Friday, October 9, 2015

WEEKEND UNTUK AKU SAMA JE SEBOK

Esok dah sabtu
Minggu ni turn aku tak keje
Kampeni tempat aku keje ni mengamalkan konsep alternate Saturday
Kadang bosan la jugak bila keje sabtu sebab nanti keje2 mencuci kain kene buat hari ahad.
Paham2 la kan, keje2 mencuci ni mau ½ hari jugak nak menyiapkannya
Hari sabtu time keje bukan tak boleh mencuci, tapi by the time sampai rumah dah petang,
matahari pon dah kurang sinarannya
panas pon dah suam2
So buat ajelah hari ahad

Bagi orang bekeje memang best bila datang weekends
Sebab itulah hari diaorng boleh berehat serta bangun lambat
Lain orang lain cara
Tapi aku rasa sabtu ke ahad ke sama je aku kene bangun awal
Bangun awal pagi untuk solat
Lepas tu turun suruh maid Jepun cucikan kain
Nak cuci pulak bukan boleh main humban je semua.
Kene seperatekan dulu
Yang jenis lambat kering aku cuci dulu macam jeans, seluar, cotton wool, t-shirt
Lagi2 macam t shirt zaman sekarng ni aku perasan mudah sangat bau tak sedap kalau tak kering panas betol. Dia jadi bau kopam. So memang kene jemur awal pagi.
Pastu yang jenis cepat kering mcm blouse, tudung 2nd round lah.
Kalau ada towel2 pon kene mesen asing gak.
Dah jadi 3rd trip.
Kalau campur towel dengan baju2 kang berbulus semua baju haish kang suami kau yang macam quality controller tu banyak bunyik.
Eh! Bukan laki kau. Tapi laki aku heh!
Kemudian terus masak breakfast
Aku memang masak kalau hari sabtu/ ahad time tak keje tu.
Sebab hari bekeje mak aku yang masak
Takkan sabtu ahad mak aku jugak kot.
Abis bila masanya laki aku nak rasa masakan air tangan aku kan?
So aku la yang kene masak.
Lepas masak bukan boleh tinggal je semua humban dlm sinki tak bercuci.
Eeee aku tak boleh lah.
Nanti bila bahan masakan dah mengering baru nak cuci maigodd I kenot tahan
Dengan berbau semacam nye 1 rumah, dengan leceh nak menyentalnye oh noo….
Lagi, dapur nak kene lap balik
Lantai nak kene cuci sikit.
Mcm aku senang sebab aku ada wet kitchen.
Lepas masak aku tabor sabun serbok, tarik paip, gosok2 lantai dgn penyapu, jirusss habis cerita.
Klau dry kitchen susah. Nak kene mop leceh.
Biasanya lepas masak around that time kain pon dh siap cuci.
So sidai, mesen yang trip ke 2 pulak
So masa tu baru boleh naik atas mandi
Sebab bila masak badan kan bau minyak, muka beminyak, omaigoddd.

Ini yang kebanyakkan lelaki suka komplen cakap isteri serabai.
Abis kalau x masak duduk goyang kaki jaga kecahntikkan aje dekat rumah boleh la tak serabai kheeennn
Nanti komplen pulak isteri tak masak
Tapi nak isteri cantik meletop sentiasa
Orang lelaki ni memang.
Mengundang serabut perot kaum wanita je.

Sambong balik,
Lepas mandi nak baring2 pon dah tak ada mood sebab husband dah siap2 nak turun makan pulak.
So temankan dia makan
Kalau dia bangun lewat sikit boleh la baring2 sekejap.
Lepas tu siapkan sidai kain yg 2nd & 3rd trip
By the time siap bab kain kene prepare masak lunch pulak.
Kalau aku yg masak aku jenis suka masak 1 benda je.
Maksud aku benda berkuah yg aku boleh letak sayur dalam tu
Let say kari ikan/daging, asam pedas ke, senang keje aku humban bendi or terong
So aku x yah goreng sayur dah.
Maybe goreng ikan masin ke, goreng telor ke, buat sambal belacan ke, sambal gesek ke. Sambal tumis ke.
Omaigodd kenapa air lior aku meleleh tetibe ni
**Dah la tengah diet.
Lepas dah siap makan tengahari tulah baru aku boleh rilex2 sikit
Tapi aku jenis susah nak tido siang
So katalah aku mengantok sangat pagi tu
Kemudian aku cuba nak tido, memang takkk boleh
Lagi2 menambahkan tak boleh tu bila husband aku pon tido lagi sekali pakej dengan bunyi.
Lagilah aku takkk boleh
Tunggu ajelah malam kang baru nak qadha tido.
Buatnye malam tu citer kat TV best? Mau pukul 12 baru tido.
Esok kene bangun awal lagi.
So malam aku biasanya tak masak.
Cuma panaskan lauk tengahari tadi je.
Kalau masak pon maybe goreng2 sayur jelah.
Kadang makan kat luar with usben.

