Saturday, October 27, 2012

RENDANG RAYA

Percaya tak?
Ini percubaan kali ke 2 aku buat rendang ni.
Pasal setiap tahun mak yang buatkan rendang.
Perkara yang buat aku kurang minat nak belajar merendang ni
Sebab aku bukan minat sangat makan rendang
Aku tak suka rasa nya yang bila lepas makan tu dia punye rasa rempah naik ke tekak.
Tak selesa betol.

Lagi satu aku x suka sebab nak kene agak2 bahan bahan yang banyak tu
Halia, lengkuas, kunyit, serai, kerisik haishhhh...
Ini adalah kali ke dua aku terpaksa buat sebab keadaan mak mertua yang x sihat
Dan atas request pak mentua.

Aku kata terpaksa ialah sebab aku tak pernah cuba tapi aku terpaksa beranikan diri mencuba
haaaaa.... Bismillah....
Ikut naluri. Agak agak...dah la nak masak lama.
Takot dah siap kang sekali takkkkkkk sedap.
Musnah pulak harapan orang yang menunggu rendang aku tu kang.

Tapi kalini memang just nice.
Kuah x terlebih sgt dgn isi.
Itupun santan x fresh begitu jugak dgn kerisik stok yg dh lama dlm petiais.
Apa nak buat sebab segalanya preparation last minute.
Guna aje apa yang ada.

Aku rasa kerisik dlm rendang x perlu banyak sgt.
Specially yg x fresh jgn boh banyak sgt.
Memadai guna santan pekat.
Itu naluri aku la.

So semalam bekas cekgu jef kata sedappp...
Padahal aku admire mak cekgu tu punye rendang pedas.
Family kata mantap. Tapi x tahu la sekadar nak ambik hati ke apa.
Pagi tadi adik dapat call dari sepupu dia (nama Jubir) kata nak lemang dgn rendang semalam.
Dia kata rendang yg aku masak tu sedap.
Wahhh biar betol diaorng neh....

Tetiba teringat kat ayah Jubir (Ngah Gedok)
Arwah Ngah gedok dulu, kalau aku balik kampung. Suka sgt suruh aku masak kan untuk dia.

Oh ya....malam tadi aku masak sup tulang kaki.
Ponnnnn sil mintak resipi
Dia kata sup aku rasa lain.
Akupun heran.
Sebab aku rasa biasa je sup akutu.
Tapi memenuhi citarasa aku le.
Pak mentua pun dah pencen buatkan sup setiap kali raya.
Aku yg take over tugas dia sebab anak anak dia kata k.aya buat lagi sedap
Waaa lagi sekali aku rasa betol ke diaorng nih?

Yela..pak mentua tu dia x bubuh banyak bahan. Aku ni lain sikit
Kalau x cukup bahan memang aku x puas hati.

Harini pulak ada jiran tu adik kata dia nak masak daging korban macam
yang aku buat semalam "Daging masak kicap".
Dia kata sedap. Serious semalam lepas aku masak, aku ke hospital.
Sekuali penoh size sederhana aku tinggalkan.
Tinggal sikit je. Alhamdulillah..

Sebab aku x suka kalau makanan x habis membazir je rasanya.
Tu jiran kata daging tu sedap.
heee suka aku.

Seronok pulak aku cerita pasal masak masak.
K la...nak gi mandi siap2 gi sepital lagi.


Rendang Hari Raya Qurban ku.

Friday, October 19, 2012

Cuci Usus

Harini pagi pagi dah niat dalam hati
Sahaja aku nak minom air sebotol
Kerana nak sehatt...

Usaha la beli air mineral kat mamak
Dah la rege mahal beza singgit lebih dari carrefour
Tapi sebab dah konon nak sihat sangat pepagi tu
maka belilaa..
Ni dah verangan nak minom sebotol sehari ni.

Sehingga ke petang tadi,
Inilah pencapaiannya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sikit je penurunan litrre nye tu
Sebabbb....boleh terlupa yang aku ada beli mineral water pagi tadi.

Thursday, October 18, 2012

UNTUK SI COMEL


Tadi aku dengan Aen pergi makan dekat tempat feveret (favourite) kitaorang
Nama tempat tu kitaorg pon tak ambik port.
Kitaorng menggelarkannya ‘MEE SAMBAL BELACAN”
Kalau nak refer kedai tu maka terkeluarlah ayat2 tersebut
“kat kedai mee sambal belacan tu kak…”
“Harini kita makan kt kedai mee sambal belacan la ek”
Begitu lah.

