Thursday, December 18, 2014

TIDO

Korang ni kalau dah tido nyenyak, korang jenis senang dikejutkan tak?
kalau dikejutkan apa reaksi korang?

Si Jep, dia kalau dah tido nyenyak...
Jangan kau berani nak pegang2 or nak nice2 konon nak betolkan tido dia.
Sebab dia jenis mudah terkejut.
Apabila dia terkejut, nanti dia jadi garang macam harimau....
So basically kalau Jef tido nyenyak.
Walau apapun kedudukan dia tengah tido tu memang aku biar kan aje.
walau APAPUN kedudukan nya

Macam ni....
Atau macam ni....

Ni ambik ruang terlebih ni....


Di ulangi.....walau apapun kedudukannya....never wake him up!!
.
.
.
.
.
.
.


hehehehehe......

Tak macam aku
Dalam apa keadaan pun aku cool je.

Malam tadi aku tak perasan bila waktu aku tertido
Yang aku tau Si jef ambik kertas2 kerja dia turun bawah buat claim
Pagi tadi tengok HP bolehnye dia wassup aku claim dia tulis
Padahal dia kat bawah aku kat atas.
Tapinye.... jam tu aku dah bermimpi pegi London dah.
Itu sebab dia wassup dengan harapan pagi ni aku baca.

Sedar sekejap malam tadi.
itupun dengar tak dengar macam orang panggil
"mayang...mayang....ni bantal ni macam tinggi sangat"
Rupanya dia macam perasan bantal aku tido tu tinggi.
Pastu dia pon betol2kan bantal aku tu
Aku pulak masa tu blur2
Mungkin tak nak nanti aku kene sakit leher kot
Lepas tu dalam sedar tak sedar perasan dia betol-betolkan selimut aku.
hehehehe...
Dah banyak kali aku perasan.
Haaaishhhhh sooo nice my husband =)

Monday, December 15, 2014

Kemana Cuti sempena Keputeraan Sultan selangor?

11.Dec hari cuti awam bagi Negeri Selangor
Pagi2 tu dah kejutkan Jef sbb dia ada kerja kat seremban
A day before dia suruh book tempat makan kat Hotel mana2 yang suka (ewahhh…otel aje)
Sebab nak belanja makan sempena B’day tertunda 05/12/2014.
So a day before memang dah search mana tempat makan yang best.
Tapi rasa macam alah malas la.
Klau makan kt sana kang kene makan banyak. Makan sikit2 rugi
Rasa macam nak pergi kat Villa Daniella.
Dah lama teringin.
Tapi rasa macam malas la..
Jadinya memang tak fikir nak pergi mana.

Lepas jef settle urusan kat Seremban, Jef tnya nak pergi mana?
Aku ckp nak singgah Nilai nak cari curtain
Tapi jef ajak makan kat restaurant Pak wan kat sepang dulu.
Dia cakap best tempat tu.
Alaaa…..pasni kan nak gi makan tempat best. “Malas la nak makan”ckp dlm hati
So suruh jef makan sikit2 aje. Dia cakap Oke.
Sampai aje kat restaurant pak wan tu
Perghhh…ada Sotong bakar, Ikan pari bakar, lele bakar, ikan bakar, gulai kawah dan macam2 lauk bederets.
Berpinor mata mak melihatnye.
Teros la mencedok nasik lite-lite, sotong bakar dengan ulam2.
Cukup lah….
Sekarang ni dah tak teruja ambik lauk itu lauk ini.
Sekarang ni style nak merasai 1 jenis lauk je.
Ulam2 tu penting untuk awet muda walauponnnn….
Klau lauk campur2 dah jadi macam tak best.
Sotong tu lembut, tak overly tebako which i likeee....
kalau overly cooked rasa liat macam tayar me don't like.
Jep pulak ambik lauk Ikan pari bakar.
Sedap fresh and tak overly tebako juga....
So siapa2 lalu kat Sepang tu, singgahlah kat restaurant Pak wan tu sedap…


So lepas makan tu terus ke Nilai dan selepas tu ke Mid valley pulak sebab nak pekena 2nd round kat TWG.


