Thursday, March 27, 2014

EXPOSE MISTIKUS

Haritu......
Lepas balik keje mekya sampai rumah mekya terus naik bilik atas
Mekya jengok bilik adik bongsu ok clear
Maknanya x ade nampak something strange la

Eii korang ni, bila kata something strange mesti ingat hantu kan?
Maksudnya disini kipas x tepasang, ekon x tepasang lampu off.
Itu le maksudnye
Kita mesti jimat letrik
Sekarang ni rege letrik mahal mengalahkan rege Intan verlian.
Kang terlebih bayar letrik tak dapatlah aku nak menyopping benda lain.

Later usben pun naik atas
Lepas letak barang semua and tukar baju, dia ke bilik adik bongsu sbb nak angkat besi berat
Apa tah nama natang tu.

So mekya pun jengok la dia tengah buat ape tu??
Air muka usben very pelik
Dia kata bilik tu tadi tak tutup ekon (Aircond)
Mekya kata tadi macam ok je
Dia tak pecaya.
Eh dia nih! Tadi mekya tengok betol dah memang clear

Dia kata as soon dia masok je bilik tu ekon dah terpasang and bilik sejuk
Mekya kata tak mungkin sebab dah clear setting On kt remote control ituhari
Dia kata maybe abah baru lepas sembahyang kot dalam bilik tu
Mungkin jugak cuz abah kadang solat kat bilik atas sebab bilik tu kan dah lama kosong
So mesti kene solat selalu la dalam tu.
Nak harapkan adik bongsu, dia cuma sempat Isyak n Subuh je dalam bilik tu.
Tapi tak mungkin jugak sebab baru je masok Maghrib and abah ada kat bawah.
Bila masa dia naik atas kan?

Sekali check balik remote
Sah!!! Memang sah!! Hantu……berhantuu.....
Memang Berhantu betol remote ni…
hihihihi....
Bukan hantu original oke.
Sbb remote tu setting ON at 7.34pm
Terus kita clear kan.
Phewwwwww~

Selamatttt daku kerana bukan gangguan keliwon =D

Thursday, March 20, 2014

Kisah kenangan dengan mak mentua


Kat Kampung Jef (Usben) bila ada kenduri kawen
Kebiasaannya a nite before bersanding akan ada makan2 dan kugiran
Mostly majlis akan tamat pada pkul 2-3 pagi.
So 1 day tu aku macam malas la nak pergi
Sebab pergi lepas Isyak tu time makan2 memang la best
Tapi nak menunggu sampai ke 1 pagi tu mata memang sangap la wei
So tinggallah aku dengan mak mentua je kat rumah time tu
Umah ni kalau masok aje kawasan kampong adalah rumah pertama yang ko akan jumpa
Pastu lebih 1/2 km baru jumpa umah jiran. Itupun ditutupi semak dan kebun.
Kira tak nampak la rumah jiran lain dari rumah my usben
Selepas adik beradik termasok suami pergi ke kenduri tu yang memang  jauh ke dalam kampong tempatnya dan signal hp pun kadang kaput
Suasana dalam rumah bertukar menjadi sunyi.
Sebab MIL aku jenis tak banyak cakap
Akupun tak tau kenapa aku berani betol haritu duduk berdua je dengan mak mentua.
Lagipun dia cakap dia tak sihat nak follow, so aku pun rasa malas so baik aku temankan dia aje and let the sisters go sebab depa bukan selalu dapat merasai entertainment.
Lain la aku, jiwa aku nak layan kugiran sampai pagi memang aku tak gemar la.
Tapi waaaa kira kau berani ya Mekya?? **Clap..clap..clap….

Umah ni dah la belakang kebun getah,
Selepas kebun getah is sungai
Kira kat belakang rumah memang totally gelap.
Usben kata pergi sekejap aje
But knowing them memang tak la sekejap
Harus pukul 2 pagi balik
So, akupun layan tengok tv kat living hall
Mak mentua cakap nak masok tido dalam bilik.
Ah sudah!
Aku sorang2 la ni kat depan.
Umah besor okeh.
Maka channel ditukar kepada channel katun.
Kasi ceria sikit malam yang sunyi.
Tak lama tu aku tertido kot
Sekali tersedar aku tengok mak mentua berdiri tengah rumah dengan bantal dengan selimut .
Dia cakap dia terkejut sebab terpegang benda lembik sejuk atas katil
Omaigoddd….apekah itu?
Dia cakap tak mungkin ular la
Ok takpe….
MIL pun baring la kat tengah rumah tu.
Akupun sambong tengok tv dengan mata layu
Masa tu dalam pkul 12.30- 1 malam kot
Tak lama tu dengar bunyi bumbung ada benda berjalan
Sudah ketahuan tu angkara biawak komodo
Dan bunyi anjing menyalak kat kebun getah
Itupun ku fikir dalam hati “oh! maybe Johnny & Mary nampak Baalipbaya”
Nak sedapkan hati.
Tapi….yang tak menahan nye tu,
Bila aku pusing ke belakang,
Aku tengok mak mentua tido terbujur siap kelubung satu body kau!!
Mak aihh!!!
I is very the seram…terus akupun kelubung jugak smpai tetido.
Sedar2 usben kejutkan aku bangun tido masok dalam bilik.
Jam pukul 2 pagi macam tu.

BTW,
Aku tak kene kaco hantu pun sebab berjaya tertido mati
So itu antara pengalaman aku dengan MIL la
Lepas2 ni aku memang la kene follow usben dengan family member yang lain ke kenduri smpai pagi sebab MIL dah tak ada dah

BTW, aku sekarang nak ilangkan mengantok bekenduri smpai 2-3 pagi, dalam beg aku pastikan ada coffee dlm tin, kacang dengan asam.
Kalau tidak aku memang sangap muka nak tido kat kenduri kawen orang.

