NI GAMBAR MCM NI CONFIRM DIA GELI HABESSS..MUAHAHAHA

Haritu masa kitaorAng tengah lepak2 kat living room
Adik ipar aku boleh dia campak ipad dia kat aku suruh aku tukar gambar lain
Aku tengok kt screen tu ada gambar banyak anak kucing tengah sengeh
Dia punyelah geli
Lepas tu menjerit-jerit suruh aku tukar gambar lain.
Aku ni pedajal la khennnn
Aku pergi save gambar tu hahahahaha…

LEPastu masa dia tengah tengok folder picture,
lagi sekali dia menjerit  “kak aya!! kenapa pergi save gambar niiiiiiii eeeeeiiiii”
suruh aku remove gambar anak kucing tu hehehehehe…
Aku pon kata “oke…oke”
Terus aku pergi set gambar tu as Wallpaper kakakakaka…
Gelak tak hengat aku time tu…

Apelagi menjerit2 la dia suruh  “tukar!! Tukar!!!”
Dia punye menjerit tu sebab itulah dia punye modal.
Bila dia menjerit tentulah pak mentua and all rasa annoying
Tapi itulah aje modal dia nak selamatkan diri kakakakaka…
Adoi penakot betol.

Pastu ugut cakap nantilah dia nak cari lipas bagi kat aku
Aku pon pandai, ugut dia balik
Cakap nanti aku balik lagi sekali aku bawak anak kucing
Dah la kucing kt umah aku ka shah alam tu suka je beranak memanjang.
PANTANG KEMPIS NANTI KENE RAPE DENGAN KUCING JANTAN LAGI.
PORT DEPA KAT LORONG BELAKANG UMAH. NGEEEHHHH...

BILA BAWAK ANAK KUCENG BALIK KAMPONG NANTI.....
Pastu cakap itu my new pet
So pak mentua tak boleh nak halau anak kucing tu 
sEbAb MENATANG TU will be my prEcious cute little pet.
How can you simply buang peoples pet kan? Hahahahahaa (idea jahat)

Terus adik ipar tak jadi carik lipas sebab dia cakap aku ni memang jahat
Kalau dah cakap mesti nanti betul2 bawak balik anak kucing hahahaha..
Adoi lawak betol…

So semalam masa kat tempat orang jual ikan patin
Aku Nampak ada anak kucing
COMOT ANAK KUCING TU
CONFIRM DOUBLE TRIPLE GELI ADIK IPAR AKU TENGOK HAHAHAA...

Terus aku ambik anak kucing tu tunjuk kat adik ipar dari luar kereta.
Diaorng punyelah meroyan dalam kereta hahahahaha..
Sampai jef marah aku jangan buat lawak kat tepi jalan
Takot kang adik ipar lari arah jalan raya
PASAL TERAMAT FOBIA.
Betul jugak ek
Tapi memang kelakar betol menyakat orang ni hehehehehee

Tu ADIK IPAR cakap pernah dia demam sebab ada anak orang asli ni
Pergi letak anak kucing dalam beg sekolah dia
Tu adik ipar bila tahu ada anak kucing dalam beg terus
dia demam esok x pergi sekolah hahahahahaa adoila….

SO SEMALAM AKU INVITE ADIK IPAR SURUH DATANG RUMAH SEMPENA CUTI SEKOLAH
TAPI DIA CAKAP "TAK NAK!"
MESTI DIA INGAT PASAL AKU CERITA ADA KUCING KAT RUMAH AKU SUKA BERANAK 
KAT AREA UMAH AKU HEHEHEHE....macam2 hal…

nI KANG AKU NAK POST GAMBAR ANAK KUCING KAT FESBUK DIA MUAHAHAHAHAHA.....

Tuesday, March 19, 2013

ABAH AKU TEGAS


Aku dulu masa remaja mana la boleh bebas macam budak zaman sekarang ni
Seriously budak zaman sekarang ni dia punye gedik menakotkannn….
Kalau kat status FB, gambar2 upload kat FB, remaja perempuan punye status la yang paling champion gedik.

