Friday, October 9, 2015

WEEKEND UNTUK AKU SAMA JE SEBOK

Esok dah sabtu
Minggu ni turn aku tak keje
Kampeni tempat aku keje ni mengamalkan konsep alternate Saturday
Kadang bosan la jugak bila keje sabtu sebab nanti keje2 mencuci kain kene buat hari ahad.
Paham2 la kan, keje2 mencuci ni mau ½ hari jugak nak menyiapkannya
Hari sabtu time keje bukan tak boleh mencuci, tapi by the time sampai rumah dah petang,
matahari pon dah kurang sinarannya
panas pon dah suam2
So buat ajelah hari ahad

Bagi orang bekeje memang best bila datang weekends
Sebab itulah hari diaorng boleh berehat serta bangun lambat
Lain orang lain cara
Tapi aku rasa sabtu ke ahad ke sama je aku kene bangun awal
Bangun awal pagi untuk solat
Lepas tu turun suruh maid Jepun cucikan kain
Nak cuci pulak bukan boleh main humban je semua.
Kene seperatekan dulu
Yang jenis lambat kering aku cuci dulu macam jeans, seluar, cotton wool, t-shirt
Lagi2 macam t shirt zaman sekarng ni aku perasan mudah sangat bau tak sedap kalau tak kering panas betol. Dia jadi bau kopam. So memang kene jemur awal pagi.
Pastu yang jenis cepat kering mcm blouse, tudung 2nd round lah.
Kalau ada towel2 pon kene mesen asing gak.
Dah jadi 3rd trip.
Kalau campur towel dengan baju2 kang berbulus semua baju haish kang suami kau yang macam quality controller tu banyak bunyik.
Eh! Bukan laki kau. Tapi laki aku heh!
Kemudian terus masak breakfast
Aku memang masak kalau hari sabtu/ ahad time tak keje tu.
Sebab hari bekeje mak aku yang masak
Takkan sabtu ahad mak aku jugak kot.
Abis bila masanya laki aku nak rasa masakan air tangan aku kan?
So aku la yang kene masak.
Lepas masak bukan boleh tinggal je semua humban dlm sinki tak bercuci.
Eeee aku tak boleh lah.
Nanti bila bahan masakan dah mengering baru nak cuci maigodd I kenot tahan
Dengan berbau semacam nye 1 rumah, dengan leceh nak menyentalnye oh noo….
Lagi, dapur nak kene lap balik
Lantai nak kene cuci sikit.
Mcm aku senang sebab aku ada wet kitchen.
Lepas masak aku tabor sabun serbok, tarik paip, gosok2 lantai dgn penyapu, jirusss habis cerita.
Klau dry kitchen susah. Nak kene mop leceh.
Biasanya lepas masak around that time kain pon dh siap cuci.
So sidai, mesen yang trip ke 2 pulak
So masa tu baru boleh naik atas mandi
Sebab bila masak badan kan bau minyak, muka beminyak, omaigoddd.

Ini yang kebanyakkan lelaki suka komplen cakap isteri serabai.
Abis kalau x masak duduk goyang kaki jaga kecahntikkan aje dekat rumah boleh la tak serabai kheeennn
Nanti komplen pulak isteri tak masak
Tapi nak isteri cantik meletop sentiasa
Orang lelaki ni memang.
Mengundang serabut perot kaum wanita je.

Sambong balik,
Lepas mandi nak baring2 pon dah tak ada mood sebab husband dah siap2 nak turun makan pulak.
So temankan dia makan
Kalau dia bangun lewat sikit boleh la baring2 sekejap.
Lepas tu siapkan sidai kain yg 2nd & 3rd trip
By the time siap bab kain kene prepare masak lunch pulak.
Kalau aku yg masak aku jenis suka masak 1 benda je.
Maksud aku benda berkuah yg aku boleh letak sayur dalam tu
Let say kari ikan/daging, asam pedas ke, senang keje aku humban bendi or terong
So aku x yah goreng sayur dah.
Maybe goreng ikan masin ke, goreng telor ke, buat sambal belacan ke, sambal gesek ke. Sambal tumis ke.
Omaigodd kenapa air lior aku meleleh tetibe ni
**Dah la tengah diet.
Lepas dah siap makan tengahari tulah baru aku boleh rilex2 sikit
Tapi aku jenis susah nak tido siang
So katalah aku mengantok sangat pagi tu
Kemudian aku cuba nak tido, memang takkk boleh
Lagi2 menambahkan tak boleh tu bila husband aku pon tido lagi sekali pakej dengan bunyi.
Lagilah aku takkk boleh
Tunggu ajelah malam kang baru nak qadha tido.
Buatnye malam tu citer kat TV best? Mau pukul 12 baru tido.
Esok kene bangun awal lagi.
So malam aku biasanya tak masak.
Cuma panaskan lauk tengahari tadi je.
Kalau masak pon maybe goreng2 sayur jelah.
Kadang makan kat luar with usben.

