Tuesday, January 22, 2013

BEG BALIK KAMPONG


Pucuk dicita Ulam mendatang
Aku memang la verangan nak cari beg kain
Sebab kan selalu ulang alik balik Paris
*Aku gelar Paris tu Pahang
Kadang2 Balik UK.
*Uk tu ulu kelang

Aku rasa ponyok baju dlm beg kain galas adalah x best dah skrng
Aku pakai beg galas.
Kami laki bini wlau balik 2 hari pon tapi baju menimbun mcm nak seminggu
Sebab kene bawak baju kurung standby kot2 orang kenduri tahlil atau wedding.
Aku nak beg 4 segi.
Boleh susun elok2 baju kita kan
pastu ada holder ada roda tu....

Haritu aku masok The Store Mentakab
Belek2 la rege beg kain
Tapi masa tu $$$ dlm wallet x berapa nak banyak
Tu la pandang sepi je sambil juih bibir.
Rasa macam rege tu mahal sangat
Rupa idoklah cantik mana pon.
**Itu sebab x ada duit…cuba duit banyak confirm sebat semacam je kan…

Tapi harini memang rezeki kau!!!
Save duit aku nak beli beg.

Pagini,
Boss masok je bawak beg besar
Ingatkan dia nak pegi melencong kemana-mana ke
Sungguh bergaya boss.
Rupanya dia nak kasi beg tu dekat aku.
Omaigott!!!!

Amacam????
Tebeliak bijik mata???

Just exactly ciri2 beg yang aku nak
dan yang paling penting lawanyeeeee....

Hanya jOhari yang mengenal maniam
Kekekekekekekeke…..
Hati sangat berbunga-bunga
Thanx Bossssss =D

Thursday, January 10, 2013

ALIP LAM LAM HA

Teringat zaman budak.

U know…aku dulu ada 2 adik lelaki
Selalulah bergadoh dengan diaorng dua ni.
Sebab masing2 nak menang kan.

Yang aku ni ponnnnnn...... pompuan!!!
Tapi x buat cara orang pompuan.
Bila begadoh x pedulik la gadoh dengan anak jantan ka anak sotong ka.
Janji aku menang.

So bila dah pung pang pung pang tu
Sekali kene seliang dua dgn mak
Terdiam sekejap.
Masing masing monyok.
Dari jauh dok menjeling menjeling.
Dalam hati tu geram x abeh lagi.
Kalau ku dapat la dia ni...lenyek2 macam pisang buat cekodok!!!!

Mulalah cari cara gadoh yang x bising sikit
Karang mak bonda rupa singa dengar kene lagi kang..kang..kang….

So…..
Tulis ALIP LAM LAM HA kat lantai guna jari
Pastu kata
SAPA LANGKAH NI DOSA!!!

Tulis ALIP LAM LAM HA kat badan guna jari
Pastu kata
SAPA SENTOH BADAN NI JE DOSA!!!

Tulis ALIP LAM LAM HA kat merata tempat guna jari
Pastu kata
SAPA PIJAK, TERDUDUK BLA…BLA…BLA…..DOSA!!!

Kakakakakakaka……

Tu la yang jadinya sebab dah teramat tension pijak situ x boleh pijak sini x boleh
penumbok pon naik kat badan hahahahaha....

****Menggunakan benda baik untuk kepentingan diri.
Adik-adik x baik tau buat cemni =D

Wednesday, January 9, 2013

GEMOK



Respond kepada blog si peyus tajok "GEMOK" CLICK SINI

I pon pernah rasa x best beli baju kat butik.
Pada suatu hari yang happy
Happy sebab usben nak sedekah duit dia untuk di jolikan
Kami masok ke sebuah butik kt Mid Valley ni

Tengah me belek2 baju kan
sekali ada salesgurl ni boleh kata
"Kat sini semua size S dgn M je kak"
Pastu terus betul2kan kedudukan baju2 tu.
Me pon dalam hati "Fakooooopppp......"

Mulalah hati yang mulanya tenang jadi begelora.
dalam hati berkata "ala salesgurl ni....butik ni ko punye ke????"
Mcm dia tau2 plak me nak mencari baju untuk diri sendiri.
Buatnye cari untuk adik2 yang bersize M & S ke tak ke TEBAKO???
Tak patot betol pompuan tu nak bizibody hal orang.

