Tuesday, March 19, 2013

ABAH AKU TEGAS


Aku dulu masa remaja mana la boleh bebas macam budak zaman sekarang ni
Seriously budak zaman sekarang ni dia punye gedik menakotkannn….
Kalau kat status FB, gambar2 upload kat FB, remaja perempuan punye status la yang paling champion gedik.

Aku dulu jenis tak gedik.
Cuma seorang remaja yang teringin rasa bebas.
Bila aku komplen kat mak &abah apsey aku ni asik tekurunggg je.
Diaorng pon cakap diaorng masa kecik tak bebas

Memang la an..an…an…
Mak aku tu mana la mampu dia nak bebas.
Dulu kampong mak aku kat Tronoh sana tu
Kalau nak ronggeng ke bandar, kene amik bas kat Pekan tronoh.
Nak ke sana kene jalan kaki jauh gila
Belom smpai bus stand ketiak dah melekit lekit, kaki pon confirm melecet
Alangkan naik basikal pon bontot dah sesengal.
Aku dulu pernah tau pergi pekan tronoh naik basikal.
Tak ada nye rupa dia macam basikal pixie ringan tu,
Ini berat nak mampos, rantai bukan boleh ejas2 nak kayuh ringan.
Kalau dah sampai part bukit, ko sila turun and tolak la wei….
Tapi part turun bukit memang best weeeee…layan angin sambl nganga mulut.
Korang mesti ada yang tak pernah kan.

Lagi mak aku cerita zaman dulu susah nak dapat duit.
Dah tentula tambang bas pon mak aku x lepas hehhehe
Itu pasal dia tak boleh bebas
Tapi serupa jugak macam aku.
Mak bapak aku tak pernah bagi allowance pon.
Kalau nak beli apa-apa abah aku kata “jom dia belikan”.
Tapi barang yang penting-penting aje.
Yang mengarut2 toksah harap…
Nama nak bagi duit on hand pon jangan verangan.

Tapi aku rasa mak bapak aku memang melampau
Dia punye sekat kebebasan aku sampai aku nak lepak kat umah si enot
Yang baru selang serumah pon kecoh derr dok telefon si enot suruh aku balik umah aduhhhh tension aku.

Nak ajak kawan aku lepak umah dah la x privacy
Masa tu umah polis 2 bilik je pon
Sangat kecik.
Kang kawan2 aku lepak bilik, adik2 lelaki aku pon x selesa nak tido nak tukar baju segala macam.
Kadang2 sebok je diaorng nak mengacau kawan pompuan aku.
So aku cuma lepak2 dgn kawan aku waktu petang ajelah kat tepi umah.

Sebab tu aku dulu mana la suka invite kawan datang umah
Sebab x privacy
Lagipun umah aku usang dan burok.
Kang gelak kuat2 abah aku x suka.
Dia cakap macam perangai BOHSIA.

Sebenarnya abah aku banyak kali tegur aku jangan gelak kuat2
Selalu suruh aku jaga sikit perangai aduhhh….
Aku memang x pernah dengar abah aku gelak kuat2 sepanjang idop aku tau
Tapi dah aku ni jenis suka ketawa
Tak tau la aku ni mewarisi dari sapa.
Itu suatu tindakan reflex.
Tak boleh la nak control-control
Kalau dah dapat ketawa memang mengilai-ngilai. Hehehehe….

Lepas tu masa aku tingkatan 2 aku ada sorang bestpren nama CT hafizah
Dalam ramai2 kawan, bapak aku percaya dekat dia je boleh jadi kawan aku
Sebab perangai dia tak gedik kot.
Bapak aku memang kasi aku pergi umah ct je sebab kt umah ct ada telefon
Ape2 hal bapak aku call ct check aku betol ke ada kat umah dia adehhh….
Tapi cukup timing mesti balik rumah
Jangan berangan la ko nak balik umah malam2.