So the next day mesti orang ingat aku boleh bangun lewat kan?
Memang takkkkk yea
Macam manapon tetap kene awal.
Takkan kau tak solat subuh kan?
Biar betikkk….
So lepas tu tido sekejap, dalam pkul 8 bangun turun bawah siapkan sarapan
Sebab nye mak aku dia subuh di surau, lepas solat terus ajar budak2 mengaji
So since aku ada abah aku kat rumah dan dia jenis lepas subuh terus tengok tv.
So aku buatkanlah breakfast.
Kadang nasi goreng, meehun/mee goreng, maggi goreng.
Kalau ada stok sardine & roti aku buat sandwich.
Abah aku memang stok tak pernah mengarah aku masak itu ini.
Tapi aku tau dia tengah hungry sebab by the time aku letak aje sarapan terus dia ambik pinggan.
Nasib baik abah dapat anak perempuan sorang macam ni.
Aku penah tengok lah anak orang lain buat tak reti je abah dia ke mak dia sarapan ke tak, makan ke tak.
I felt so sorry for them.
Samada dulu terlalu dimanjakan, tak disuruh so bila dah tua2 nak disuruh too bad lah kheenn.

So sama lah jugak kalau aku balik ke kampong
Tetaplah jugak aku bangun awal.
Padahal waktu pagi kat kampung sejuk banget!
Kalau tarik selimot pelok bantal memang syiok giler.
Tapi apakan daya dalam kepala dah fikir dah jangan jadi menantu hantu.
Malu mak bapak kita kalau dikata orang tak tahu meengajar anak.
U know, everywhere we go we carry our parents name kata orang Mongolia.
Kita mana tahu apa dalam hati manusia kan.
sikit sebanyak mesti mengata.
Tapi ade je yang walaupun asal dari kampong pemalas nauzubillah.
maklomlah dah biasa bergaul dengan makcik kenduri.
Biasa dengar sok sek sok sek.
hai nasiblaaa...


So, bangun harus masakkan air since kat kampong tak ada water heater.
Tapi ada gak time yang usben ajak breakfast luar
Samada di Temerloh atau Karak
Bagi aku, aku memang suka breakfast kat pasar pagi Temerloh.
Macam2 benda diaorng jual. Best giler kot.
Biasanya memang kami ber-3 (FIL, jef,aku)
Yang lain2 hurmmm masih tido  hiksss!

Bila tengahari masak lunch memang tak pernah lagi kami makan luar,
Sebab FIL aku suka sangat kalau aku masak.
Biasa hari2 lain tak ada orang rumah nak masakkan.
Dia single.
So bila ada orang perempuan masakkan dia macm happy je
Barulah rasa macam home sweet home kan.
Tula, bila kasi chance carik mak baru, dia carik awek.
Adoi tak paham la lelaki zaman sekarang ni
Memang QUALITY as a housewife bukan agenda utama kot.
Tahla malas nak komen banyak.
Tapi aku rasa kalau nak memilih isteri ni biarlah yang dia jenis tau tanggungjawab,
Lagi best jenis pick up next apa kene buat, next ape, next ape, cekap, amanah, fatonah,
lovely, nice, bila dgn dia rasa comfortable dan bukannya rasa risau, takot dia lari, takot dia merajok , takot dia carik jantan lain bukan ke???
Sudahnya bercerai berai menangis menyesal banyak berhabis $$, buang masa.
I mean cariklah pasangan yang memenangkan jiwa hati dan perasaan kita.
Tahlah, malas nak cakap.
Kalau dah jodoh maknanya itulah yang sesuai dengan deme kot kan.
Kalau tak nak pasangan yang serabot lagi menyerabotkan baik  perbaiki diri
Supaya nanti dapat pasangan yang sentiasa memperbaiki diri ahakss!!
Wah! Panjang gila aku menulis harini khennn
Nilah orang cakap to kill time.
Keje tak banyak pulak kat office ni.
Bosan siot.
Aku dah la jenis tak boleh duduk saja buang masa aku rimas.

