Tuesday, October 16, 2012

KOPI



Heee…
Kat rumah pak mertua aku,
Kalau kat belakang rumah luar dapur dia tu sentiasa ada orang datang berkunjung
Diaorang suka melepak belakang rumah tu.
Sejuk berangin pasal ada deretan pokok getah di belakang  tu.

Ni nak cerita pasal kopi.
Sejak MIL warded di CCU Temerloh dah 16 hari,
Semalam adalah kali ke 5 kami buat Majlis bacaan Yassin di rumah
Selepas majlis itu ada jamuan makan kecik kecilan
Jemaah surau ada berpesan jangan beriya sangat
Sebab majlis mendoakan orang yang sakit kan.


 suasana ketika majlis

Tapi kami ni jenis dah biasa meraikan tetamu.
Adalah kuih muih sikit selepas majlis itu.
Kadang saudara dan jiran sekampong yang bawa.
Lagipun kalau x berhidang rasa x sedap pulak.





antara juadah 
(Amcam kak maria? kelas ke tidak???)

Biasanya selepas makan2 tu adalah kuih terlebih, air terlebih
Yang itu kami pass pass kan kat orang belakang.
Diaorng lepak kadang sampai 1 malam.
Boleh la sambong makan2.

Aku ni pulak jenis x suka selerak atau bersepah.
Sakit mata memandang.
Yang mana ada 2-3 pinggan kuih, cepat aje aku satukan.

Aku ternampak atas para ada sejug air kopi.
Lalu aku ambil jug tu aku suakan kepada adik ipar yang tengah duduk di luar dapur. 
“Kopis… ambik air kopi ni top up kan dalam jug kat luar tu” kata aku.

Lepas tu jug di luar pun penoh la.
Masa aku masok semula ke dapur nak ke sinki,
Adik ipar aku si Rukhbi tanya “Kak aya, mana jug dok atah ni?”
Aku katalah yang aku dah top up air kopi kt luar untuk orang luar minum

Rukhbi kata lagi “air dalam jug tu air yang orang tak abih minum bubuh dalam tu”

Gulpppppp!!!!! Aku tertelan air liur….
Teros mata aku dok aimed Jug kat luar dan terletak di atas meja betol2 di tengah-tengah orang ramai iteww….
Macam manakah cara untuk menyelamatkannya???
Ai adalah berasa segan Ok!

                                                  
huhuhuhuhu…..
muka-muka x bersalah itew...
masa gambar ni diambil, air kopi Kontroversi itew belom ada atas meja.

Kak Chik (SIL) pon masok dapur. 
Dia tanya kenapa kami agak kalut?
Kami explained kat dia yang aku telah dengan innocentnya 
menyamporkan air kopi yang bersih dengan air kopi yang level sisa-sisa 
dan memberi orang luar minum.... huahuahua.... rasa kelakar pon ade.

Lalu dia kata “O……air kopi dalam jug tu adik top up dengan air masak k.ya…bukan air orang tak abis minum”

Phewwww….Selamattt….
Sesungguhnya air kopi itu masih suci huahuahuahua….

Berikut adalah gambar pelakon dalam siri KOPI aku kalini. huhuhuhu....
                                                         Rukhbi yang pakai songkok
Kak Chik.

No comments:

Post a Comment