O......mujur ada sorang lagi sales gurl yang muka baik dan budi bahasa pon baik. 
Dia tolong me sambil berkata "Akak nak cari size L ke? kalau size L ada kat sini kak...."
Ha...elok je dia tanya kan. 
Lain kali tanya lah dulu supaya x menyinggung perasaan orang. 
macam la nak belek2 baju tu pon kene bayar kot.

Tuesday, January 8, 2013

KAWAN LELAKI KETIGA


Kawan lelaki ketiga aku ni umah dia dekat dengan area umah aku kat Ulu Kelang
Infact masa aku memula pindah tu
Dia la yang bawak aku ronda2 pusing UK, WANGSA MAJU , Wangsa segala wangsa lah.
Aku suka kawan dengan dia sebab dia comel dan lembut

Tapi lembut2 dia tupon suka pegang2 tangan aku
Aku rasa biasa je sebab dia lembot kakakakakaka….
TAK SETIM PONNNN
Sesuaila dia dengan kerjaya dia sebagai interior designer.

Tapi dengan dia ni pon aku rimas nak kawan dengan dia sangat sebab selalu ajak aku keluar.
Teman dia pergi office la
Teman dia pergi makan la
teman beli syampoo la
Teman situ teman sini
Abah aku bising sebab aku selalu keluar.

dengan kawan aku ni...
Aku selalu cakap yang dia tu lelaki lembut.
Cuba tuff sikit!!!!

Last2 nak kasi nampak tuff tu dia joint GYM
Kakakakakaka….
Nampak la tuff sikit
Tapi cara dia becakap dengn senyum tu kadang terkantoi lembut.

Tiba2 1 day dapat tahu dia kapel dengan sorang engineer
Kenal dekat myspace
mula2 nak cover line la konon.
sekali dh nampak bersayang-sayang kt myspace.
Aduhhh… dah la bertunang ponnnn x kasi tau daku
Hantaran tunang pon dia yang reka dan bega sendiri tau!
Kaler merah lagi. Sememangnya aku ingt (Sebab kawan baik kan…)
Langsong x hajak aku tolong sama
Padahal umah dekat!!!

Alasan dia, kang takot aku x nak kawan dengan dia sebab dia dah bertunang

Lepas sebulan, dia bagitau tunang dia nak breakoff…
Mengalir la air mata dia masa tanya pendapat aku macam mana nak ambil hati tunang dia tu semula
Mcm2 la dia buat.
Tinggalkan kad dan surat kat kereta tunang and macam2

Lagi  1 hal, dia dah korbankan RM6000 untuk beli pendant masa bertunang.
Tunang dia memang la very very high taste.
Ingatkan pompuan tu engineer dia boleh la berdikari
Rupenye……kaki kikis $$$$$ and kaki social.

Tu la kawan aku ni, masa bercinta x nak mengenali dulu hati budi orang tu
Gopoh sangat buat keputusan
Mentang2 la pompuan tu engineer kan…lawa pulak tu.
Sanggup berabis…..
Kan dah problem.

Ujung2 dia bagitau…
Kalau dia putus dengan tunang dia…At least dia ada aku kan??
Nanti aku jadi pengganti. Puikkk!!!!!!

Terus la lepas tu aku x pick up call dia
X jawab semua sms dia hahahaha
Takotttt…..

So sejak tu aku dah malas nak ada kawan baik lelaki.
Sebab aku rasa tak ada lelaki yang ikhlas sebenarnya kawan dengan perempuan.
Selepas itu aku focus untuk kawan baik dengan perempuan pulak…
Ada jugak yang x kena…
Nanti aku ceritakan

KAWAN LELAKI KEDUA


Sambungan kepada cerita kawan 1 KAT SINI

Ingat lagi kan? bekas GF kawan pertama tadi yg  suruh aku jangan kacau TUNANG dia.
Perempuan ni pun keje sama tempat dengan kawan pertama aku tadi.
Oil and gas tapi in sales dept.

