Friday, November 23, 2012

RAMPOKAN ABELASAH



Semalam kan,
Mak Bonda kita dapat panggilan call
Panggilan call tu daripada Jiran kita yang kita sayangi beliau,
 jiran yang sangat cantik tu si cik Suhaila namanya.
Memang setiap kali apa terjadi di kawasan kediaman kami,
Cik sue tak pernah gagal lagi mereport.

Sue cuba call aku dulu sebenarnya
Tapi semalam am so busy iron baju laki, baju diri sendiri lagi.

Nih!
Adeke patot semalam,
Sue Nampak ada kereta Alphard dengan BMW park area rumah kitaorng.
Agak lama la jugak kereta tu di situ dan engine kereta pon tak padam.
Dia x syak apa2 sebab kereta mewah khenn…
Kalau kereta cabok barulah syak orang nak merompak.
Ni kereta mewah.
Sapa nak sangka orang berkereta mewah ni sengkek sangat sampai susah-susah nak merompak.
Tapi itulah dunia ni kan sekarang ni
U don’t think think it’s  impposible u see.
Confirm kereta tu pun dia kidnap dari mana-mana tu.

So si sue ni pon baik punye dia keluar rumah gi sidai kain kat gate.
Pastu dia terpandangkan orang dalam kereta Alphard tu.
Orang tu pun terpandangkan si sue.
Cepat2 sue masok rumah sebab memikirkan yang ada orang kan dalam kereta tu.
Dalam 5 minutes lepas tu terus kereta tu pergi.
Sue x syak apa-apa.

Later, petang tu jiran sebelah rumah sue tu balik (Si Grace)
Baru la tahu yang mangga gate rumah dia cuba dipecahkan.
Tapi mungkin x jadi disebabkan waktu itu sue keluar sidai kain.
Terkejot berok mak yeh perompak tu agaknya.

Siol je khenn…
Haritu dah la jiran sebelah rumah guwe kene rampok.
Perompak tu level sengkek la sebab naik motor.
Tapi bijak kepala otak dia level degree ok.
Kita yang sangka kita pandai ni buatla grill keliling rumah,
Kengkonon untuk keselamatan.
Yang perompak cerodek ni pergi drilled batu pemegang nuts grill kita tu, pastu singkap grill tu dan tarik tingkap sekeping sekeping tu ala2 muat badan dia.
Dapat la letop dengan barangan gadget kecik2 secukup rasa.
Kerugian adalah dalam RM10,000 sebab jiran sebelah aku tu memang la dia keje kat kilang chop duit kekkekeke….
Sib baik perampok tu datang bawak motor.
Kalau dia bawak lori?
Dengan mentol mentol sekali kassim baba sebat!
Punyelah senang.

Tak lama tu, sue nampak ada kereta Gen2 park depan rumah kami berdua.
Sempat call pakcik guard.
Pakcik guard tu x tahulah apa dia interview,
Kereta tu pon blah.
At the same time husband sue pon ada panggil Polis.
Semasa rondaan tu, polis sahkan baru pagi tu ada rumah kene rompak.
Suspek kereta Gen2 merah jugak haisshhh!!!
Nasib baik Allah nak lindungi rumah kami.

Kalini yang sebelah rumah sue pulak ada percubaan merompak.
Apa perompak ni ingat kitaorng ni duduk area tu maknanya keje kami ni dok
korek telaga emas ke?
Masing masing pon yang hado jugak seyyy….
Harta tu x penting la...
Nyawa dan ketenteraman serta rasa takkkkk Selamat dah sekarang nih.

So! Bila turn rumah aku? 
So seram seyyyyy….

Kalau ko perampok, katalah berjaya masok umah guwe 

akan rugi seyyy....
Rumah guwe barang semua berat.
Tv pon berat. 
Kalau kemarok sangat nak ambik tv rumah tu, ambik lah.
Nanti boleh la laki guwe ganti beli tv leper. kekekeke...
Kalau ambik stok makanan pon mostly dah nak expired pasal tuan umah bizi manjang.

Apapun ni yang buat aku takut nak balik semula ke Alam Suria ni.
Ya Allah ya Tuhanku….Lindungilah keselamatan keluarga kami dan jiran2 kami naaa…Amin….

No comments:

Post a Comment