Thursday, December 13, 2012

PADAN MUKO


Orang kata kalau kita mengalami sakit2
Kita kene redha
Sebab sakit itu penghapus dosa2 kecil
Ya….aku memanglah antara manusia yang tak lepas daripada membuat dosa.
Sebab itu sekarang aku selalu sakit-sakit
Iaitu sakit kaki.

Very annoying sebab bila kaki kau yang sakit, paham-paham la kan
Kau nak guna kaki pergi merewang sana sini
Bila sakit part yang paling diperlukan memang la tak suke
Tapi nasib baik masih ada sepasang kaki
Baik insap dengan kadar segera hehehehe…
Insapp…Insapp….

Ya, memang aku bukan la baik pon.
Dulu la….
Salah satunya aku dulu pernah membuat PRANK CALL

Masa tu remaja.
Pastu masa tu kalau dapat jumpa talipon memang lah kagum
Lagi-lagi kalau talipon tu guna dia x payah bayar macam talipon awam tu
Maklomlah budak sekolah.
Seposen pon bekira tau.

Talipon yang menjadi mangsa semestinya talipon umah si Enot.
Sebab Enot dulu mak dia kerja kerajaan, apak eh pak polisi
Mampu le ber hi-tech.
Tak macam family aku serba serbi sederhana
Mana mampu nak ada talipon.
Tu yang menumpang talipon rumah orang.

Tapi ada je jiran yang mak eh suri rumah apak eh polis pangkat nan hado 
serupa abah guwe jugak….Tapi mampu ada talipon.
Hebakkk….hebakkk……memea hebakkk…
Clap…clap….clap….

Ok berbalik kepada cerita PRANK CALL.
Memea umah Si Enot la tempat aku buat kerja terkutuk tu.
Aku memea suka lepak dekat rumah si Enot sebab kadang tu kami ni gatai
Pergi talipon boipren.
Kadang boipren talipon kami balik.
Gatai merenyam betoi kami dulu heee….

Ingat remaja perempuan ni baik baik belaka kah?
Sama je dengan remaja lelaki
Very the notty.
Lagi-lagi aku.
Aku yang ajar si enot tu jadi notty macam aku jugak miahahahaha..
Enot tu baik dan lembik sangat.
Tu yang nak ajar suruh TUFF!!!…
Tapi ajar benda x pekdah.
Mampu?????

So, bila dah duduk bertiga dalam sebuah rumah
Asyik tengok Tv aje.
Bosan la x hengattttt.....
Tu yang kami main2 buku TELEKOM tu.
Selak punye selak adalah bederet nama HAJI ….
Haji Semaon,
Haji Senget
Haji Bakhil
Banyak gilerr…
Datanglah idea tak bernas.

Maka aku yang baik tapi jahat ni
Mula membuat kerja menambah dosa.
Pergi dial number Haji2 tu….
1 demi 1…
Kalau yang angkat tu lelaki, aku cepat2 letak
Tau takot!
Tapi kalau yang angkat tu perempuan, aku pun mulalah dua tandok sudah tepacak atas kepala.
Dengan suara manja lagi gedix gaya pompuan murahan macam dalam drama tv tu…(Tepengaruh sebenarnya)
Aku berkata...
“Boleh aye cakap dengan ABANG Hajiiii~iiii~ ……”
(Amboi…mendayu-dayu suara aku)
Huahuahuahua…..

Tak baik kan aku buat rumahtangga orang berantakan.
Tu la padan muko bila dah tua-tua dapat sakit
=P

Ada sedikti nasihat
JANGAN MUSNAHKAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN, 
HANYA KERANA KAU NAK RASA BAHAGIA.




No comments:

Post a Comment