Pesen aku memang macam gini.
Klau aku rasa tempat tu best meletop
Dalam masa seminggu dua pasti aku akan “I’ll be back” puiii…

Lepas tu dah puas tak pergi lama pon tak ape dah.

Tapi dalam kete kene sound pulak dengan Jef.
Katanya pergi la kat branch lain ke....
Aku cakap la ade..Kat pavilion tu dalam KL mesti susah sesak kot nak ke sana.
The gardens ni dah kita OTW balik senang.
Dah dia cakap 'ala...ada kereta kan boleh je pergi mana2. semalam jef dah offer dah cakap aje nak pergi mana, dah ada bajet... bla..bla..bla..."
Adehhh...sakit ulak hati kita dengar.
dah tak berapa dengar tak dengar aje bila dia dah start pot pet pot pet.
Sebabnya kadang2 dia ni tempat yang sesak dia membebel dulu sebelom pergi.
Ni dah lain pulak. 
Tak faham la sikap lelaki ni, kadang2 complicated.

So aku pun cakap la senang nak gi situ. dah OTW kann...
Dia pon balas "aya kan suka tempat yang lain lain..nanti post gambar tempat sama nanti orang kata asik pergi tempat sama aje".
Waaaaa.... mampu laki kau cakap macam tu? Akupun terkejut. 
Tah! ape-ape aje lah...
Lagipun bagitau selepas dah pergi situ.
Malas nak panjang cerita.
end up kami balik sbb ada bola malam tu Malaysia Vs Vietnam.


Friday, December 12, 2014

CURTAIN

Semalam aku kan beli curtain untuk bilik adik2 aku
*Ye, buat masa ni aku ada 2 adik lagi yang masih single
Tapi yang bongsu bakal expired status dia bulan April, 2015 ni.
Yang kedua tu ada orang nak kat dia, dia pulak jual mahal.


Psl curtain tu, aku pilih yang jenis panjang dia dah siap 3 meter lebih tu
Cuma beli ikut meter lebar ajelah.
3 meter untuk setiap bilik  semua sekali tebako RM 246 mcm tu.
Kain pun tebal.
Aku pilih jenis kain tebal sbb tak payah la nak beli sheer curtain dah
Lagipun pemandangan belakang rumah aku bukan menarik pon untuk di selak2.

So pagi tadi aku cakap kat abah aku.
“bah…lawa tak curtain orang beli? Mcm IKEA”
**ceh ceh….nak macam ikea tapi belinye kat Nilai.
IKIOK sebenaunye…hehehe

Niat tu tunjuk kt abah aku sebab dia yg suruh belikan untuk adik2 aku
Sebab bilik diarng tu tak berhias kan.
Ok fine aku belikan.
Sekali abah aku cakap macam kampong
“abah tengok macam kampong je ada bunga2. Tengok kat hotel tu mana ada bunga2”.
Haish abah aku ni memang semua nak komplen.
Takpee…belom siap lagi komplen banyak la…
Nanti dah macam ghope bilik IKEA @ IKIOK tu baru nak senyum meleretzz

Lagipun kalau macam kampong pon bukan bilik aku nak tido
Adik2 aku yang punye bilik nak tido kan
Biar diaorng tu merasa kat luar dah sebok2 kerja, happening2 pening2, balik2 rumah masok bilik rasa suasana kampong.....
Nasib baik akak dia ni tak beli kain yang orang buat baju kurung kedah tu
Kalau tak mesti rasa suasana kampong orang Asli.
Kedamaian sangat kannn…. Ok per tu =D

So currently aku tak berpuas hati dengan penyangkot langsir yang aku beli kat Ikea
Aku rasa mcm leceh gila la dia punye klip2 tu rasa nyesal beli
Lagi2 sbb dia melendut.
Langsir tu kain dia berat.
So aku suggest mak aku pergilah merayap cari penyangkot langsir mcm kat umah lama.
Sebab jenis yg tu tahan

Sebenarnya saja je aku suruh supaya mak aku boleh merayap.
Tak la dia duduk kat rumah aje nanti boring.
Itu ajelah aku nak cerita.

Nanti gambar curtain dah siap aku tunjuk kemudian sbb belom siap lagi

K Bye~