Aku dulu jenis tak gedik.
Cuma seorang remaja yang teringin rasa bebas.
Bila aku komplen kat mak &abah apsey aku ni asik tekurunggg je.
Diaorng pon cakap diaorng masa kecik tak bebas

Memang la an..an…an…
Mak aku tu mana la mampu dia nak bebas.
Dulu kampong mak aku kat Tronoh sana tu
Kalau nak ronggeng ke bandar, kene amik bas kat Pekan tronoh.
Nak ke sana kene jalan kaki jauh gila
Belom smpai bus stand ketiak dah melekit lekit, kaki pon confirm melecet
Alangkan naik basikal pon bontot dah sesengal.
Aku dulu pernah tau pergi pekan tronoh naik basikal.
Tak ada nye rupa dia macam basikal pixie ringan tu,
Ini berat nak mampos, rantai bukan boleh ejas2 nak kayuh ringan.
Kalau dah sampai part bukit, ko sila turun and tolak la wei….
Tapi part turun bukit memang best weeeee…layan angin sambl nganga mulut.
Korang mesti ada yang tak pernah kan.

Lagi mak aku cerita zaman dulu susah nak dapat duit.
Dah tentula tambang bas pon mak aku x lepas hehhehe
Itu pasal dia tak boleh bebas
Tapi serupa jugak macam aku.
Mak bapak aku tak pernah bagi allowance pon.
Kalau nak beli apa-apa abah aku kata “jom dia belikan”.
Tapi barang yang penting-penting aje.
Yang mengarut2 toksah harap…
Nama nak bagi duit on hand pon jangan verangan.

Tapi aku rasa mak bapak aku memang melampau
Dia punye sekat kebebasan aku sampai aku nak lepak kat umah si enot
Yang baru selang serumah pon kecoh derr dok telefon si enot suruh aku balik umah aduhhhh tension aku.

Nak ajak kawan aku lepak umah dah la x privacy
Masa tu umah polis 2 bilik je pon
Sangat kecik.
Kang kawan2 aku lepak bilik, adik2 lelaki aku pon x selesa nak tido nak tukar baju segala macam.
Kadang2 sebok je diaorng nak mengacau kawan pompuan aku.
So aku cuma lepak2 dgn kawan aku waktu petang ajelah kat tepi umah.

Sebab tu aku dulu mana la suka invite kawan datang umah
Sebab x privacy
Lagipun umah aku usang dan burok.
Kang gelak kuat2 abah aku x suka.
Dia cakap macam perangai BOHSIA.

Sebenarnya abah aku banyak kali tegur aku jangan gelak kuat2
Selalu suruh aku jaga sikit perangai aduhhh….
Aku memang x pernah dengar abah aku gelak kuat2 sepanjang idop aku tau
Tapi dah aku ni jenis suka ketawa
Tak tau la aku ni mewarisi dari sapa.
Itu suatu tindakan reflex.
Tak boleh la nak control-control
Kalau dah dapat ketawa memang mengilai-ngilai. Hehehehe….

Lepas tu masa aku tingkatan 2 aku ada sorang bestpren nama CT hafizah
Dalam ramai2 kawan, bapak aku percaya dekat dia je boleh jadi kawan aku
Sebab perangai dia tak gedik kot.
Bapak aku memang kasi aku pergi umah ct je sebab kt umah ct ada telefon
Ape2 hal bapak aku call ct check aku betol ke ada kat umah dia adehhh….
Tapi cukup timing mesti balik rumah
Jangan berangan la ko nak balik umah malam2.