OK lah nak ciaoo~

Monday, September 7, 2015

INI BUKAN MAGIK SARKAS

Pagini macam biasa,
Macam hari2 yang dah biasa aku lalui,
Setiap Isnin mesti akak cleaner akan datang kat office.
So aku bercadang harini aku nak beli breakfast untuk aku dan untuk dia.
(Aku tau sekarang ni mesti korang akan samada kata aku baik atau aku poyo)
Tak mengapa.
Bukan itu motif aku yang sebenar walaupun aku sendiri yang perasan (Bwerk!!)
Ada kisah aku nak kongsikan sebenarnya.
Tentang MAGIS/MAGIC itu memang wujud.
Jadi ape kata korang baca dulu sampai habis sebelom korang judge aku oke?
Selalunya aku belanja nasik lemak biasa sebab aku nak berjimat.
Aku pun bukan kaya sangat, tapi aku suka belanja orang.
Tapi harini aku nak belanja special sikit.
Sebab aku rasa syukur pada Allah bagi aku peluang belajar sesuatu yang penting Sabtu baru ni.
Jadinya nak belanja special kene belanja lebih sikit lah kan.
Aiman tak kisah, sebab aku percaya what you give you will get back.
Tengah aku nak mencedok makanan tu
Tiba2 ada orang tegor “Beli breakfast ke tu? Nah saya lanjer?” Sambil kat tangan dia hulur duit.
Aku cakap tak payah sebab aku belikan untuk orang lain jugak.
Dia cakap tak ape.
Waaahhhh..
Niat aku mula2 aku nak belanja orang.
Sekarang ni ada orang belanja aku, dengan orang aku nak belanja sekali.
Nampak tak? Nampak tak??? Magik kan??
Kuasa Allah SWT yang menggerakkan hati manusia semua tu.

Allahuakbar~

Friday, September 4, 2015

BEAUTY AND THE BEAST.

Semalam pegi lepak makan.
Infront of our table ada couple yg tengah bincang hal rumahtangga dorang.
Memula tu slow talk, 
Later their discussion became tense.
Aku dah macam sebe salah.
Do i look like someone yang dipercayai untuk mendengar masalah keluarga korang?
Should i stay or what?
Ketam ada sekor lagi tak abeh plus tomyam seafod mangkok besor baru smpai.
I can hear the conversation so clearly
Pompuan tu facing me
Kejap2 dia pandang aku, aku pandang dia balik.
Sounded like an indonesian when she speak malay. Tapi lawa...

Apa yang aku boleh katakan
Bila kau pompuan rampas laki orang
Atau kau pompuan berkahwin dengan lelaki yang pernah bercerai
Don't expect kau cantik lelaki tu nak jual rumah dia nak ambik balik kereta, nak cut off the expenses untuk anak2 dia
Sebab benda tu berdosa 
Kau niat tak jatuh dosa lagi, tapi bila kau dah suruh, berdosa siot.
Bak kata lelaki tu, "my kids, what i spend for them don't ask 
Thats my rule. I'm the one who pay so i know what are the expenses.bla..bla..bla..Brainy bunch...bla..bla..ballet.....
Don't compare my kids expenses with others...
If i sell the house, where do you expect my kids to stay?
In a barn?
I need someone to talk, to calm me, now u gave me more problem.
Everytime we fight you ask me the same Q..Then what???
if ur at my side will you do the same?
(Pompuan tu geleng kepala)
then why u ask me the Q when u already know the answer??
Then what are papers for? rubbish??? u're my wife, i want to be with you.....bla...bla....."
Pastu pompuan tu mentioned pasal Fcuk her....baby....
Pastu pompuan tu nangis....meleleh air mata dia
Depan aku...
Aku tak simpati pon sebab dia pertaikaikan pasal hak anak2 lelaki tu.
Plus dia pakai beg LV dgn Iphone 6.
Tengok kulit pon aku tau dia pakai high end products.
Apa lagi yg x cukup eh?

OTW balik tu 
Aku pon mula la besyarah kat Jef
Orang lelaki ni ingat... ada ke perempuan kedua yang boleh hidup tenang
dengan memikirkan yang suami dia dok belanja lebih kat keluarga pertama dia?
Sila MIMPI laaaa....
Kalau boleh nak suruh husband dia bagi Ex Dua posen je untuk cover makan, minum, pakai, belanja sekolah, tarnsport, bills
Ada tu yang sampai kalau boleh biar keluarga pertama merempat and 
perempuan tu dengan anak2 dia lenyap dari pandangan dorang.
Pada diaorng selagi lelaki tu tak focus 100% kat dia dengan keluarga dia maknanya lelaki tu tak sayang 100%
Ya memang ada ya perempuan jenis tu.
Kalau yang tak fikir macam tu jangan tipu la kata "eh I x macam tu"
Sikit sebanyak mesti dalam hati ada perasaan jengkel jugak la kan.
Kalau dia rasa dia jenis beriman paling2 dia boleh buat pon "please syaitan please go away. i don't want to feel this way" kan..kan....
Oh Pehhhhhlease la pompuan~

Lelaki sila tau yea
Kalau betol perempuan tu sayang kau tak pandang $$$
Dia tak ambik tau pon kau ada duit sikit ke banyak ke
Janji kau bagi dia belanja cukup sudah.


