Monday, March 17, 2014

PERPISAHAN

Tetiba harini rasa nak blog
Tentang perpisahan
Tapi eh! Bukan perpisahan aku.
Aku dengan Jef ok.

Dulu je masa mula2 kawen ada fighting2 sikit.
Tapi tak pernah la fighting2 sampai nak mengeluarkan perkataan tak sepatutnya
Atau baling2 pasu or side kick muka memasing
Memang takde Alhamdulillah.
Setakat ni pipi gebu aku cuma abah aku je pernah penampor.
Itupun sebab dulu pernah la aku percubaan nak jadi hewan liar 
Aku mula pandai balik lewat hahaha…
Padahal dia dah sound dah sebelom2 tu
“Ko jangan sampai abah penampor kang”
Tapi degil kan…dapat la penampor
Sapa suruh degil sangat kan time tu.
Padan muka.

Berbalik pada hey fighting2 tadi.
Marriage kami tak la perfect kan.
kalau kata tak ada bergaduh memang nampak sangat menipu
kau kawen malaikat kaaa???
Tipu tau!!!
Oklah.....
Pernah sekali dua jef tiba2 sentap dengan aku
Aku tanya sepatah dia jawab sepatah
Aku tanya 10 patah dia jawab sepatah
Dalam hati aku “dah apehal pulak mamat nih?”
Mungkin dia penat kot. Ok takpelah, aku pun buat hal sendiri biarkan dia rest.
Tapi bila 1 hari aku lepak atas, dia tak naik2 pon jengok aku or check aku tengah buat apa.
Aku dah siap masak pon dia suruh aku makan dulu.

Aku dah rasa sesuatu.
Bila tanya2 barula aku tahu dia tu merajok rupenyee....
Mula2 tu aku memang tak tau pasaipa
Rupanya sebab aku ada tercakap dia GILA.
Dan dia pantang betol

Contoh ayat tu mcm ni la
“Eh! Jangan la buat mcm tu. Gila ke apa?”
haaaa......

Oh well, manalah aku tau dia sensitip hal ni.
Akupun kadang2 ayat aku terlalu rock.
Bila orang jiwa rock walaupun muka tak rock langsong berasa bengang….
Itu la yang jadinya secara tak sengaja boleh tercakap benda yang kita tak fikir kita akan cakap
Dan lepas cakap tak tersangka pulak kita dah terlepas cakap org tu gila.
Sebab dia mcm tindakan reflex
Sedangkan kita tak la benar2 maksudkan dia Gila
Maybe sebab dah terbiasa menggunakan perkataan Gila.
Contoh la kalau kita tengok tv sesuatu yang bahaya kita cakap
“uik!!! Gila laaaa….”
Ataupun kita tengok cerita hantu yang seram kita akan kata
“mak aiiii seram gilaaa”
Atau tengok Bomoh lempang kokedei
terus kau akan cakap
“Perghhh gilalah berani dia ni lempang natang tu”
So bila aku cakap orang tu GILA tu maknanya perbuatan dia adalah terover
Tak la gila tahap nak kene check in TAMPOI.
Tapi yela kan....
Dia adalah dia
Dia mana tau persepsi sebenar aku
See!!! benda macam ni pon boleh jadi terasa hati
Apelaaa....

Eh! tadi cerita asal aku nak cerita pasal perpisahan kan


Terpaksa la aku bukak new entry sebab mcm dah jauh sangat aku melalut ni.

No comments:

Post a Comment