So aku ada kawan lelaki kedua.
Kerja di EXXON MOBIL.
On and off KL Kerteh manjang

EX gf kawan lelaki pertama aku dapat tahu aku berkawan dgn kawan kedua yg kerja 1 bidang dgn dia
Biasalah kan…skodeng kat wall myspace….
Masa dia tanya aku dulu pasal hubungan aku dengan kawan lelaki pertama aku (merangkap tunang dia) tu…
Aku bagitau dia yang aku dah ada boipren which is kawan kedua aku ni.
(Kira petik nama kawan kedua nak kasi alasan yang aku x nak pon kat bf dia sebab aku dah ada bf)

Diam2 pompuan ni add kawan kedua aku.
Konon nak balas dendam kot yang kononya aku rampas bf dia.
**Busuknye hati dia...
Sekarang dia nak aku rasa pulak bila dia rampas boifren aku.
Padahal kawan kedua akutu x pernah pon bercinta dengan aku.
So aku x rasa apa apa pun. heeee…..
Rasa kesian kat dia lagi ada
Sebabnye….. kalau aku nak suka seseorang tu kenelah orang tu betol2 baik bagi aku
So dia ni x la sempurna di mata aku,.
So ambik la ko….x herannnn…..

So dendiam they contacted each other.
Diam2 dating kat kerteh
Tau2 kawan kedua bagitau dia dah couple dengan bekas gf kawan pertama aku

Alasan couple secara dendiam….
sebab aku macam x berminat dengan dia.
Dah macam2 cara dia buat nak aku suka kat dia sampai penat dia tunggu
Since ada orang lain yang minat dia why not?
Aha!!!!
(yela….ko mengorat aku guna ayaq liur je sapa suruh. Cuba kasi bunga ke…cokelat ke…)
Kakakakaka….

Alasan kedua sebab dia tahu pompuan ni pernah sound aku pasal tunang dia.
 So takot nak bagitau…
Tau pon…..
Nampak sangat kawan kedua aku ni dah berpaling tadah ceh!!!!

Lepas kapel terus x ingat kawan puikkkk….
Alasan…Gf dia x kasi kawan dengan aku dah.
Sayang punye pasal terpaksalah korban kan aku.
Eiii poyo….

Tapi kang lepas beberapa bulan datang balik tanya khabar.
Pastu ilang balik...

Kat myspace dia banyak la picture dia dengan  gf dia tu.
Lagu yang sesuai ku dedicate dekat dia ialah
 is black is white sbb kawan kedua aku ni gelap macam mamak.
Gf dia tu putih hehehehehe…..


KAWAN LELAKI 1

Dulu aku ada seorang kawan lelaki
Kenal dekat myspace
Keje oil and gas.
Slalu la dia pergi sana sini
Pernah dia call dari oversea beberapa kali
Dan chat di myspace selalu.

Aku senang kawan dengan lelaki sebab aku rasa kawan lelaki x dengki.
kawan lelaki lebih caring.

Dia ni selalu perasan sebab selalu kalau keluar dengan dia,
Dia cerita yang ramai perempuan hot-hot minat dekat dia, tapi dia x nak.
Motip? Hanya dia yang tahu
Aku ya kan je.

1 hari dia tanya kenapa dah layan x layan?
Ajak keluar pon tak nak.
Baru aku bukak cerita
Yang gf dia sudah warning satu kali.
Jangan kacau TUNANG dia.

Dia cakap itu bukan TUNANG dia lagi. Dah breakoff!!!

Lagipun dia cakap kita kan kawan, kita kawan dengan ikhlas apa masalahnya?
Kita ni semakin tua semakin kawan menjauhkan diri
Bila ada orang nak kawan dengan kita, kenelah appreciate.
So sejak itu Kami berkawan semula.
Aku memang pegang kata2 dia,
Kita kawan, dan aku ikhlas kawan dengan dia. Bukan sebab lain. Akan kubuktikan.

1 hari, dia bagitau yang dia dah ada gf
Kawan aku pulak tu gf dia
Aku ok je.
Ujung2 dia bagitau yang sebab aku x nak kat dialah maka dia cari orang lain.
Excuse me? Bila masa dia bagitau dia suka kat aku?

Dia cakap dia pernah bagitau aku yang dia suka kat aku.
2 kali
Tapi aku buat bodoh.
Lepastu dia x nak bagitau dah sebab malu orang buat x tahu.
Alasan aku plak.
Kita kan dah janji kita kawan ikhlas
So aku anggap tu kata2 suka sebagai kawan je.

2ndly dia bagitau,
Kalau dia x suka takkan dia call jauh2 dari luar Negara semata2 nak tanya khabar?
Tu tanda dia rindu
ye tak ye jugak kan???

Tapi alasan aku….langsong x terfikir pon. 
Sbb bila aku tnya keapa dia call? 
Dia jawab saja je tanya khabar.
So aku x nak la perasan.
Karang di cop sama mcm kawan2 dia yang lain kaki perasan. No way….