Dulu pun aku ada sorang kawan, nama Adlin Zaharah
Adlin suka aku lepak rumah dia after school.
Tapi abah aku tak suka sebab Adlin anak orang berada
Dah banyak kali aku cakap yang Adlin tu baik family dia pon baik
Tapi alasan bapak aku “Jangan banyak sangat makan budi orang, dia tu tak sepadan dgn kita”
Macam la aku nak kene kawen dengan Adlin.
Adlin tu pompuan.
Pastu bila mak aku mengadu abah aku asik bising kat mak aku,aku jadi tension.
Tu bila adlin cakap dia tunggu aku waktu lepas kelas, aku terpaksa menyorok sampai la dia balik dengan aunty dia
Sebab aku dah x larat la dengar mak aku membebel dan kata2 abah aku kadang pedas boleh tebakar telinga.

Lagi satu, aku kalau keluar pon bukan boleh pakai sexy2.
Pakai seluar dgn t-shirt takpe.
T shirt pon tak boleh nak ketat2.
Dia bukan marah tengking2
Dia cakap slow je sambil mata tu garang je pandang aku
Ayat dia memang pedas la.
Contoh “ni pakai sexy2 ni nak jadi ape ha? Burok”

Aku dulu masa remaja mana la macam remaja sekarang ni kemain lagi vogue2.
Parents aku memang dia tak akan belikan aku baju cantek2
Nak melawa bajet ratu kampong memang idok…
Aku kadang pelik
Agak berbeza dengan orang lain yang kalau anak perempuan dia tu
Seboleh2 nya nak anak diaorng pakai cantek, muka cantek
Mak abah aku x macam tu.

Mak aku dia sebenarnya bab pakaian dia sebenarnya okay.
Dia pon aku rasa suka kalau aku pakai lawa2.
Tapi di sebabkan dia tak bekerja
Tak boleh la nak belikan aku baju2.
Semua kene mintak kat abah
Abah aku memang tak akan belikan aku baju lawa2
Nanti dia cakap “beli baju lawa nak pergi mana? Nak merayap la tu”
Adusssss….. kebas telinga mendengarnya + sakit hati.

Kadang2 keluar berjalan aku segan la pakai baju raya (baju kurung renda, baju blouse adehhhhh)
Tak keyell langsong so sedeyyyyy…padahal duduk kat keyeyll.
Bosan betol.
Tengok! Part baju pon kene control.
Itu dulu….sekarang ni aku curik2 pakai sexy sebab laki ai sportimmm =P
Tapi idok la sexy melampau sangat.

Dalam garang2 abah aku tu…
Ada la jugak beberapa kali aku boleh terlepas ke keyell
Itupun kene menipu
Ada kelas tambahan katanya
Yang 2-3 kali kelas tambahan tu memang betol
Korang jangan x tau la ek
Dalam waktu aku tengah belajar dlm kelas tambahan tu, bapak aku datang buat tinjauan tau
Betol ke aku pergi kelas tu.
Aku tunggu je smpai timing abah aku dah bosan nak tinjau.
Nanti ada waktu yang sesuai aku pon melencong ke keyell
Pernah kantoi
Bila kantoi ha kene penampor le jawapnye.
Cakap aku nak jadi ape ha??

Tu bila kawan2 aku cakap aku anti social ke ape lantaklah
Yang menanah telinga tu aku.
Diaorng takpela mak bapak siap tapau duit belanja lagi suruh korang merayap.
Mak bapak aku mana bagi.

Sampaila 1 hari tu aku memang dah tension gila sebab kene sekat.
Zaman remaja jiwa memberontak la katekan
Tension sampai aku dah pandai melawan.
Dulu x pandai melawan lagi
Apa abah aku cakap aku diam je
Masa tu aku form 5.
Aku cakap la aku nak merasa jalan2 macam anak orang lain
Ini tak!
Zaman aku sekolah bosannnn…dari kecik smpai besar bosaannn…..
Tapi abah aku pandai pulak sikologi
Time aku dh teramat tension tu la dia kata dia akan bagi kebebasan kat aku lepas umur 18
Elok je dia cakap. Dia janji.
Sebab dia kata bila umur dah 18  time tu dah boleh fikir baik buruk.