Selepas sesi melantak sorang semangkok
Kamipon gerak nak balik office.
Kene melalui 3 layer floors bebeh!

Floor ke dua dah tersangkot dekat kedai yang menjual accessories ANCIENT kegemaranku
Ala…actually accessories tu semua dia tiru ala2 zaman kuno.
Bukan kuno sampai ada roh orang mati bersamanya ke ape ke.
ala-ala yang hado je..

So disitu boleh kitaorng terbeli benda ni.



Amcam?

Ni beli untuk si kenit si aen cakap.
Aku pulak beli untuk Yunus dan Mia Qistina.
Depa dua ni anak2 sedara tite arrrr…..

Tapikan..tapikan…gambar atas tu Nampak mcm boring kan.
Meh tengok apa yang menariknya benda tiut tomey rasa nak tampo ni

Tadaaaaaaaaa……….
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Lip lap lip lap lip lap
Anak ko ado??????

LAWAK SEDIH


Semalam kami dikhabarkan oleh Doktor pakar yang MIL dalam keadaan kritikal
Dimana organ dalaman badan beliau sudah tidak berfungsi.
Kebarangkalian nak sihat semula adalah zero.

Kami juga dapat khabar yang darah keluar ikut mulut mak
Air kencing mak pun keroh dan bewarna hitam.
Sighhhhh....

Dalam keadaan sekarang,
Lagu MAMA by SPICE GIRL atau lagu IBU oleh MAMAT EXIST adalah sangat TIDAK RELEVANT
untuk didengar oleh my usben serta adik beradik yang lain.
Sangat mengganggu fikiran ok. =D

sempat kau buat lawak ye?
Ni lawak sedih ok.
Tak pernah dengar lawak sedih ke?
Ni aku buat la nih =p

Itu belom lawak by bapak mertua lagi

Semalam dia nak ceriakan adik2 kembar jef yang monyok.

FIL :           Adik… dalam keadaan sekarang ni, mokme (kamu semua) kene bersedia
Kembar:  (diam)
FIL:           Tengok aboh ni, aboh ni anak yatim  piatu

I found it quite lawak ok. hikss!! 

Kembar: (Masih diam dan monyok)
Aku:         Abah k.ya pon baru je jadi anak yatim piatu beberapa hari lepas dik
Kembar: (Senyum)
Aku:         Mak kak ya pulak dia anak yatim je. Sebab mak dia masih ada lagi heeee…
Kembar:  Mental k.ya ni….

Hehehehe.... 
Kalau x lawak sangat tu faham2 lah ye sbb ni lawak sedih.... =D

Tuesday, October 16, 2012

KOPI



Heee…
Kat rumah pak mertua aku,
Kalau kat belakang rumah luar dapur dia tu sentiasa ada orang datang berkunjung
Diaorang suka melepak belakang rumah tu.
Sejuk berangin pasal ada deretan pokok getah di belakang  tu.

Ni nak cerita pasal kopi.
Sejak MIL warded di CCU Temerloh dah 16 hari,
Semalam adalah kali ke 5 kami buat Majlis bacaan Yassin di rumah
Selepas majlis itu ada jamuan makan kecik kecilan
Jemaah surau ada berpesan jangan beriya sangat
Sebab majlis mendoakan orang yang sakit kan.


 suasana ketika majlis

Tapi kami ni jenis dah biasa meraikan tetamu.
Adalah kuih muih sikit selepas majlis itu.
Kadang saudara dan jiran sekampong yang bawa.
Lagipun kalau x berhidang rasa x sedap pulak.





antara juadah 
(Amcam kak maria? kelas ke tidak???)

Biasanya selepas makan2 tu adalah kuih terlebih, air terlebih
Yang itu kami pass pass kan kat orang belakang.
Diaorng lepak kadang sampai 1 malam.
Boleh la sambong makan2.

Aku ni pulak jenis x suka selerak atau bersepah.
Sakit mata memandang.
Yang mana ada 2-3 pinggan kuih, cepat aje aku satukan.

Aku ternampak atas para ada sejug air kopi.
Lalu aku ambil jug tu aku suakan kepada adik ipar yang tengah duduk di luar dapur. 
“Kopis… ambik air kopi ni top up kan dalam jug kat luar tu” kata aku.

