Monday, December 15, 2014

Kemana Cuti sempena Keputeraan Sultan selangor?

11.Dec hari cuti awam bagi Negeri Selangor
Pagi2 tu dah kejutkan Jef sbb dia ada kerja kat seremban
A day before dia suruh book tempat makan kat Hotel mana2 yang suka (ewahhh…otel aje)
Sebab nak belanja makan sempena B’day tertunda 05/12/2014.
So a day before memang dah search mana tempat makan yang best.
Tapi rasa macam alah malas la.
Klau makan kt sana kang kene makan banyak. Makan sikit2 rugi
Rasa macam nak pergi kat Villa Daniella.
Dah lama teringin.
Tapi rasa macam malas la..
Jadinya memang tak fikir nak pergi mana.

Lepas jef settle urusan kat Seremban, Jef tnya nak pergi mana?
Aku ckp nak singgah Nilai nak cari curtain
Tapi jef ajak makan kat restaurant Pak wan kat sepang dulu.
Dia cakap best tempat tu.
Alaaa…..pasni kan nak gi makan tempat best. “Malas la nak makan”ckp dlm hati
So suruh jef makan sikit2 aje. Dia cakap Oke.
Sampai aje kat restaurant pak wan tu
Perghhh…ada Sotong bakar, Ikan pari bakar, lele bakar, ikan bakar, gulai kawah dan macam2 lauk bederets.
Berpinor mata mak melihatnye.
Teros la mencedok nasik lite-lite, sotong bakar dengan ulam2.
Cukup lah….
Sekarang ni dah tak teruja ambik lauk itu lauk ini.
Sekarang ni style nak merasai 1 jenis lauk je.
Ulam2 tu penting untuk awet muda walauponnnn….
Klau lauk campur2 dah jadi macam tak best.
Sotong tu lembut, tak overly tebako which i likeee....
kalau overly cooked rasa liat macam tayar me don't like.
Jep pulak ambik lauk Ikan pari bakar.
Sedap fresh and tak overly tebako juga....
So siapa2 lalu kat Sepang tu, singgahlah kat restaurant Pak wan tu sedap…


So lepas makan tu terus ke Nilai dan selepas tu ke Mid valley pulak sebab nak pekena 2nd round kat TWG.


Pesen aku memang macam gini.
Klau aku rasa tempat tu best meletop
Dalam masa seminggu dua pasti aku akan “I’ll be back” puiii…

Lepas tu dah puas tak pergi lama pon tak ape dah.

Tapi dalam kete kene sound pulak dengan Jef.
Katanya pergi la kat branch lain ke....
Aku cakap la ade..Kat pavilion tu dalam KL mesti susah sesak kot nak ke sana.
The gardens ni dah kita OTW balik senang.
Dah dia cakap 'ala...ada kereta kan boleh je pergi mana2. semalam jef dah offer dah cakap aje nak pergi mana, dah ada bajet... bla..bla..bla..."
Adehhh...sakit ulak hati kita dengar.
dah tak berapa dengar tak dengar aje bila dia dah start pot pet pot pet.
Sebabnya kadang2 dia ni tempat yang sesak dia membebel dulu sebelom pergi.
Ni dah lain pulak. 
Tak faham la sikap lelaki ni, kadang2 complicated.

So aku pun cakap la senang nak gi situ. dah OTW kann...
Dia pon balas "aya kan suka tempat yang lain lain..nanti post gambar tempat sama nanti orang kata asik pergi tempat sama aje".
Waaaaa.... mampu laki kau cakap macam tu? Akupun terkejut. 
Tah! ape-ape aje lah...
Lagipun bagitau selepas dah pergi situ.
Malas nak panjang cerita.
end up kami balik sbb ada bola malam tu Malaysia Vs Vietnam.


No comments:

Post a Comment