Tapi idak le jugak…Cuma dapat bebas sikit aje.
Siang aje boleh pergi keje dengan bedating
Sebelom maghrib ko kene lah balik.
Selepas waktu tu, kalau ko balik lewat, kadang saja je diaorng kunci pintu and bukak pintu lambat2
Pastu muka masam mencuka + membebel.

Waktu aku dah bekeje pon kene pantau jugak.
Abah aku siap ronda time aku balik dari office.
Beberapa kali aku tenampak
Kadang2 dia hantar aku waktu pagi…
Nanti aku nampak dia pusing office aku lagi nak tengok aku melencong ke mana.
Kadang waktu balik pejabat tu tetiba je tepacul kt bus stand
Cakap dia lalu office aku la ape la..
Kadang tu nak bedating kat dalam bas dengan ehem2 pon boleh kensel
Waktu tu office kt damansara Utama
Dia nak tengok dengan siapa aku balik adusssss
Aku pulak memang tak berani nak tunjuk sapa bf aku kat abah aku
Sebab aku ni jenis memilih jugak.
Baru2 kenal aku tak nak lah tunjuk kat mak bapak aku
Perangai dia kene kaji dulu.
Kewangan kukuh ke macam mana kan
abah aku dulu selalu brainwash aku kata jangan cari lelaki kewangan tak kukuh
Takot nanti tak cukup makan macam abah kasi
Takot nanti tak ada kenderaan macam abah boleh bawak anak2 pergi jalan2.
Tu pasal kalau bf level naik bas ni aku x berapa yakin abah aku akan setuju. Ahakssss!!!! =P

Semakin umur aku meningkat, barulah mak aku dgn abah berlembut hati nak terima yang aku dah ada boyfrend
Sebelum tu mana suka kalau boyfriend datang rumah ajak dating.
Kalau kawan perempuan tak ape
Kalau lelaki tu diaorng memang tension je nak bagi aku keluar
Kalau hari sabtu ahad tu, aku cuma boleh dating sekali je
Kalau dua hari berturut2 fuhh terima lah kata2 x sedap didengar.
Kata jiran mengata la (memang ponn….dapat jiran sicko mulut mengata tak berlapik adehhhhh)

Tapikan,
Dulu aku memang x suka cara abah/mak aku
Lepas aku berkahwin baru aku faham apa diaorng buat semua tu untuk kebaikkan aku
Tak nak aku buang masa  huhahuha tak tentu arah atau rosak dan kumpul buat koleksi dosa banyak2.
Aku boleh rasa macam ruginye waktu dulu aku buang masa buat benda ntah ape-ape.
Patot dulu aku focus belajar ke
Tentu kehidupan aku lebih baik dari sekarang.
Tula…penat je dulu abah aku bagi nasihat kan.
Ni dah tua baru kenal erti penyesalan.

Nasib la aku dapat suami baik berkat doa mak aku siang malam kot.
Dan aku rasa abah aku memang tahu dia dah berjaya besarkan aku sebaik-baiknya.
Bandingkan diri aku dengan anak orang lain, dia cakap jauh beza
Itupun dia cakap dengan mak aku. Dia mana nak puji aku depan-depan.
Pak mentua dengan mak mentua kalau datang ziarah keluarga aku
Mesti puji2 kata aku menantu yang baik. Ewaaahhhh….
Betambah lega lah dia aku pandai bawak diri.
Mak aku kadang cakap kat aku “eleh…..kembang le idong tu” hehehehe….

Eh! Dah la ek..penat aku menaip
Ni dah jam 5.00. nak balik dah byeeeeeeee…..

1 comment:

  1. Huhu citer kak ya sejibik apa yg yus alami dri kecik smpai skrg..cuma yus kena tukar tittle je Mak Aku Tegas.....

    ReplyDelete