Lepas tu jug di luar pun penoh la.
Masa aku masok semula ke dapur nak ke sinki,
Adik ipar aku si Rukhbi tanya “Kak aya, mana jug dok atah ni?”
Aku katalah yang aku dah top up air kopi kt luar untuk orang luar minum

Rukhbi kata lagi “air dalam jug tu air yang orang tak abih minum bubuh dalam tu”

Gulpppppp!!!!! Aku tertelan air liur….
Teros mata aku dok aimed Jug kat luar dan terletak di atas meja betol2 di tengah-tengah orang ramai iteww….
Macam manakah cara untuk menyelamatkannya???
Ai adalah berasa segan Ok!

                                                  
huhuhuhuhu…..
muka-muka x bersalah itew...
masa gambar ni diambil, air kopi Kontroversi itew belom ada atas meja.

Kak Chik (SIL) pon masok dapur. 
Dia tanya kenapa kami agak kalut?
Kami explained kat dia yang aku telah dengan innocentnya 
menyamporkan air kopi yang bersih dengan air kopi yang level sisa-sisa 
dan memberi orang luar minum.... huahuahua.... rasa kelakar pon ade.

Lalu dia kata “O……air kopi dalam jug tu adik top up dengan air masak k.ya…bukan air orang tak abis minum”

Phewwww….Selamattt….
Sesungguhnya air kopi itu masih suci huahuahuahua….

Berikut adalah gambar pelakon dalam siri KOPI aku kalini. huhuhuhu....
                                                         Rukhbi yang pakai songkok
Kak Chik.

RASUKAN MOMOK


Heee seram sey.
Aku bukannya seram sebab nampak hantu
Tapi ahad baruni…mcm ni ceritanya…

FIL mintak ada orang ni datang untuk tengok-tengokkan rumah kat kampong tu
Orang tu Indonesian.
Dia mintak beras, garam, air, bunga kertas dia ambik dari tepi rumah je dan daun kelapa

Lepas tu aku tengok dia dok menganyam ketupat 3 ketol.
Kita pon buat la lawak sesame ipar.
“eh pakcik ni nak raya haji lagi 2 minggu” kata AMY (sil)
“nanti kita tempah kat pakcik tu sarong ketupat nak” Kata aku pulak.
Pastu masa berborak tu tiba2 kami disuruh keluar rumah.

Katanya dalam rumah x ada benda.
Cuma kt sekitar rumah ajelah. Pasal bekas tapak orang buang sampah.
Acchoo!!!!

Usben kata memang tempat tu dulu tempat lori buang besi dan batu2.
Tapi x tahu la kalau ada buang benda x elok.

So kita pon duduk la sekitar pakcik tu.

Masa dia dok membaca mantera ape tah tu
Tiba2 nafas Ija (SIL) turun naik semacam aje dia.
Makin lama makin kuat
Dia tengok pakcik tu mcm nak telan aje.
Macam dah bersedia nak kasi karate bertubi tubi.
“Aik!!! Ini dah lain macam aje ni “Kata aku dalam hati.

Aku tgok Amy dgn suami dia tengok je dari jauh
Masing2 terkema muka dah nak menangis.
SIL sorang lagi si Kak Chik (kembar Ija yg terkena rasok ni) pon dok jeling2 je dari jauh. Dah sebak. lagipun dia x boleh dekat dgn kembar dia kalau kene rasok
Takot dia pon akan terkena juga.

Fikir2 aku yg size agak besar dari diaorg tu kan.
Cepat2 aku dgn usben paut si Ija tu.
Aku memang la takot. Tapi waktu tu aku terpaksa berani lerr…
Apelagi…. Ija dok meronta2 menjerit2 sakan.
Anjing yg FIL bela pon dok melolong sekali bila SIL dh terjerit2 tu.
Hishhh seram seyy….nasib baik tengahari.

Masa aku paut leher Ija tu...
Terasa tangan aku sampai ke lengan kebas2.
X tahulah kebas sebab tenaga dia kuat ke apeke.
Mulut aku mmg x lepas dari bacaan ayat Kursi.
Dalam hati memang rasa geram sangatlah kenapa “Benda” tu nak ganggu keluarga aku ni.

Lepas pakcik tu sembur air kat muka Ija, dia kata “Benda tu dah lari jauh dah”
Kami bawak Ija masok dalam rumah.
FIl beri sesudu air zam zam bagi Ija minum.
Lepas dia minum tu dia muntah.