Dulu pun aku ada sorang kawan, nama Adlin Zaharah
Adlin suka aku lepak rumah dia after school.
Tapi abah aku tak suka sebab Adlin anak orang berada
Dah banyak kali aku cakap yang Adlin tu baik family dia pon baik
Tapi alasan bapak aku “Jangan banyak sangat makan budi orang, dia tu tak sepadan dgn kita”
Macam la aku nak kene kawen dengan Adlin.
Adlin tu pompuan.
Pastu bila mak aku mengadu abah aku asik bising kat mak aku,aku jadi tension.
Tu bila adlin cakap dia tunggu aku waktu lepas kelas, aku terpaksa menyorok sampai la dia balik dengan aunty dia
Sebab aku dah x larat la dengar mak aku membebel dan kata2 abah aku kadang pedas boleh tebakar telinga.

Lagi satu, aku kalau keluar pon bukan boleh pakai sexy2.
Pakai seluar dgn t-shirt takpe.
T shirt pon tak boleh nak ketat2.
Dia bukan marah tengking2
Dia cakap slow je sambil mata tu garang je pandang aku
Ayat dia memang pedas la.
Contoh “ni pakai sexy2 ni nak jadi ape ha? Burok”

Aku dulu masa remaja mana la macam remaja sekarang ni kemain lagi vogue2.
Parents aku memang dia tak akan belikan aku baju cantek2
Nak melawa bajet ratu kampong memang idok…
Aku kadang pelik
Agak berbeza dengan orang lain yang kalau anak perempuan dia tu
Seboleh2 nya nak anak diaorng pakai cantek, muka cantek
Mak abah aku x macam tu.

Mak aku dia sebenarnya bab pakaian dia sebenarnya okay.
Dia pon aku rasa suka kalau aku pakai lawa2.
Tapi di sebabkan dia tak bekerja
Tak boleh la nak belikan aku baju2.
Semua kene mintak kat abah
Abah aku memang tak akan belikan aku baju lawa2
Nanti dia cakap “beli baju lawa nak pergi mana? Nak merayap la tu”
Adusssss….. kebas telinga mendengarnya + sakit hati.

Kadang2 keluar berjalan aku segan la pakai baju raya (baju kurung renda, baju blouse adehhhhh)
Tak keyell langsong so sedeyyyyy…padahal duduk kat keyeyll.
Bosan betol.
Tengok! Part baju pon kene control.
Itu dulu….sekarang ni aku curik2 pakai sexy sebab laki ai sportimmm =P
Tapi idok la sexy melampau sangat.

Dalam garang2 abah aku tu…
Ada la jugak beberapa kali aku boleh terlepas ke keyell
Itupun kene menipu
Ada kelas tambahan katanya
Yang 2-3 kali kelas tambahan tu memang betol
Korang jangan x tau la ek
Dalam waktu aku tengah belajar dlm kelas tambahan tu, bapak aku datang buat tinjauan tau
Betol ke aku pergi kelas tu.
Aku tunggu je smpai timing abah aku dah bosan nak tinjau.
Nanti ada waktu yang sesuai aku pon melencong ke keyell
Pernah kantoi
Bila kantoi ha kene penampor le jawapnye.
Cakap aku nak jadi ape ha??

Tu bila kawan2 aku cakap aku anti social ke ape lantaklah
Yang menanah telinga tu aku.
Diaorng takpela mak bapak siap tapau duit belanja lagi suruh korang merayap.
Mak bapak aku mana bagi.

Sampaila 1 hari tu aku memang dah tension gila sebab kene sekat.
Zaman remaja jiwa memberontak la katekan
Tension sampai aku dah pandai melawan.
Dulu x pandai melawan lagi
Apa abah aku cakap aku diam je
Masa tu aku form 5.
Aku cakap la aku nak merasa jalan2 macam anak orang lain
Ini tak!
Zaman aku sekolah bosannnn…dari kecik smpai besar bosaannn…..
Tapi abah aku pandai pulak sikologi
Time aku dh teramat tension tu la dia kata dia akan bagi kebebasan kat aku lepas umur 18
Elok je dia cakap. Dia janji.
Sebab dia kata bila umur dah 18  time tu dah boleh fikir baik buruk.

Tapi idak le jugak…Cuma dapat bebas sikit aje.
Siang aje boleh pergi keje dengan bedating
Sebelom maghrib ko kene lah balik.
Selepas waktu tu, kalau ko balik lewat, kadang saja je diaorng kunci pintu and bukak pintu lambat2
Pastu muka masam mencuka + membebel.