Maklomlah aku jenis tido awal.

Tuesday, March 18, 2014

PERPISAHAN aka BREAKOPPPP

Aku perasan 2 blogger feveret aku sudah menjadi single parents
Kesiannya sebab mereka perempuan dan sudah mempunyai anak
lebih dari seorang
Apalah nasib anak2 mereka hurmmm...
Kalau seorang yang menanggung kesedihan tak ape lah jugak.
Ini bila tengok muka anak2 yang masih hijau tentu tahap sedih berganda2.
Memikirkan nasib diri lagi
Memikirkan nasib anak2 lagi

Tapi aku percaya mereka kuat

Semoga Allah iringi perjalanan hidup mereka anak beranak dengan limpahan rezeki 

So, Individu yang berpisah tanpa membabitkan anak2

You should be much more stronger

Perpisahan adalah jalan terbaik apabila dah bosan asyik Drama sinetron

lagi2 bila perangai si anu pun tak berubah-ubah, malah semakin terok. 
Jangan membazir waktu mengharapkan orang berubah 
Lainlah kalau kau jenis penyabar tahap gaban
Barulah aku rasa kau boleh bertahan
Tapi kalau kau jenis panasss je tengok pasangan kau over gedik menggedik
Sebelom kaki naik ke muka lebih baik breakoppp la...



Percayalah... 

Satu hari nanti kau akan kenang saat kau menangis melalak
Sebab nak kene breakoppp
Rasa useless, tak dihargai, rasa macam2, termasok rasa kalau la ada time machine memang tak hingin la nak kawen dengan MANGKOK HAYUN nih.
Dan waktu itu,
Baru lah kau appreciate 
Bahawa kalau tak kerana hari ini yang pedih dan sakit merangkak2 mencari sedikit kekuatan dari Allah swt,
Mungkin kau tidak merasa berada didalam sebuat boat, ditengah lautan yang indah sambil makan sandwich.
Dan jiwa kau ketika itu tenang setenang tenangnya.....


Itulah nikmat bagi orang2 yang sabar dengan apa dugaan.
Mana ada orang menang dalam sehari dua
Tapi kemenangan pasti untuk orang yang berusaha mencari

Monday, March 17, 2014

PERPISAHAN

Tetiba harini rasa nak blog
Tentang perpisahan
Tapi eh! Bukan perpisahan aku.
Aku dengan Jef ok.

Dulu je masa mula2 kawen ada fighting2 sikit.
Tapi tak pernah la fighting2 sampai nak mengeluarkan perkataan tak sepatutnya
Atau baling2 pasu or side kick muka memasing
Memang takde Alhamdulillah.
Setakat ni pipi gebu aku cuma abah aku je pernah penampor.
Itupun sebab dulu pernah la aku percubaan nak jadi hewan liar 
Aku mula pandai balik lewat hahaha…
Padahal dia dah sound dah sebelom2 tu
“Ko jangan sampai abah penampor kang”
Tapi degil kan…dapat la penampor
Sapa suruh degil sangat kan time tu.
Padan muka.

Berbalik pada hey fighting2 tadi.
Marriage kami tak la perfect kan.
kalau kata tak ada bergaduh memang nampak sangat menipu
kau kawen malaikat kaaa???
Tipu tau!!!
Oklah.....
Pernah sekali dua jef tiba2 sentap dengan aku
Aku tanya sepatah dia jawab sepatah
Aku tanya 10 patah dia jawab sepatah
Dalam hati aku “dah apehal pulak mamat nih?”
Mungkin dia penat kot. Ok takpelah, aku pun buat hal sendiri biarkan dia rest.
Tapi bila 1 hari aku lepak atas, dia tak naik2 pon jengok aku or check aku tengah buat apa.
Aku dah siap masak pon dia suruh aku makan dulu.

Aku dah rasa sesuatu.
Bila tanya2 barula aku tahu dia tu merajok rupenyee....
Mula2 tu aku memang tak tau pasaipa
Rupanya sebab aku ada tercakap dia GILA.
Dan dia pantang betol

Contoh ayat tu mcm ni la
“Eh! Jangan la buat mcm tu. Gila ke apa?”
haaaa......

Oh well, manalah aku tau dia sensitip hal ni.
Akupun kadang2 ayat aku terlalu rock.
Bila orang jiwa rock walaupun muka tak rock langsong berasa bengang….
Itu la yang jadinya secara tak sengaja boleh tercakap benda yang kita tak fikir kita akan cakap
Dan lepas cakap tak tersangka pulak kita dah terlepas cakap org tu gila.
Sebab dia mcm tindakan reflex
Sedangkan kita tak la benar2 maksudkan dia Gila
Maybe sebab dah terbiasa menggunakan perkataan Gila.
Contoh la kalau kita tengok tv sesuatu yang bahaya kita cakap
“uik!!! Gila laaaa….”
Ataupun kita tengok cerita hantu yang seram kita akan kata
“mak aiiii seram gilaaa”
Atau tengok Bomoh lempang kokedei
terus kau akan cakap
“Perghhh gilalah berani dia ni lempang natang tu”
So bila aku cakap orang tu GILA tu maknanya perbuatan dia adalah terover
Tak la gila tahap nak kene check in TAMPOI.
Tapi yela kan....
Dia adalah dia
Dia mana tau persepsi sebenar aku
See!!! benda macam ni pon boleh jadi terasa hati
Apelaaa....

Eh! tadi cerita asal aku nak cerita pasal perpisahan kan


Terpaksa la aku bukak new entry sebab mcm dah jauh sangat aku melalut ni.