Aku pun bukak la Ayat Manzil yang aku download dari youtube.
Sib baik ada….berani la aku sikit hehehehe (dasar penakot)
Aku pun duduk la berdua dgn Ija kat living room sambil tengok tv.
Dia nampak letih.
Yang lain semua kat luar.

Tiba2 datang PAK Ite (sedara rapat).
Kemain risau muka dia aku tengok dari jauh.
Maklomlah dia ni jenis caring.
Dia cari si Ija pastu dia tenong muka Ija tu
Dia kata “Ni kenapa kau x keluar lagi ni?”

Aku pon ternganga la….konpius ok mak konpius…
Pak ite kata  “dia ada lagi dalam tu. Tengok mata dia berkelip kelip tu”

Aku pon tengok mata Ija
Iyelaaa…mmg terkelip2 laju…..
Klip klip klip klip mcm tu….laju betol.

Eeeiiiii tadi aku duduk berdua dgn SIL yg masih dirasok syaitonirojim ke???
Hok aloh!!!
Kalau la mak tahu.. Mak memang x berani ok!!

Akupun lari panggil usben aku sebab Ija dok meronta2 sekali lagi.
Kami ber 4 dgn FIL dok memegang SIL.
Pak ite baca ape tah pastu dia hembus lalu usap muka Ija
Dan dia mcm menarik benda tu keluar melepasi ubun2 kepala.

Pak Ite kata benda tu masih ada lagi.
Kalau dia keluar pon dia akan masok balik
Sebabnya Ija tu lemah semangat.
Hurmmm….

Itu la pengalaman ketiga aku tengok orang kene rasuk
Dan pengalaman pertama aku yang kene hadap pulak.

Lepas Ija dah ok, barulah aku tahu yang adik ipar aku (Usben si amy) tu penakot.
Patot la dia terkema. Aku panggil2 pon dia x bangun dari tempat duduk dia tu.
Hok aloh demo bikin malu oghe Pok Nik dop kuak semangak!

 **Ija yang pakai tudung putih tu.

Usben aku hairan kenapa aku rilex je.huhuhu…
Rilex la sangatttttt……

Rilex time itu ajelah kot.
Sebab dalam keadaan yang begitu aku kene kawal emosi aku
Kalau x terkawal kita pun boleh di rasuk ape.

Entah la. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku semacam ada kekuatan
Mungkin sebab arwah nenek Che Esah pernah pesan
Katanya kalau kita nak jadi orang yang berani
Kita kene pangku “Mayat”
Aku kata kat nenek “kalau aya yang pangku mayat. Kang dengan aya sekali gol”
Nenek jawab “pangkulah mayat baby”…

Mungkin disebabkan satu musibah berlaku pada kami iaitu
anak saudara aku, Yusof yang berusia 6 bulan meninggal akibat tersedak susu tahun 2010.
Aku pangku mayat dia masa di bilik mayat HKL.
Sejak itu aku jadi berani kot.

Tu semua kuasa Allah.
Allah yang melindungi aku dari kekusutan dan ketakutan.
Maha besar kekuasaannya
Semoga Allah merahmati Arwah nenek Che Essah Che mamat dan
my niece Yusuf Razzin Bin Mohd Yusri

Terasa ralat x dapat mandikan jenazah nenek yang meninggal dua hari lepas.
Sebab aku dah bersedia. Cuma keadaan tidak mengizinkan.
Nanti aya hantarkan pada nenek hadiah bunga2 dan buah2han doa ok.
Sob….sob…. =(

So korang…kalau nak berani apa kata cuba tips tu.
Tapi wlaupun berani. Aku masih lagi takot duduk dalam rumah sorang2 dan berada kt tempat gelap serta menakotkan.
Jangan cari pasaiii….. ada yang memeratiiiiiiiiiiiii……
Heeeeee =P

Wednesday, October 10, 2012

BESTDAY not necessarily the BEST day


Semalam sampai kat kampong lanchang dalam pukul 8pm.
Kami lalu kot dapur.
Nampak BIL dgn sepupu tengah duduk kat belakang rumah
Duduk la sekejap beborak

Paris (BIL) beritahu yang 14/10 ni birthday dia.
Sepupu kata tu tak penting dalam keadaan sekarang
Paris pun setuju. Sebab dia kata dia x gembira MIL masih coma
Lalu sepupu kata “Koi sepanjang hidop koi x pernah sambut besday”

Terus kami ajukan soalan bertubi-tubi.