Waktu aku dah bekeje pon kene pantau jugak.
Abah aku siap ronda time aku balik dari office.
Beberapa kali aku tenampak
Kadang2 dia hantar aku waktu pagi…
Nanti aku nampak dia pusing office aku lagi nak tengok aku melencong ke mana.
Kadang waktu balik pejabat tu tetiba je tepacul kt bus stand
Cakap dia lalu office aku la ape la..
Kadang tu nak bedating kat dalam bas dengan ehem2 pon boleh kensel
Waktu tu office kt damansara Utama
Dia nak tengok dengan siapa aku balik adusssss
Aku pulak memang tak berani nak tunjuk sapa bf aku kat abah aku
Sebab aku ni jenis memilih jugak.
Baru2 kenal aku tak nak lah tunjuk kat mak bapak aku
Perangai dia kene kaji dulu.
Kewangan kukuh ke macam mana kan
abah aku dulu selalu brainwash aku kata jangan cari lelaki kewangan tak kukuh
Takot nanti tak cukup makan macam abah kasi
Takot nanti tak ada kenderaan macam abah boleh bawak anak2 pergi jalan2.
Tu pasal kalau bf level naik bas ni aku x berapa yakin abah aku akan setuju. Ahakssss!!!! =P

Semakin umur aku meningkat, barulah mak aku dgn abah berlembut hati nak terima yang aku dah ada boyfrend
Sebelum tu mana suka kalau boyfriend datang rumah ajak dating.
Kalau kawan perempuan tak ape
Kalau lelaki tu diaorng memang tension je nak bagi aku keluar
Kalau hari sabtu ahad tu, aku cuma boleh dating sekali je
Kalau dua hari berturut2 fuhh terima lah kata2 x sedap didengar.
Kata jiran mengata la (memang ponn….dapat jiran sicko mulut mengata tak berlapik adehhhhh)

Tapikan,
Dulu aku memang x suka cara abah/mak aku
Lepas aku berkahwin baru aku faham apa diaorng buat semua tu untuk kebaikkan aku
Tak nak aku buang masa  huhahuha tak tentu arah atau rosak dan kumpul buat koleksi dosa banyak2.
Aku boleh rasa macam ruginye waktu dulu aku buang masa buat benda ntah ape-ape.
Patot dulu aku focus belajar ke
Tentu kehidupan aku lebih baik dari sekarang.
Tula…penat je dulu abah aku bagi nasihat kan.
Ni dah tua baru kenal erti penyesalan.

Nasib la aku dapat suami baik berkat doa mak aku siang malam kot.
Dan aku rasa abah aku memang tahu dia dah berjaya besarkan aku sebaik-baiknya.
Bandingkan diri aku dengan anak orang lain, dia cakap jauh beza
Itupun dia cakap dengan mak aku. Dia mana nak puji aku depan-depan.
Pak mentua dengan mak mentua kalau datang ziarah keluarga aku
Mesti puji2 kata aku menantu yang baik. Ewaaahhhh….
Betambah lega lah dia aku pandai bawak diri.
Mak aku kadang cakap kat aku “eleh…..kembang le idong tu” hehehehe….

Eh! Dah la ek..penat aku menaip
Ni dah jam 5.00. nak balik dah byeeeeeeee…..

Thursday, March 14, 2013

PERCUBAAN KEDUA

MAIGOKKKK…

MENJADILAH….

INI SUDAH CANTEKKKK..

SIAP DENGAN FONT SEKALI SEBIJIK KELUAR FONT YG AKU GUNA KAT M/WORD

FUHHHH….SEKSAITED DAN JAKUNZI SEKEJAP

=D

TESTING!!!

Ni sebenarnya percubaan aku nak post blog daripada Microsoft Word to Blogspot.

Bejaya ke idok???

Kalau bejaya bagos sesangat.