3rdly dia bagitau dia pernah ajak aku pergi rumah dia
nak kenalkan dengan adik2 dia, tapi aku taknak
Alasan aku ...takot...kang buatnya dia tipu. takot kene rogol kakakakaka...
dia gelak..

Lepas dia dah beritahu aku yang dia dah ada gf,
tak lama tu akupun bagitau dia yang aku dah ada bf.
Kami masih kawan tanpa ada perasaan suka antara satu sama lain.
Aku kan dah kata aku ikhlas.....

Sampailah dia dah kawen dengan orang lain pun kami masih bertanya khabar
Dia selalu tanya kenapa aku x kawen? 
Kalau dulu aku cakap je aku suka kat dia dah tentu aku dah kawen dgn dia 
haaaa yela tu....Jodoh di tapak tangan ko ke?
Dah la dia selalu obersea berbulan2.
kang aku duduk umah sorang2. 
Takpon kang diam2 dia kawen kt tempat lain ahakss!!!!

Tiba2 x lama tu dia menghilangkan diri selepas isteri dia dah beranak satu.
So siapa yang tak ikhlas sebagai kawan????

Monday, January 7, 2013

PENAKOT.


Aku ingtkan di antara jiran2 aku ni, aku sorang je jenis scarry nak mampssss
Rupenye ada jugak sepisis sama dengan haku

Kisahnya gini,
Masa malam kedua tahun baru,
Lorong rumah aku tu kan, leader kami ajak buat potluck
Masa malam kami dok sakan melantak tu, terbukak la cerita…
Si Su dok bagitau dia ada nak cerita
Dia habaq mcm ni
“Masa orang nak buat grill umah aku tu kan. Kan diaorng lambat siapkan…
Sebabnye according to the contractor, rumah aku tu….”
Belom abis si sue ni nak cerit si Flora dah potong
“Eh! Cop..cop..cop…kalau ko nak cerita ni pasal benda tu aku x nak tahu la”
Akupun sekali menyokong
“aya pon x nak tau sue..ni malam ni sue hang jgn mengada. Aku dah la berdua je kat rumah tu lahaiii……”
Terus sue tak jadi cerita sebab kami memang penakot time tu hehehehe…

Kisah itu terus menjadi misteri yang hanya Sue saja yang tahu....
Lagipun dia kata sekarang dah tak ada apa-apa sebab dah pagar. Hurrrmmmm...

Picture malam tu.

                                                                        Nazira, Sue and Zian
                                                         Sara dgn anak dara dia and Zian



Aku ni bukan ape...Kalau x ada org cerita pasal hantu aku ok je
kalau ada ygn cerita aku x sanggup nak dengar hehehehe....
Bediri bulu ketiak ai....

Ya Allah ya Tuhanku
Boleh tak jadikan diriku ni berani?
Tolonglah =)

GAIN WEIGHT LIKE AYA STYLE.


Dah 3 kali dlm bulan ni aku pergi Pos office
Sentiasa ramai dengan manusia.
Everytime pergi sana kene tunggu like lagi 20 org manusia.
Watdaaa…

So sementara menunggu giliran aku
Aku pun exercise la lelemak dlm badan ni kesana kesini tanpa haluan dlm
Tropicana City tu.
Mostly area yg dekat2 dgn post office tu la.
Aku memang jenis bosan duduk kat 1-1 tempat tu lelama.

So tadi aku kene tunggu like lagi 27 manusia.
Number terkini 1043, nombor aku 1070
Sempat aku gi makan dgn 3 anak manusia.
si nor, ana and amy
kt foodcourt Hehehehe…..

Habis suapan terakhir terus aku serbu post office.
Baru nombor 1054 gulpp!!! watdaaaa…..
Ada 20 mins lagi.

So….malas aku nak tunggu dalam tu sebab x ada tempat nak duduk pun.
Terus aku ke DAILY FRESH beli waffel katanya
Order sampai dua keping oke.
Dasar tamak…..pantang ada $$$ dalam wallet.


So masa tengah tunggu dia masak kat kaunter tu,
Terpandanglah cermin sisi besorrr kt dinding.
“Arrrrrghhhhh!!!” Termenjerit dalam hati
Sebab ternampak seorang anak manusia besor tengah bediri kat kaunter…
Tang pinggang dia tu ada 3 layer
(Aku ler tu..)
Gulppp!!!!!
Terus meratapi nasib diri sambil mengunyah chocolate waffle.
                                          chocolate waffle with peanut butter+chocolate 
 
                                                      Ni pulak yg strawberry + peanut butter.