Aku:         “Aok x pernah tipu lilin ke”
Sepupu:  Tak
Aku:          “Aok x pernah langsong potong cake?
Sepupu:  Tak
Aku:          “Potong  pulut kuning ke at least?”
Sepupu:   Tak mak koi x pernah sambut birthday koi.
Jefri:          “Aok x pernah la dapat pezen?”
Sepupu:   Tak. Koi x pernah ada gilfren
Aku:          Tragis sungguh kisah hidup aok ni kan.
Paris:         Dia ni tah2 dah pernah dapat. Saja x nak bagitau”
Sepupu:   Tak ada
Paris:         “Mana lah tahu ada pernah dapat hadiah kad ke
Sepupu:   Tak pernah
Paris:        “tuala ke?”
Tiba2 kami terdiam.

Tuala????
Heeeeee ada ke orang bagi hadiah tuala untuk hari bestday (Birthday)??

Teringat waktu dulu2
Orang bagi hantaran tuala .
Buat bentok angsa la, kipas la, buah la.
Akupon pernah terbabit sama membuat hantaran tuala.
Tapi makcik aku yang punye dengan adik aku.

Sekarang ni nak tengok hantaran tuala mmg takkkkk la…. Kan?

meh mengimbau kenangan lama....


nanti panas boleh kipas dengan (buat suara doremon) KIPAS TUALAAAA.... 
kelas kau maria. Sofa berkipassssssss

Bentok apa nih? Mungkin nak buat bentuk bunga teratai jadi
bunga rafflesia. 

Tempah siap siap. Orang lain x boleh pakai sebab x ada nama =)

                      
cuppie
                                   
Niceeeee.....

*Translate: koi= saya    aok: awak

Monday, October 8, 2012

PARIS OR PAHONG.


Pagi tadi jumpa abah kat bilik
Sekali dia tanya.
“kenapa ko ni tak cuti aya?”
**Sebab mak mertua coma di Hospital temerloh
Dia macam x suka la kita x cuti jaga mak mertua kita. Tak patot la kan.

Abah sejak dulu memang dengan aku atau adik bongsu dia akan tegur
kalau kami dok buat benda x sepatotnya. 
Kami ni jenis x sensitip.

Aku dgn Huubby dah plan.

Buat sementara waktu ni ada 2nd SIL dgn husband dia cuti jaga mak mertua smpai Khamis
BIL yg 3rd & 4th dah cuti dari minggu lepas start masa mak mertua ditahan CCU.
BIL yg 2nd cuti sejak Khamis lepas sampai harini.
Tinggal SIL yg sulong dah almost 2 weeks cuti.
Kesian jugak kat dia cuti lama2 ni.
Dengan anak 2 orang dengan dia. Sorang exam kt ganu.
Adik bongsu yang twins minggu ni exam pulak. 

SIL Sulong tu lagilah terok dugaan.
Masa raya rumah dia tebakar.  Nasib x hangus 100%. Dalam 40%
Mujur adik beradik sepakat bagi duit sorang sikit buatkan wiring baru dan duit belanja.
Lepas raya dapat berita Emak coma pulak.
Kesian sangat. Tapi dia tetap cool. 
Tapi sapa tahu dalam hati menangis kan
Kita dah merasa la.



MY Sis In Law picture.
Husband masing2 standby di Hospital.
kami kt rumah bergossip.

Ni aku balik keje ni sbb nak check berapa hari cuti tinggal
Nak apply untuk cuti jaga mak mertua pulak.
Kita adik beradik ni kalau waktu susah kenelah sama2 bekerjasama
Bila sama2 saling support each other barulah ringan sikit beban.