Barulah Nampak macam aku ni bz menaip keje.

Padahal post blog.

Huihhh ok la tu.

Aku bukan mengular or pegi minom kopi pon.

Dah masa terluang x ada apa nak buat aku berblog la kan.

Lets try first bebeh!

Wednesday, March 6, 2013

Selipar

Semalam aku pergi NSK
Dalam 9.45 mlm aku sampai sana
Masih lagi la ramai orang dok menyopping barang dapur
sama macam pergi waktu siang 
Tak ada beza 
Payah sikit nak dapat parking space.

Masa aku nak bayar tu,
adik kt kaunter suruh aku timbang saderi
Padahal aku tengok kt plastic tu dah ada bar code.
Aku rasa macam kalau ko dah pack2 tu ko terus jelah letak harga.
Ni letak bar code segala buat orang konpius ingtkan dah ada harga.

Laju je aku bejalan ke arah kaunter timbang
Jam tu ada seorang lelaki pintas lalu depan aku.
Betul2 depan aku dia pintas
Aku pon terpijak la selipar dia
Terus aku berenti kejap dan tengok bawah aku ada selipar
Aku tengok muka dia bengkekkkk...

Aku terus jalan sambil cakap "sorry....."
Dari belakang aku dengar dia jerit "hallo......!!!"
Tak puas hati la tu.
Ah! Takkan kau nak aku mintak maaf  cium tangan kotttt??
Aku dah cakap sorry ape...
Nasib la kalau x dengar.
(Tapi aku ponnnn salah jugak.... bukan nak cakap sorry face to face hehehehe)
Yelah. Time tu aku nak cepattt....
laki aku tengah tunggu kt kaunter nak bayar.

Masa aku tengah que nak timbang sayur tu, aku nampak kelibat dia tak jauh dari aku.
Dia dok pandang2 aku
Aku pon pandang le dia sebab rasanya itu orang yang aku terpijak selipar dia tu tadi.
Dia pandang2. aku pandang2 dia balik
lepas tu aku buat tak tau
Hishhh bengang arr ni orang tu macam x puas hati je

Lepas tu aku terus ke kaunter nak bayar.
Tengah menunggu nak bayar tu aku nampak dia kat kaunter selang 2 kaunter.
Dia dok pandang2 aku lagi
aduhhhh....
Aku pandang dia balik
Takde pulak dia buat muka tak puas hati ke.
Macam pandang2 nak kasi chance aku mintak maaf ke?
Pastu dia pandang tempat lain
Aku pon pandang tempat lain
Bila aku tengok dia balik dia tengok aku eh eh eh...
Terus aku pandang tempat lain malas nak layan.
Waisting my time.

Eh! memang ada ke lelaki perangai macam tu?
Ni pasar kot. 
Tepijak, telanggar, gesel2 tu normal la kan?
Kalau la dengan Ijin Allah dia tebaca la blog aku ni 
Kalau semalam tu tak dengar aku cakap sorry...
Ni aku mintak maaf la tepijak selipar ko.
Takkan la aku sengaja nak pijak pulak.
Dah tentu tu tak sengaja kan.

Semalam tu jugak
masa aku nak tengok buah,
Jam tu aku pakai kasut sukan
Aku punye kasut tersepak rak paling bawah tu yang di bubuh zink so dia terbunyi "Tungggggg!!!"
makcik kat sebelah aku boleh melatah
hehehehehehe.....cepat2 aku cakap "sorryyyy sorrryy...."
makcik tu kata "laaa....makcik ingt apelah tadi...tekejut makcik"
sambil dia usap2 lengan aku hehehehehe.....
Anak dia plak boleh buat lawak sinis oke "akak tu lapar sangat tu sebab tu dia sepak benda tu"
UIkkkkk.......sib baik ko tengah dukung anak kecik and mak ko ala-ala mesra alam khannnn....
Aku buat2 tak dengar je...

Kadang2 aku rasa aku ni memang jenis susah nak mintak maaf dan memaafkan orang.

