Wednesday, September 17, 2014

PENAT BARU BOLEH TIDO.

Aku ada masalah tak puas tido kebelakangan ni
setiap hari aku akan consult diri sendiri
"Oke malam ni nak tido awal"
Tapi bila dah malam tu takkk jugak
Tetap tido pkul 11 malam tu.

Sebabnya aku tak rasa mengantok or penat, macam mana nak tido awal kan.
So semalam cuti Hari Malaysia.
Aku ingat nak penat supaya senang tido.

Pagi lepas subuh tu tido sekejap.
Not actually tido.
Kepala dah ligat fikir nak masak Kari laksa.
Pukul 8 lebih macam tu bangun ke dapur masak.
Lepas masak, cuci wet kitchen, mop lantai wet and dry kitchen
Mak aku sambung mop lantai living hall
lepas tu aku bersihkan kipas living hall and kipas bilik.
Sambong lap atas almari baju pulak.
Mak aihhhh habok dia tebal gila sampai tersumbat sink toilet aku.
Dan sink tu pun bertukar menjadi hitam sebab habuk tu memang dasyat hitamnye.
Terus sambong cuci toilet bilik.
Lepas mandi gerakkan usben mandi, suruh pergi makan dan temankan me and mak ke 
kedai pokok bunga. 
Mak nak beli pasu.
I memang menjadi tukang hasut dia untuk tanam herba2 kt blakang umah.
So that she have activity to do instead of duduk tengok tv je. 
u know, walau dah berusia pon harus bergerak sikit2.
Klau tidak memang tak sihat.
So haritu mak dah cantas habis pokok lily aku. Omagakkk so sedih ok tapi sabar sabar...
hilang dah identity ala2 bali umah aku.
Karang kalau tegur dia hilang minat nak berkebun pulak.
So just let her do what she think best for her wlaupun i is sayang my pokok Lily bery bery much.
huwaaa sedih!!! 
Sebagai ganti, i mintak mak belanja me pokok bunga putih.
Harga RM12 je pon tapi sebab saja mengada nak mak belanja hehehee....
Lagipun nanti dia yang jaga pokok2 tu lebih.
Tapinye ujung2 Jef kene bayar RM20 sbb mak tak da duit kecik.
Jadinya Pokok ni Jep la belanja kita =)

Balik dari plant nursery tu terus alihkan pokok Mulberry my jiran kasi.
sayang pokok baka baik tu oi~
Sedihnya tengok pokok tu melentok sebab baru2 kan.
Mintak2 la kau idup yea.
aku dah bagi rumah baru...Idop lah yeaa..

                             
                 BEFORE is sharing dengan pokok cili                            AFTER pagi ni nmpk dia dah segar sikit.


Lepas tu tukar pokok money plant ke pasu besar sbb nak dia membiak dan gemok gedebob.
earlier, I mentioned kat mak, tu money plant tu pokok ada ong.
Mak cakap "Tak baik...nanti jadi Syirik percaya benda2 mengarut"
Ok ok lah...bukan sbb tu. Tapi sebab suka tengok dia gemok 
haaa sudah kasi pusing fakta =P

Pastu tukar pasu kakti yang Nor kasi. 
Kak ti tu kene duduk kt situ dulu sebab dia tengah pening.
Nanti akar dia dah kuat baru kita letakkan dia kat spot yg sesuai dengan dia.




Siap tu tanamkan pokok japanese rose mak pulak kat pasu panjang
Pokok ni memang jadi kegilaan penggemar2 pokok bunga hiasan
Even my boss pun suka pokok bunga ni sebab dia cute sampaikan my boss cakap tidor pon nampak pokok.
Haisshhhh lebih sangat dah tu.
Japanese rose ni bukan susah pon nak tanam dia.
Yang mana dah terjelir-jelir tu potong and cucuk-cucuk je,
Semalam pokok tu mcm pening je kt dalam dua pasu panjang tu.
Pagini dia dah segar sikit.









Ingat nak beli lagi yg putih ni sebab cute.

Siap kat depan sambung kat belakang pulak. 
Kira macam spot herba kitaorng la.
Kat situ takat ni baru tanam serai, pandan, pokok selasih.
Nanti nak tambah lagi koleksi herba2 Insyallah.
Harap tak ada kucing jahat kencing dalam pasu tu.
Setakat ni kami ada kesum, cili, pandan, limau kasturi, limau purut, kunyit, sabah snake leave, 
kira macam pokok2 ni memang kitaorng guna. 
Limau purut tu kan kita tak boleh guna dia untuk masak kan?
Tapi bila berbuah tu potong nipis dan bubuh dalam besen memang berbau harum la toilet.

Wish list : Pokok delima, Bunga telang, Bunga kantan, ulam raja

Wah! citer pasal pokok pulak lebih. 
Orang kampong ada kebun siap Ladang lagi haaa x eksen pon.
Eeh!! Kita pon ada kebun buah kat kampong per 
Pokok2 buah kat kampong tu kita yang paksa usben tanam.
Mulanye they reluctant takot semut la binatang la.
Tapi i insist.
Sebab datok2 kita dulu umah memang keliling pokok buah.
So bila turn anak2 kita, tak nak la diaorng merayap rumah orang nak makan buah.
Tak suke oke.
So i pandai mengarah aje nak pokok rambutan, dokong, nangka, mangga, durian.
Tapi kat mana usben tanam i pon tak tau hehehe...
Enough said pasal pokok. 

Pastu malam tadi ingat boleh la naik bilik rehat2.
Sekali mak kata Ain nak datang lepas Maghrib nak hantar Aaraf and Aala.
Ni time dah nak masok waktu Maghrib dah ni
So sib baik la ada stock sos carbonara
So kitapon masak la laju2 and siap2kan apa yang patot.
lepas solat isyak turun bawah tengok tetamu tak mai2 lagi. Aikkk!
Rupenye tetamu sampai pukul 12mlm sebab tiba2 dia pun ada tetamu pulak.
Tu yang sampai lewat.

Kita time tu dah zzzzz
Memang tak sedar diri dah.
Macam biasa walau penat macam manapun tetap tido pukul 11 lebih haissshhhh~
Ni pagi tadi subuh pon bangun gak ontime. 
Itupun by 6am mata dah sedar tak sedar je.

Pastu rasa why la tak puas tido ni?
Padahal jadilah kan 7 hours per~