Thursday, September 20, 2012

Hot Flashes


Assalamualaikum 

:] ßHarini senyuman ala ketat. Pasal nye….

Selepas bulan Syawal berlalu, kiranya dalam 3 minggu kami bersuka ria kini…..
Penyakit mak datang balik

Hot Flushes diiringi dengan rasa sedih terover, nak menangis, rasa nak mati, rasa libang libur.

Nasib baik adik ipar ada. Dia yang tolong urutkan badan mak.
Apalah yang boleh aku buat untuk bantu mak.

Hot Flashes ni nak hilangkan dia cuma makan ubat hormone ajelah. Tapi ramai kata x bagus sbb boleh kene kanser

Malam tu aku Google “Curing Hot Flashes”

Sekali click je aku terus dapat Link ke website sepatutnya.

Apple Cider Vinegar.

Itulah rupa ACV yang hemsem tu.


Aku baca semua pengalaman orang yang pernah cuba. Kebanyakkan nya respond positif.

Terus aku cari ACV kat dapur (nasib baik ko hado nokkk) dan buatkan untuk emak.
Mak memang x suka rasa dia yang masam tu. Tapi aku paksa kan jugak.
Tak lama tu dia kata ada rasa kurang. Syukurlah.

Esoknya pagi2, jengok mak kat bilik dulu. Tengok muka emak semacam. Itu tandanya the pain is still there.

Aku tanya “Masih rasa hot flashes tu lagi ke mak?”
Dia kata tak ada. Cuma dia rasa nak menangis, nak menjerit.
Haisssshhhh……

Kalau itu yang mak nak buat aya x dapat bagi ubat. Sebab tak ada ubat. Atas diri mak sendiri lah. Rehatlah. Lagipun penyakit ni penghapus dosa-dosa kecil kita mak.  Dulu kan mak masa muda suka mengumpat (sempat buat lawak =) ) maka redhokanlah.

Hari kedua aku bagi mak minum ACV lagi. 2 sudu pagi 2 sudu malam. Mood dia memang kelaut lah (Off mood).

Harini kira hari ke 3 sejak dia diserang penyakit tu balik. Dia masih x sihat sebab tebaring aje atas katil dengan muka risau terover tu.

Pagi ni aku tanya lagi “Mak ada rasa hot flashes tu lagi tak?”
Mak jawab tak ada. Cuma rasa libang libur.

Syukurlah. Sekurangnya aku dah x payah risau lagi dia menahan sakit rasa panas 1 badan tu. Itu yang penting.

Cumanya rasa risau terover, rasa sedih x pasal2 tu aku memang x boleh nak tolong emak. Sebab alangkan kita perempuan x sakit ni pon bila tiba time hormone x betol tu meroyan semacam kan?

Nasib baik mak masih boleh control marah terover. Sebab penyakit ni sepatotnya akan marah2 x tentu fasal. Cuma 1 hal yang aku perasan dia x reti nak cover line je. Kalau x suka dia kata x suka, kalau x ada dia kata x ada. Kalau sakit dia kata sakit. Pinggan kalau dia x nak cuci dia biarkan aje. Kiranya lantak kaulah nak buat mcm manapun aku tengah sakit kau faham tak???

Aku faham sebab aku banyak mengkaji tentang penyakit ni. Aku harap ahli keluarga aku pon faham.

Aku sebagai anak ini je aku dapat bantu. Carikan diet yang sesuai, carikan alternative lain selain ubat saranan doctor.

Aku x kaya. Kalau aku kaya sudah tentu aku hantar mak ke specialist. Masalahnya ke hospital kerajaan ni bila hantar kang dia kata mak aku gastric, darah tinggi, darah pekat, kencing manis ada sikit bla..bla..bla…nanti datang appointment lagi 3 bulan ok. So what do you expect? Bayar singgit kot hehehee….

Bukan nak mengondem terover. Cumanya tak ada specialist kan. Ataupun belom rezeki mak nak teserempak dengan specialist tu. Hanya dapat jumpa doctor level bawah2 ni aje yg “nak kata doctor x doctor” makcik aku kata. Huhuhuhu….

Apapun aku bersyukur mak aku sakit mcm ni, dia masih boleh bangun uruskan diri dia sendiri. Klau dia kene cancer ke atau penyakit kronik x dapat aku bayangkan kesusahan orang lain tu.

Perkara mcm ni buat aku bertekad kalau aku ada anak, aku nak didik smpai berjaya dalam pelajaran dan yang penting dia ada rasa tanggungjawab pada parents dan masyarakat.

Supaya nanti bila dia dewasa x susah nak jaga aku bila sakit. Boleh hantar aku ke specialist wink! Wink!

Aku x nak bila anak berjaya tapi bila parents sakit tak ada perasaan kesian, tak boleh fikir cara nak usaha nak bantu kita. Apa guna?

Aku x nak bila anak berjaya tapi Ijzaah tu dok hulur kat orang suruh ambik dia bekeje nanti bila kita sakit susah nak cuti pon apa guna?

Kalau boleh biarlah x ada masalah dengan masa x ada masalah dengan duit. Itu impian aku.

Memang Poyo impian aku malah standard la ini impian semua orang kan. Main point aku tu supaya anak aku x susah nak bantu aku yang susah sok.  Maklomlah dah tua esok skru dah longgar. Organ dalaman pon dah x berapa OK.

Memangla ada yang kata tak nak menyusahkan anak2. Itu masa ko sihat boleh la ko kata mcm tu. Masa aku kecik dulupun aku dengar mak aku cakap mcm itu. Tunggu bila ko x larat nak masak seminggu takkan nak mati kering kot. Harapkan nasik turun dari siling rumah. Biar betoll…..

Tapi betul ape. Hidup ni kene fikir untuk jangkamasa panjang. Bukan selamanya kita nak 30 tahun dan bukan selamanya kita akan sihat.  Masa tu baru nak fikir “kalaulah dulu aku……” dah x guna lagi dah senahhh….

Insyallah…dengan niat yang betol pasti Allah beri jalan.

No comments:

Post a Comment