So the next day mesti orang ingat aku boleh bangun lewat kan?
Memang takkkkk yea
Macam manapon tetap kene awal.
Takkan kau tak solat subuh kan?
Biar betikkk….
So lepas tu tido sekejap, dalam pkul 8 bangun turun bawah siapkan sarapan
Sebab nye mak aku dia subuh di surau, lepas solat terus ajar budak2 mengaji
So since aku ada abah aku kat rumah dan dia jenis lepas subuh terus tengok tv.
So aku buatkanlah breakfast.
Kadang nasi goreng, meehun/mee goreng, maggi goreng.
Kalau ada stok sardine & roti aku buat sandwich.
Abah aku memang stok tak pernah mengarah aku masak itu ini.
Tapi aku tau dia tengah hungry sebab by the time aku letak aje sarapan terus dia ambik pinggan.
Nasib baik abah dapat anak perempuan sorang macam ni.
Aku penah tengok lah anak orang lain buat tak reti je abah dia ke mak dia sarapan ke tak, makan ke tak.
I felt so sorry for them.
Samada dulu terlalu dimanjakan, tak disuruh so bila dah tua2 nak disuruh too bad lah kheenn.

So sama lah jugak kalau aku balik ke kampong
Tetaplah jugak aku bangun awal.
Padahal waktu pagi kat kampung sejuk banget!
Kalau tarik selimot pelok bantal memang syiok giler.
Tapi apakan daya dalam kepala dah fikir dah jangan jadi menantu hantu.
Malu mak bapak kita kalau dikata orang tak tahu meengajar anak.
U know, everywhere we go we carry our parents name kata orang Mongolia.
Kita mana tahu apa dalam hati manusia kan.
sikit sebanyak mesti mengata.
Tapi ade je yang walaupun asal dari kampong pemalas nauzubillah.
maklomlah dah biasa bergaul dengan makcik kenduri.
Biasa dengar sok sek sok sek.
hai nasiblaaa...


So, bangun harus masakkan air since kat kampong tak ada water heater.
Tapi ada gak time yang usben ajak breakfast luar
Samada di Temerloh atau Karak
Bagi aku, aku memang suka breakfast kat pasar pagi Temerloh.
Macam2 benda diaorng jual. Best giler kot.
Biasanya memang kami ber-3 (FIL, jef,aku)
Yang lain2 hurmmm masih tido  hiksss!

Bila tengahari masak lunch memang tak pernah lagi kami makan luar,
Sebab FIL aku suka sangat kalau aku masak.
Biasa hari2 lain tak ada orang rumah nak masakkan.
Dia single.
So bila ada orang perempuan masakkan dia macm happy je
Barulah rasa macam home sweet home kan.
Tula, bila kasi chance carik mak baru, dia carik awek.
Adoi tak paham la lelaki zaman sekarang ni
Memang QUALITY as a housewife bukan agenda utama kot.
Tahla malas nak komen banyak.
Tapi aku rasa kalau nak memilih isteri ni biarlah yang dia jenis tau tanggungjawab,
Lagi best jenis pick up next apa kene buat, next ape, next ape, cekap, amanah, fatonah,
lovely, nice, bila dgn dia rasa comfortable dan bukannya rasa risau, takot dia lari, takot dia merajok , takot dia carik jantan lain bukan ke???
Sudahnya bercerai berai menangis menyesal banyak berhabis $$, buang masa.
I mean cariklah pasangan yang memenangkan jiwa hati dan perasaan kita.
Tahlah, malas nak cakap.
Kalau dah jodoh maknanya itulah yang sesuai dengan deme kot kan.
Kalau tak nak pasangan yang serabot lagi menyerabotkan baik  perbaiki diri
Supaya nanti dapat pasangan yang sentiasa memperbaiki diri ahakss!!
Wah! Panjang gila aku menulis harini khennn
Nilah orang cakap to kill time.
Keje tak banyak pulak kat office ni.
Bosan siot.
Aku dah la jenis tak boleh duduk saja buang masa aku rimas.

OK lah nak ciaoo~

Monday, September 7, 2015

INI BUKAN MAGIK SARKAS

Pagini macam biasa,
Macam hari2 yang dah biasa aku lalui,
Setiap Isnin mesti akak cleaner akan datang kat office.
So aku bercadang harini aku nak beli breakfast untuk aku dan untuk dia.
(Aku tau sekarang ni mesti korang akan samada kata aku baik atau aku poyo)
Tak mengapa.
Bukan itu motif aku yang sebenar walaupun aku sendiri yang perasan (Bwerk!!)
Ada kisah aku nak kongsikan sebenarnya.
Tentang MAGIS/MAGIC itu memang wujud.
Jadi ape kata korang baca dulu sampai habis sebelom korang judge aku oke?
Selalunya aku belanja nasik lemak biasa sebab aku nak berjimat.
Aku pun bukan kaya sangat, tapi aku suka belanja orang.
Tapi harini aku nak belanja special sikit.
Sebab aku rasa syukur pada Allah bagi aku peluang belajar sesuatu yang penting Sabtu baru ni.
Jadinya nak belanja special kene belanja lebih sikit lah kan.
Aiman tak kisah, sebab aku percaya what you give you will get back.
Tengah aku nak mencedok makanan tu
Tiba2 ada orang tegor “Beli breakfast ke tu? Nah saya lanjer?” Sambil kat tangan dia hulur duit.
Aku cakap tak payah sebab aku belikan untuk orang lain jugak.
Dia cakap tak ape.
Waaahhhh..
Niat aku mula2 aku nak belanja orang.
Sekarang ni ada orang belanja aku, dengan orang aku nak belanja sekali.
Nampak tak? Nampak tak??? Magik kan??
Kuasa Allah SWT yang menggerakkan hati manusia semua tu.

Allahuakbar~