Aen pon terjebak sama kakakka....
I LOVE MYSELF.

Friday, January 4, 2013

At D End of the Day of D End Year


Hallamak….setiap kali nak tahun baru mesti jatoh pada hari kerja
Ujung2 tahun ni mana la nak ada tinggal leave lagi kan.
KAMPENI BUKAN BAPAK DEN PUNYE NI cuma kasi 12 days je leave setahun.
Kalau jatuh pada hari ahad ke, hari sabtu ke boleh la bakar ayam turkey size BAPAK besar dan meratah beramai2 macam barbarian.
(Ciss! Macam ala2 kismes pulak kan? ooo x baek… x baek)

So new year eve tahun ni jatoh pada hari Senin
Boss 1/2 hari dah blah. 
Dendiam je dia.
Buat muka selamber dekkkk je dia.
tahu2 x return to opis. 
Selamat dia dah standby somewhere nak celebrate khen....
Aku dibiarkan keseorangngan kt office sampai la waktu habis office pukul 5pm.

Balik tu aku ajak Husband pergi Dinner sempena new year.
Dia kata Ok Boleh.
Dengan syarat venue adalah x jam
(Dulu kete manual malas nak hadap jam. Lani dah tukar kete auto pon malas nokkkkkk)

Maka meng google lah aku tempat nak dinner je selama sejam.
Nak ke chillis?
Kalau dah dekat pukul 7-8 ni confirm sesak.
lagipun dah bosan. 
Balik2 itu....

Teringatlan bumbu bali
Tapi Bumbu Bali kat Puchong. 
Jalan osai sesak
Kalau Sari Ratu Subang pulak macam x eksklusip.
mak nak la yang ala-ala romentik kan.
Ni kira malam special niii....
TGI friday pulak Jef x suke.
Dia kata steak depa x sedap....
ayooo.....
last2 DANcING FISH.
Itupun kat setia alam mulanya cadang nak pergi
Jef pulak tak nak
Alasan dia setia alam tu macam jalan hutan.
Tak ada suasana tahun baru.
yeke?
Jef kasi cadangan kat William.
Eiiii tanak arrr.... x romentik.

last-last
DANcING FISH BANGSAR?
Dia kata oke.
besiap je dah sejam. 
Sampai BSC (Bangsar Shopping Complex) dah dekat 9.00 mlm
Restaurant kat 3rd Flr.
Tu diaaaaaa ramai dah menunggu kat luar.
                              
Lepas buat reservation kami jalan2 kat BSC market

Fullamak...mmg terbaik la BSC Market...

Segala jenis cheese ada jual kat situ.
Aku beli shredded cheddar cheese 
kalau kt carrefour memang tak ada. Cuma mozarella sahaja

After 30 mins kami naik semula ke 3rd flr masih ramai menunggu di luar restaurant.
ada yg in a group of family.
Aku rasa orang kat dalam restaurant tu pun makan x selesa
sebab sehabis je licin pinggan, waiter dah tarik 
macam menghalau pulak hakhakhakhak...

Pukul 9.45 mlm baru kami dapat table.







Ni la hidangan utama. 
Ikan Nila.
dan nama restaurant ni pun sempena dgn Main Dish dia nih.
Ikan tu kan meliuk macam menari kan?
Tu la nama dia dancign Fish


Rating kami kasi 3/5 je sebab x menepati sangat selera kami.
Presentation is presentable.
Tapi rasa seperti masakan orang yang baru nak belajar masak hehehehehe....
Tapikan kene faham la....
mereka masak with no added MSG
So OK laaa....
                             
Sempat aku snap picture kt sini sbb aku suka kaler dia.
dan aku suka betol pintu besar2 mcm ni.

Last sekali kami menuju ke Damas. 
Berpusing2kat Hartamas, Bangsar untuk cari port terbaik nak tengok Fire Works.
Last2 dapat satu venue cun punye kat Damas
Betol2 mengadap KLCC
Sekali dah pukul 12 tengah malam boleh diam je.....
Mana fire works nya?
Tak ada bajet kah?
dah 10 minutes tunggu rasa kecewa tu ingat nak start engine blah je.
Sekali ada la jugak tu haaa...Itupun sekejap je. 
Aduiiii kecewa la sebab x semeriah dulu Grrrrrr....

Anyway semoga tahun 2013 menjanjikan pendapatan lumayan, good health dan 
bring all the good Luck all the way to me and my family.