Tuesday, March 5, 2013

GEGARAN


mee goreng siam style (masam2 sedap..)
satay jelutong


dim sum

barbeque

keropok lekor

mee rebus stulang


Lasagnia


cheezy creamy tomato sauce
 
ceasar salad
 
grill chicken with mushroom 

Sedap ke idakkkkk?????


Ini baru sikit aku tunjuk.
Ada banyakkkkk lagi.
Tapi penat aku nak pilih2.
Motip aku tunjuk semua gambar makanan ni ialah sebab……
Maksu aku cakap
"kau ni aya, tunjuk gambar makan macam-macam, tapi badan tak gemok-gemok"
Hikss!!!
Sebenarnya sebelom ni memang dah macam blue hippo
Tapi maksu je tak nampak....
Sekarang ni.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
dah kene exercise.
Disuruh usben ok.
Siap buat suara garang dan tegas bila nak suruh joging.
Dia cakap dengan aku kene tegas sebab suka melawan.

Bersyukur lah korang sebab tidak berjiran atau duduk satu taman dengan aku
Kalau idakkkk….bila rasa earth quake gegarannnnnnnn
Itu tak lain tak bukan
tandanya aku le tu tengah sexercise exercise hehehehe.....

Hari petama aku jog 5 padang 
200m 1 pusingan. 
kira 1 km je beb
Alahaiii jadile…..
itu pon peloh tak hengat

Hari ke dua si budak tembun ni nak ikut 
“aunty aya…apid nak hekott….” sambil belari-lari nak hekot.
Haaa jomlah…kita jogging sama-sama sebab apid pon terlebih berat ni…
Dia lari sikit aje.
lepas tu kasi alasan kata x boleh lari nanti jatoh 
(sambil tunjuk sebab dia pakai selipar)
Alamak...terlalu pendek la

Ujung2 dia ajak aku main benda ni.
Suruh hayun tinggi-tinggi.
Dia kata aku hayun rendah sangat.
Amboi bukan Aunty aya x nak....kang kalau jatoh mak takot kene saman dengan pak hashimmmmm....
Tu dia memanjat
sambil panggil-panggil aku
"aunty aya...tengok apid panjat"
Muka dah takot sebab panjat boleh tapi turun pulak x boleh....
"aunty ayaa.....alamakk....apid tak boleh turun niii....."
 hahahahahaha.....


Mari kita lihat sampai bila aku larat nak exercise????
miahahahahaha....

SUDAH HANGIT SATU BADAN


Haritu aku pergi celcom cawangan tettt…..
Ada la 2 kaunter je disitu.
Aku ni mana biasa masok kedai celcom.
Guna yang jenis top up je
Beli kad and top up kat kedai kecik2 je pon.
Inipun baru 3-4 bulan guna service diaorng, card dah pendek umor.
Harus ke celcom centre yang lagi canggih la wei.
Tukar kad baru kat sana.
Tu yang bila masok celcom centre, aku terus duduk.
Nampak ada kaunter 1 tu kosong
orang sebelah aku diam je, 
Aku main terjah aje kaunter tu.
Pompuan kat kaunter tu suruh aku ambik nombor.
Mana kutau ada kene picit nombor bagai.
Terus ada pelanggan yang ada nombor di layan dahulu
padahal aku dulu yang sampai.
Tapi silap aku x ambik nombor.
Ok la.

Dah la alatan memicit tu canggih 
Suruh key in hp number.
Aku manalah nak ingat hp number aku
Guna untuk online je.
X langgan pon untuk buat panggilan.
Jef pon x simpan nombor aku tu sebab memang x boleh nak call.
Pastu tengah2 memikir apa nombor hp aku tu, terus aku tenampak
“ for new user tekan ok”
Aku pun tekan terus srreeettt keluar nmbor.
La! Punyelah senang.
So motip masok nombor phone bagai???
Supaya yg melanggan korang akan dilayan dulu kah?