Ini hari ke 9 mak mertua Coma.
Harap2 sebelom hari ke 14 ada perubahan
Kalau tidak terpaksa bawak balik dia dgn keadaan coma tu attach dengan tong oxygen. Haisshhh…

Itula ni kita nak pesan
Kepada anak2 ni waktu ni kene la tanya-tanyakan
Emak atau ayah tu suruh pergi check up.
Walaupun depa kata depa sihat. (Tu kadang tipu je tu)
Memang ada orang tua jenis degil. Nak berubat kampong kononnye.
Kalau mereka masih kuat boleh jalan paksakan aje pergi check up sebulan sekali.
Check darah, tekanan darah tinggi, air kencing.
Bahaya kalau dah jadi macam ni.
Terlantar x sedar atas katil anak2 menengok dengan hati sedih dan pedih tuhan je tahu

So This Friday smpai Monday Lokasi ai di Paris la yee …

Thursday, October 4, 2012

DI AWANG AWANGAN


Aku tak tahulah apa syndrome telah berlaku.
Dah 2 minggu dah
Tido tu rasa macam di awang-awangan
Tido tido ayam
Padahal akupon tak penah jadi ayam
Dan x tahu macam mana feel ayam tu tido
Tapi aku bantai je ikut perumpamaan

Rasa dia mcm bila ko tido tu ko boleh berfikir
“Aku ni dah tido ke belom? Apesal mcm belom tido lagi nih?”
Macam itu lah.
Sambil pejam mata tu boleh rasa macam belom tido lagi.
Belom Nampak gelap pekat. Bebola mata masih begerak-gerak.

Ni dah beberapa hari asyik terjaga malam.
Bila dah terjaga tu baru boleh tahu yang tadi dah tido rupenye.
Kadang pukul 1 malam aku terjaga.
Ikut dan je nak terjaga pukul berapa.
Semalam terjaga pukul 3 pagi.

Aku perasan semua ni terjadi sejak aku ubah waktu tido dan bangun aku
Beberapa minggu ni tido pukul 10.00pm wajib tido
Bangun aku set time 5.40am (Subuh)
Kadang terbabas tido pukul 11.30pm
Esok dalam 5.45am bangun, masak la mata aku. Sangapppp

Aku bangun awal tu sebab aku kene masak.
Mak aku dah x larat dah sebab tak sihat.
Aku ni jenis hiba kalau aku pergi kerja  sambil memikir mak aku x makan.
Kalau aku x masak pagi tu nak harap sapa lagi?
Masa nilah baru aku terfikir alangkah bestnya kalau ada adik beradik perempuan.
Boleh share suka duka bersama. Hurrmmmm.....

Tu la aku gigih bangun dah sekarang ni.
Tapi masak kat dapor waktu subuh macam tak ada perasaan aje time tu
akibat mengantok telampau.
Tapi itu dulu. Sekarang dah terbiasa sikit Ok la.

Dah la aku ni kan penakot.
Tapi sekarang perasaan takot ke seram ke tolak tepi.
Kalau waktu sesuboh tu tiba2 pocong nak bediri belakang aku mau ku rodok dengan pisau.
Mati lah kau pocong sekali lagi.
So baik jangan nak cuba dekat dengan aku.
Ceh!! kunun je tu.

Sekarang ni aku nekad.
Nak bangun solat subuh awal setiap hari dan nak siap masak breakfast/ lunch dan siapkan apa yang patot before 7am.

Mungkin musibah yang aku alami waktu ni ada hikmahnya
Barulah aku lebih displin
Bangun awal pukul 5 tu standard  la kan bagi ibu2 yang ada anak kecik, anak nak sekolah.
Bagi aku sebelom ni tidak.

Mula2 nak bangun pukul 5 pagi tu punyelah bercinta.
Masa tu la rasa macam bantal tu empok sangat sangat sangat.
Nak2 lagi mcm aku yang tido dengan 8 bijik bantal kekekeke…

Tapi aku ada seorang kawan.
Dia lagi dasyat. Pukul 2.45am dia dah bangon masak bagai. Salute!!

Lagipun aku nak jadi hamba Allah yang lebih baik dari dulu.
Sejak kebelakangan ni banyak nikmat yang dberi apart from the musibah
Tapi aku sering gagal mensyukuri.
Bila aku bangun awal, Aku x boleh la nak kasi excuse terbabas lagi kan.
Aminkan aku ok.

Ni pic food yg aku masak waktu sesuboh.
SANDWICH
 BAKED SALMON
 SUP TULANG
 BAKED CHEEZY SANDWICH
UDANG MIX WITH VEGE
 TILAPIA KUKUS
 SUP IKAN MERAH & SAMBAL JAWA
 KARI TULANG

Bila tengok balik gambar2 ni (ada banyak lagi sebenarnya) 
Rasa macam waaaaaa.. Berwarna warni sungguh hehehehe..