Wednesday, November 21, 2012

MENGALAH BUKAN KALAH


Ada dalam beberapa perkara dalam kehidupan kita ni kene banyak mengalah.
Seperti dalam perhubungan sesama manusia.

Kalau kita lihat si anu melakukan sesuatu yang tak betol
Kalau kita lihat si anu melakukan sesuatu yang kurang sopan
Kalau kita lihat si anu melakukan sesuatu yang kita x berkenan
Biarkanlah dia dengan dirinya.

Mungkin silap cara aku ni.
Kerana dengan berdepan dan list down kan apa kesalahan orang, ada kemungkinan berlaku perkara berikut.
1- Anda akan di cop kaki sebok, kaki kepohchi jual kuaci tepi jalan.
Tak ada siapa suka orang kata dia salah atau kata lain nya, tak ada siapa yang boleh terima dengan fikiran positif lagi2 bila dia dah buat benda tak elok entah hape-hape, sudah tentu fikiran dia dan hati dia adalah negatif. 
2- Perhubungan akan semakin renggang.

Jadi biarlah dia dengan dirinya. nak jadi tarzan ke, nak jadi ninja turtle ke atau tah ape-ape. 
Esok yang semakin terok pon dia. Bukan aku. muahahahahaha... (Gelak Evil)

Lagipun Allah tu maha besar kuasanya
Dia lebih tahu segala sesuatu.
Tak payah sangatlah kita nak menyebok kehidupan orang lain.
Buang karan je.

Dengan suami....
Haaa....dengan usben aku ni aku memang banyak mengalah
Dari segi perbuaTan la
kalau dari segi perbuaLan memang aku sentiasa nak menang.
Sebabnya....kalau aku rasa aku betol aku akan pertahankan
Bukan sebab aku nak sangat menang atau nak tunjuk yang aku betol sangat.
Tapi dah sememangnya sifat aku bercakap berdasarkan fakta.
Aku x mahu usben aku clueless.
Nanti kemudian hari bila dia bercakap dengan orang lain faktanya salah
siapa yang malu?

Jadinya disIni,
aku bukan nak menang kerana nak menang.
Tapi untuk kebaikan dia. Dan tetap di chop sebagai "kalau brcakap asyik aku je nak menang".
Lantaklah. Menangnya ialah apabila good info installed in his brain.

Satu lagi hal,
dari segi perbuatan.
Serious aku memang yang banyak mengalah.

Balik keje kalau usben aku nak rilex tengok Tv dan aku yang kene masak aku biarkan
Tapi usben aku kalau balik kerja dia yang kene masak, dia mesti nak aku tolong. citttt!!!!!

Kalau aku tengah tido dan usben aku bukak lampu atau buat bising, aku diamkan saja.
Kalau husband tengah tido, aku pulak akan minimakan bunyi bising dan minimakan pencahayaan sebab dia x boleh terima bising2 dan berlampu bagai. So annoying...

Kalau usben aku kata dia x ada stok stokin, 
esoknya aku belikan. 
Sweet tak aku =P
Tapi apa kene ngena belikan stokin dengan Topik Mengalah?
Haaaa...... Kira mengalah la, sebab aku cutt off nak makan sedap2 untuk belikan usben aku stokin yang dia perlukan. 
Kira mengalah la jugak tu...
Ni dh masok 3 kali. beli ilang beli ilang. tak tahu mana lah ilangnye.

Kalau usben aku selesema dan tak nak pergi klinik, 
Esoknya dah tersedia ubat selesema aku beli dari Vitacare.
Macam2 sakit pulak usben aku nih, rashes, batok, ulcer, sakit tekak
Kira mengalah jugak ni x nak paksa dia ke klinik. Cari alternative lain.

Kalau dia tido memang aku x ganggu, 
Cuma aku akan kira cukup 8 jam aku akan kejutkan.
Bukan apa...kita manusia kalau tidor lebih 8 jam, badan akan jadi lesu otak beku. Boleh jadi bengap.
Kau nak husband kau bengap?
(amboi bahasa!) kakakakaka.....