Elok je aku nak duduk menunggu tu
Kaunter yang ada pompuan suruh aku ambik nombor tu pelanggan dia dah blah.
Nombor waktu tu 1199
Nombor aku 1200
Kira next tu aku la kan?
Syukurr…..cepat la urusan aku selesai macam ni.

Aku nampak ada couple cha ya nun alip ni dok tanya2 kaunter pompuan tu
Aku dengar pompuan tu suruh ambik nombor
Tapi lepas tu couple tu macam nak tanya sikit aje.
Aku pon besabar la sebab pada pandangan aku maybe sekejap aje
X lama tu aku tengok pompuan tu semakin melayan
Terus dia carikan form la ape
Ni dah passed 5 minutes dah.
eh eh eh semakin banyak pulak couple tu dok tanya kan?
ini x boleh jadi
Aku pun pelanggan dan telah mengikuti peraturan yang ditetapkan
So dekat nak 10 minutes aku tunggu tu aku x boleh besabar dah
Banyak lagi hal aku nak kene uruskan.
Dah la ada 1 kaunter ni orang tu agaknya beli hp baru kot dok belek2 blackberry.
Punyelah santai je dia melayan customer tu macam dah x reti-reti nak bangun dah.
Sejak aku masok sampai aku dah habis berurusan dia x sudah-sudah lagi.
Macam ko sorang je pelanggan  yang dalam kedai tu sampai x kasi chance langsung orang lain nak berurusan.

Terus aku approach kaunter yg santai sangat tu aku cakap
“Excuse me, kaunter ni sepatutnya melayan pelanggan yang ada ambik nombor dulu kan?
Customer tu (sambil tunjuk pompuan jaga kaunter tadi dengan pelanggan) tak ambik nombor pun tapi kenapa lama sangat dilayan?
Tadi I datang sini, dia suruh I ambik nombor dulu tau
Sepatutnya sekarang ni turn i
Kalau orang tu nak dilayan lama sangat dia kene tunggu la giliran dia kan?”
Haaaaa…….
Marah dah aku jam tu tapi masih boleh control tone suara supaya x meroyan sangat
Aku masih lagi boleh menghormati orang yang tak menghormati hak aku.
Padahal hati dengan muka dah panassss je.
Ikutkan hati nak mengaum tapi kang burok sangat rupa aku hehehehe…

Nasib baik diaorng terus layan aku dan x macam-macam
Kalau tidak harus kecoh la jadinya
Dan aku lagi tambah cool sebab tukar card x kene charge pon.
Free. 
Tuari aku tukar kad kat DIGI kene charge RM 10 ceh!!!
celcom free je.

Haa…aku ni memang pantang kalau orang tak adil dengan aku.
Kalau nak suruh aku ikut peraturan yes I will
But once ko sendiri pun x ikut peraturan yang ko tetapkan memang aku tak akan puas hati
Ilang respect terus la wei.
Bukan aku ni jenis garang.
Aku jenis rilex je and senang orang nak approach lagi.
Jarang aku cari pasal dengan orang
Begurau pun dengan orang yang aku kenal dah hati budi baru berani.
Kalau tidak aku skema je perangai aku control sopan.

Tapi kalau orang mula dulu jangan disangka air yang tenang tiada buaya
Ni bukan buaya yang menghuni tasik
Tapi naga yang kalau dah marah sangat yang keluar kat mulut ni berapi-api.
Aku sendiri pon takot kalau aku dah marah sangat
Nanti aku x kira tua muda kaya semekin aku ketok jugak sekor-sekor.
Tu seboleh-bolehnya aku memang control marah aku.
Tapi tak la sampai aku x boleh bezakan gurauan dengan betul ikhlas nak buat aku hangit.
Inilah aku pada hari tersebut.
Jangan disangka pompuan pakai baju kurong ni penyabar dan control sopan lah sangat
Frame pon gambar tengkorak kasi nampak ganas.


Kiranya aku kalau kene prank di rancangan boiling point
memang awal-awal kantoi
ko start la buat benda bukan-bukan kat aku,
Tunggulah pembalasan hehehehe…