Aku simpati dengan Ex lelaki tu.
Obviously, this isteri ke 2 macam parasit yang akan berusaha memujuk lelaki tu untuk
kurangkan belanja anak2 dari Ex dia.
Maybe lelaki2 kat luar sana mula2 tak niat nak abaikan anak2 diaorng
Tapi bila parasit mcm ni dah  inject bit by bit....
Very hard to say lah.
Semoga Allah melindungi anak2 yang mak diaorng telah diceraikan dengan alasan yang hanya bapa2 diaorng je yang tau.

Thursday, July 9, 2015

ANTARA KISAH SYAWAL 2015

Semalam dapat berita kurang baik dari bekas rakan sekelas masa sekolah menengah dulu
Anak dia ada masalah Hameofillia dan kecederaan dalam otak.
Sekarang di tahan wad di HKL.
Sedihnya rasa teramat sebab musibah kene kat kawan kan.
Kini, tak sabar menunggu perkembangan terkini tentang anak dia.
Memang sentiasa menanti-nanti berita terikini.
Teringat waktu aku kene jaga mak 2-3 tahun lepas rasanya.
Masa tu dalam bulan Syawal.
Sempat lah beraya kat kampong 2 hari.
Balik je KL, Mak aku rasa tak sedap
Ujung2 kene tahan wad lah.
Sakit Mak aku tak lah serious mana
Cuma mak kan.  Takkan kau tak sedih bila mak kau tak sihat.
Dan kau satu2nya anak perempuan yang dia ada.
Pada siapa lagi dia nak mengharap jaga dia.
Aku lah.
Memang aku tak merasai sangat kenikmatan beraya waktu tu.
Even sepanjang ramadhan aku uruskan masak berbuka, bersahur dengan commitment keje lagi.
Mak aku dia tak larat.
Waktu berulang alik hospital tu, balik rumah untuk mandi, ambik baju, tapau biskut raya, kehospital balik.
Bila jenguk Facebook tengok kawan2 beraya bergambar sakan, rasa hurmmmm takpelah…..harini hari mereka.
Semoga Allah panjangkan usia aku agar aku dapat merasai kembali nikmat beraya
Dan aku terbayang2kan saat tu bila waktu aku sedih duduk berdua di hospital dengan mak aku.
Aku bayangkan aku tak lalui lagi saat sedih beraya kat hospital di tahun2 hadapan.
Ini ujian buat aku dengan mak aku.
Dan kini selepas beberapa tahun, Alhamdulillah aku harap tak terjadi lagi perkara yang sama.
Dan aku cukup merasai perasaan orang yang sedang berduka bila mana orang yang kita sayang sakit dan kita kene berulang alik hospital waktu kawan2, jiran2, saudara mara lain sedang bergembira Beraya.
Kini, kawan aku melalui pengalaman dan dugaan maha berat dari yang aku pernah lalui.
Aku harap Allah SWT beri dia super ketabahan dan semoga selepas ni siapa yang pernah melalui pengalaman tersebut tidak akan berduka lagi diwaktu orang lain sedang bergembira.
Pasti hari dia akan lebih cerah lepas ni Insyallah.
Amin….

Raya tahun ni aku bersederhana saja.
Baju raya pon aku beli sehelai je untuk diri sendiri (Lebih kepada memenuhi nafsu sendiri)
Cukuplah.
Raya ke2 aku pakai je baju yang aku buat masa wedding adik aku.
Baru pakai sekali.
Husband kata nak belikan lagi selai.Kalau takde takpe
Tahun ni macam semua benda mahal.
Mostly barang keperluan harian.
Aku nak buat biskut pon Jef cakap tak perlu
Sebab kami akan beraya di kampong.
Beli ajelah. 
Itupun untuk buah tangan saudara mara kat kampong.

Semalam lepas tengok video SAYA ZAHRA, SAYA SAYANGKAN MALAYSIA 
Aku buat lawak dengan Jef sambil tiru gaya Zahra tu berucap.
“Saya Ruhaya….
Tahun ini…..saya tidak buat biskut raya.
Kerana…. suami saya tidak benarkan.
Semuanya…. kerana ekonomi negara”
hehehehehehe …
Gelak dia…

Aku tak tahu kenapa tapi aku sangat sensitive tahun ni.
Tengok ramai orang dalam kesusahan aku tak boleh lah nak syiok2 boros sakan
walaupun itu duit aku.
Lebih baik aku menyimpan dalam keadaan economy negara yang tah apa2 sekarang ni.
Lagi2 bila orang yang sentiasa kat sebelah aku selalu menyedarkan aku supaya jangan boros dan mengingatkan yang ada orang lain lagi susah. Hurmmm =)