Tuesday, December 18, 2012

SIKIT PENGALAMAN MASA SUSAH


Masa aku berulang menjengok mak mertua di Hospital temerloh dulu,
Aku selalulah nampak ada seorang perempuan ni.
Cantik, selim.
Dia di katil sebelah.
Mak dia baru je ditukarkan ke hospital Temerloh.
Sebelom tu dia di Hospital Kota bahru.
Kalau kami masa tu berulang hampir sebulan menjengok mak mertua
Kadang rasa letih jugak memikirkan kos2.
Tapi dia ni, terpaksa berhenti kerja dai Mas Airline sebab nak jaga mak dia yang sakit.
Dah dekat 3 bulan duduk di hospital.
Nak harap ahli keluarga yang lain memang susah
Sebab masing2 ada anak kecik.
Kain baju semua dia simpan dalam kereta.

Tu la dia buat perniagaan online.
Jual cream pencerah muka dan lain2.
Mak dia tu sedar, cuma ada breathing problem dan badan kurus sangat akibat lama duduk dan makan di hospital kot.
Cuma boleh duduk dan baring je.
Tak pernah aku tengok mak dia bangun jalan2.
Dialah yang cuci berak kencing mak dia.

Setiap kali datang ke hospital tu, aku suka tengok dia.
Sebab orang cantek kan.
Rupa dia tu iras-iras Nisdawati.
memang cun.

Dia uruskan mak dia macam dia tu nurse.
Setiap kali waktu solat, dia akan suruh kami tengok2kan mak dia.
Bila tanya nak kemana? Dia cakap nak solat dekat surau.

So sejak aku tahu tentang pengalaman dia, aku rasa happy.
Bukan sebab aku happy dia susah.
Tapi aku happy sebab aku sebenarnya beruntung kalau bandingkan dengan dia.
Lama betul dia duduk terperap kat hospital tu.

Tapi tula kan….rezeki orang yang ikhlas dan redha dengan keadaan
Aku memang x pernah tengok dia susah.
Dia selalu senyum je.
Kalau orang lain, susah sikit pon dah jadi lain macam.
Cakap macam2 benda yang negative
Perangai pon sama.
Tapi perempuan ni dia rilex je.
Boleh lagi dia yang nasihatkan adik beradik ipar aku supaya sabar.

So, sampailah mak mertua meninggal dia masih lagi disitu
Itulah last aku jumpa dia.
Dan aku harap mak dia boleh sihat macam biasa
Dan dia boleh teruskan kerja dia.
Semoga Allah murahkan rezeki dia berkat sabar dia selama ni.

Kalini entry aku agak motibasi
Bukan ape.
Aku tahu ada antara orang yang aku kenal tak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang

Bila hilang sesuatu rasa rendah diri
Rasa diri tak cantek
Rasa diri tak berharta
Biasalah manusia, semua benda pun rasa x puas hati
Dan x pernah rasa cukup.
Termsoklah diri aku yang selalu rasa diri gemok
Padahal selalu makan sedapppp je x bersyukur pulak disitu? Puikkk la…

Lagi 1 contohnya bila hilang kawan
Rasa sedih dan kecewa, tak puas hati dan rasa diperbodohkan
Lagi2 bila tengok orang tu boleh pulak dia macam rasa x bersalah kan?
Itulah yang aku pernah hadapi dulu.
Sebagai kawan baik, sudah tentu aku yang lebih tahu.
Siapa dia sebenarnya dan apa yang dia dah buat selama ini.
Orang lain x akan tahu sebab diaorng x pernah involved sedalam2nya dengan ex kawan baik aku.
Takkan selepas kami bermusuh, aku nak ceritakan semuanya secara terperinci pada semua orang kenapa kami dah x rapat
Kalau yang belah sana nak meracuni fikiran kawan2 dia tu lantak dialah
Memang kenelah kan sebab nak cover line.
COVER BAEKK PUNYE……

Biasanya aku tak akan cerita sangatlah.
Kecuali pada orang yang penting saja pada aku.
Aku lebih suka kalau bekas kawan aku tu pergi pekenekan orang lain pulak.
kalau setakat berkawan biasa2 saja memang orang tak akan perasan.
Tapi sapa yang nak replace tempat aku, Silakan.....
Biar diaorng pulak rasa best ke tak dapat kawan hampeh mcm tu.
Itu je makan dia.
Sebab kebenaran ni memang akan ambik masa yang lama nak nampak sendiri depan mata
Bila dia dah tunjukkan
Tu yang rasa bagai ditampar-tampar
Geram tak terkira.
Tapi….biarkanlah….bersyukur dijauhkan dari orang2 yang macam ni.
Lagi2 dengan orang yang rupa dia depan je baik.
Belakang kita apa dia buat? Nauzubillah….

So....itulah!
kalau kita berasa diri kita ni x bernasib baik,
Jangan bandingkan keadaan diri kita sekarang dengan orang yang
sedang bersenang lenang.
Tapi bandingkan diri kita ni dengan orang lain yang sebenarnya lebih terok masalah diaorng.

Setiap kali datangnya ujian
Mintaklah Allah supaya diberi kekuatan untuk menghadapinya

Kalau kita menjauhkan diri dari Allah
Dan melalukan perkara yang tidak disukai olehnya
Macam mana dia nak ingatkan kita
Samalah kalau kita tak pedulikan orang lain
Apa perasaan kita pulak kalau kita tidak dipedulikan
Semuanya dari diri kita sendiri
Sentiasalah bersyukur dan perbaiki peribadi diri sebelum kita mengharapkan segala kebaikan itu datang oke! =D

1 comment:

  1. she is amazing.. hidup susah tetapi masih sabar... sungguh mulia akhlaknya.... semoga kita bisa sabar seperti beliau...

    ReplyDelete