Begitulah dengan apa perkara pun.
Kalau makanan tu ada 2 
1 penoh 1 kurang, aku bagi dia yang penoh atau yang paling besar
kadang2 dia perasan dan tukarkan yang penoh tu bagi kat aku.
***Usben aku pon sweet jugak kheeennn..... 
Untungggggg aku =P

Dan yang penting,
di saat dia dalam kesusahan,
aku sedia hulurkan bantuan samada dari segi kewangan atau mental support. 

Kewangan tu $$$ la.
Tapi x pernah la lagi suami aku ambil $$$ aku.
cuma ada waktu sesak, aku offer dan dia terima sebagai pinjaman.
dan bila2 nanti ada $$ dia bayar ballik. 
Kadang tu bayar lebih lagi.
aku memang suke la =P

Mental support pulak ada macam2.
Seperti x cuba kusutkan lagi keadaan. 
Jangan membebel tak tentu arah. 
Dah la usben kau tengah kusut, kau membebel, nanti kene penendang maut satu kali kau salahkan suami pulek. Padahal kau yang tidak bijak guna akal.

Selain itu, waktu dia sedang susah hati.
Aku sebagai isteri yang baik (bwerkkk ;P)
ikut saja kemahuan dia tanpa memaksa
Dan apapun yang dia lakukan ketika itu
samada memudaratkan kami sekalipun, 
sehingga fening fadang fasirun kefalaku fun,
aku turutkan saja. Hanya mampu mengeluh seorang diri. 
Kerana...harini adalah hari dia, hari kita belom tahu.

Cuma harapan aku
supaya bila datangnya hari sulit akutu
dia sudah sedia faham
apa pula tanggungjawab dia ketika itu.
Semoga Allah menggerakkan hati dia.
dan Allah itu maha adil.
                         Me is like a donut and Usben is like a hamburger.

Aku harini dah macam nak kasi advise mcm mana nak mengalah pulak.
Eh takkk.....aku x cuba nak sekolahkan sapa2. 
Aku cuma nak bercerita.
yang buruk janganlah diikut.
Yang baik apa salahnya kau follow.
Aku dapat lah pahala serba sikit.

Hidup ini umpama putaran roda
Kita mesti menghargai orang lain terlebih dahulu, seperti mana kita mahu dihargai.
Bukan hanya mengharap semua yang baik baik je mesti datang pada kita dan bila yang baik tidak datang, kita nak menyalahkan takdir dan berkata "My life is suck!!!"
Padahal diri sendiri memang suck at highest level.
lepas tu x percaya happy ending story mcm cerita Cinderella.
Padahal Cinderella tu hatinya mulia. 
Kalau hati macam Bawang putih lagi verangan nak putera raja datang meminang???... memang takkkkkkk la kheenn.

OK...OK...
Kepada yang tidak cuba menghargai kebaikan orang ke atas kamu
dan mensia-siakan nya pula...isokey. 
Kamu dengan caramu dan aku dengan caraku. 
No heart feeling bebeh!!

Tujuan ini ditulis bukan ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya meluahkan apa yg berkumpul dalam kefala hotakku kebelakangan ini. 
Memang banyak sekali perkara yang membuatkan aku terasa hati,
terkecil hati, terasa kurang senang, terasa masam manis pahit kelat payau. 
Tapi aku x mahu kata siapa2 lah sebab banyak perkara serba tak kena aku lihat, berbagai ragam sampaikan kadang aku naik fed up. Malas nak layan.
Sekiranya ada yang terasa maknanya kamu sedang melalukan kesilapan tersebut dan aku tidak membenci kerana aku rasa bukan mata aku saja yang celik. Ramai juga yang menjadi juri atas bumi. Yang tercalar namanya pastinya bukan aku. Aku hanya mampu mengeleng kepala.

Apapun kalau aku mengalah bukan sebab aku dah naik bendera putih
Tapi sebab aku mengalah bertempat dan aku rasa to argue adalah membuang masa aku yang precious ni dan kalau aku benarkan sapa menang pun cuz they're not my priority. That is y i do not care =D

Last but not least "Seing is beleiving". 

No comments:

Post a Comment